omniture

ZHITAI, Jenama Storan Runcit YMTC, Bersedia untuk Kemunculan Sulung COMPUTEX Taipei 2025

Yangtze Memory Technologies Co., Ltd
2025-05-23 10:52 11

Barisan produk kami, yang membawakan SSD, SSD mudah alih dan kad ingatan, memenuhi keperluan storan harian pengguna secara komprehensif

TAIPEI, 23 Mei 2025 /PRNewswire/ -- YMTC (Yangtze Memory Technologies Corp.), penyedia penyelesaian ingatan yang beribu pejabat di Wuhan, China, menyediakan penyelesaian storan yang teguh untuk kegunaan pengguna dan juga perusahaan. Penyelesaian ini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, termasuk komunikasi mudah alih, elektronik pengguna, komputer, pelayan dan pusat data. ZHITAI, jenama storan runcit YMTC, direka khusus untuk pengguna individu dan mempunyai barisan produk yang mengagumkan termasuk Pemacu Keadaan Pepejal (SSD), Pemacu Keadaan Pepejal Mudah Alih (PSSD) dan kad ingatan. Semua produk dalam siri ZHITAI memanfaatkan ingatan kilat asal YMTC, dibina berasaskan seni bina Xtacking® yang inovatif. Asas ini membolehkan ZHITAI menawarkan pengguna dengan produk storan berprestasi tinggi, berkualiti tinggi dan pelbagai jenis penyelesaian storan serba boleh.

YMTC's retail storage brand, ZHITAI, makes its debut at COMPUTEX Taipei 2025, showcasing popular products such as SSDs, portable SSDs, and memory cards.
YMTC's retail storage brand, ZHITAI, makes its debut at COMPUTEX Taipei 2025, showcasing popular products such as SSDs, portable SSDs, and memory cards.

Tahun ini, ZHITAI teruja untuk mempersembahkan lima produk utamanya di pameran dalam talian COMPUTEX Taipei 2025. Kemunculan sulung ini bertujuan untuk menawarkan pengguna global dengan visi baharu bagi kemungkinan storan termaju. COMPUTEX Taipei menjadi pameran teknologi tahunan yang terbesar di Asia, hab penting yang menghimpunkan pertukaran teknologi antarabangsa, kolaborasi dan golongan profesional industri. Acara ini mempamerkan teknologi berpandangan jauh dan penyelesaian inovatif daripada beribu-ribu jenama.

Menerusi pembukaan besar-besaran COMPUTEX Taipei 2025, kesemua pengguna dialu-alukan untuk mengunjungi laman web COMPUTEX rasmi (https://www.computex.biz/ExhibitorDetail.aspx?scom_id=7080) bagi meninjau maklumat produk ZHITAI dan menemui penyelesaian storan yang paling sesuai dengan keperluan individu mereka. Tambahan pula, produk ZHITAI akan tersedia dalam masa terdekat untuk dibeli di Taiwan. Nantikan perkembangan terkini.

Dua SSD ZHITAI Utama: Menyampaikan Penaiktarafan Komprehensif dalam Kapasiti, Kelajuan dan Prestasi
Semua produk SSD ZHITAI dengan bangganya membawakan seni bina Xtacking® yang eksklusif daripada YMTC. SSD TiPro9000 yang terkini meningkatkan lagi prestasi, dilengkapi dengan ingatan kilat seni bina Xtacking® 4.0 generasi terbaru, yang merupakan SSD PCIe 5.0 pertama daripada ZHITAI. Pemacu berkuasa ini termasuk penenggelam haba boleh tanggal dan menawarkan pilihan kapasiti ultra-besar yang mengagumkan sehingga 4TB. Ini membolehkan pencipta profesional yang memerlukan ruang storan yang besar untuk mengatasi kebimbangan kapasiti dan menyerlahkan sepenuhnya kreativiti mereka. Selain itu, SSD TiPro9000 mempunyai kelajuan baca jujukan sehingga 14,000MB/s dan kelajuan tulis jujukan sehingga 12,500MB/s, lalu membolehkan pemain permainan tegar mengalami ciri-ciri permainan yang benar-benar berkualiti tinggi dan lancar. Hasil daripada konsep reka bentuk yang cemerlang dan pengalaman pengguna yang sangat baik, TiPro9000 memperoleh gelaran Pemenang Red Dot yang berprestij di Red Dot Design Award 2025, pakar yang diiktiraf di peringkat global bagi reka bentuk perindustrian, yang melayakkannya mendapat pujian antarabangsa yang sememangnya wajar diterima.

The TiPro9000 SSD stands as one of ZHITAI's latest SSDs,  featuring top-tier specifications and is recognized by the Red Dot Design Award 2025.
The TiPro9000 SSD stands as one of ZHITAI's latest SSDs, featuring top-tier specifications and is recognized by the Red Dot Design Award 2025.

Rakan Kongsi Storan Rasmi untuk Permainan AAA: SSD TiPlus7100 "Black Myth: Wukong" Edisi Kolaborasi
Memandangkan grafik permainan telahpun menjadi semakin sofistikated dalam beberapa tahun kebelakangan ini, SSD berprestasi tinggi kini menjadi amat penting untuk pemain menikmati sepenuhnya ciri-ciri permainan yang lancar dan tanpa jeda. Mencerminkan trend ini, sejak Mei 2024, ZHITAI, dengan teknologi storannya yang kukuh dan ekosistem produk berprestasi tinggi yang pelbagai, dengan bangganya berperanan sebagai rakan kongsi storan tentuan rasmi untuk permainan blokbuster AAA "Black Myth: Wukong." Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, ZHITAI melancarkan SSD TiPlus7100 "Black Myth: Wukong" Edisi Kolaborasi. Edisi khas ini membawakan HMB (Penimbal Ingatan Hos) dan teknologi SLC Cache yang pintar bagi memastikan operasi permainan yang lancar dan peralihan adegan selanjar. Ia tersedia dalam pilihan kapasiti 1TB dan 2TB. SSD berjenama bersama ini bukan sahaja termasuk kad ID permainan eksklusif edisi terhad bahkan turut menonjolkan pembungkusan gaya dakwat pekat menarik yang sepadan dengan gaya seni unik permainan ini, seterusnya menjadikannya barangan koleksi yang tidak boleh dilepaskan dan produk berprestasi tinggi yang praktikal untuk pemain permainan.

ZHITAI's TiPlus7100 SSD comprehensively boosts overall operational speed and is perfectly suited for various types of everyday users and professionals.
ZHITAI's TiPlus7100 SSD comprehensively boosts overall operational speed and is perfectly suited for various types of everyday users and professionals.

Latar Belakang ZHITAI
ZHITAI ialah jenama storan runcit YMTC (www.ymtc.com/en) yang meliputi SSD, PSSD dan kad ingatan, kesemuanya dikuasakan oleh sel asal YMTC berdasarkan seni bina Xtacking® yang inovatif. ZHITAI komited kepada sikap baharu terhadap teknologi ingatan kilat, menyediakan pengguna dengan SSD berprestasi tinggi, berkualiti tinggi dan penyelesaian storan terpelbagai. Sejak Mei 2024, ZHITAI menjadi rakan kongsi storan rasmi "Black Myth: Wukong."

Source: Yangtze Memory Technologies Co., Ltd
Keywords: Electronics Gaming Computer Hardware Computer/Electronics Entertainment Retail New products/services Trade show news