omniture

DELUXE SYSTEMS PAMER KETUKANGAN ITALI IKONIK DI ARCHIDEX 2025

Deluxe Systems
2025-07-05 21:22 19

Dari Itali ke Malaysia: Suatu Keraian Reka Bentuk, Kejituan dan Keanggunan Seni Bina

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Deluxe Systems dengan bangganya mengumumkan penyertaannya dalam ARCHIDEX di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC, Kuala Lumpur) mulai 21-24 Julai 2025. Jenama ini mengundang para tetamu, bermula daripada ahli profesional perdagangan hinggalah penggemar, bagi mengalami sebuah pameran yang melaluinya ketukangan Itali bertemu kemewahan Asia kontemporari. Para tetamu akan berpeluang untuk melihat seleksi terkurasi penyelesaian seni bina mereka yang mencakupi pintu hingga tingkap, elemen bangunan kaca dan reka bentuk licau panoramik. Portfolio yang terkenal merangkumi enam jenama perintis Itali: Apexfine, Ponzio, Flessya, Faraone, Chirenti dan Dimensione Serramenti.

Penampilan Deluxe Systems di ARCHIDEX menyaksikan satu langkah yang menarik dalam membawakan produk seni bina Eropah premium lebih dekat dengan pasaran Asia Tenggara. Pameran ini bukan sahaja merupakan keraian terhadap kecemerlangan reka bentuk Itali tetapi juga komitmen untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat di rantau ini terhadap penyelesaian bangunan berprestasi tinggi dan maju dari segi reka bentuk. Deluxe Systems terus meluaskan kehadirannya dan mengesahkan sekali lagi peranannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk arkitek, pemaju dan ahli profesional rekaan dalaman di seluruh Asia.

APEXFINE

Apexfine menggambarkan nilai-nilai teras Deluxe Systems dengan menawarkan sistem pintu gelangsar ultra-minimalis yang mengutamakan pergerakan yang lancar dan kesederhanaan seni bina. Penyelesaian mereka merupakan kombinasi yang sempurna antara inovasi dan reka bentuk. Tingkap Apexfine membawakan tingkap gelangsar besar dengan bingkai aluminium tipis serta roda keluli tahan karat bagi menyokong penebatan kaca. Ia juga termasuk sistem saliran terbina dalam untuk rintangan air dan perlindungan. Kesemua ini dicapai sambil mengekalkan estetik minimalis yang kemas dan boleh disesuaikan dengan semua gaya reka bentuk dalaman.

PONZIO

Sejak tahun 1970-an, Ponzio berada di barisan hadapan dalam inovasi aluminium. Sejarah dan komitmen mereka terhadap kecemerlangan benar-benar sejajar dengan komitmen Deluxe Systems terhadap kualiti yang tak lapuk dek zaman. Jenama ini menawarkan penyelesaian andal yang menggabungkan ciri keselamatan, haba, prestasi akustik dan kemasan permukaan yang halus. Ia bukan sahaja merupakan perintis bagi kualiti, tetapi menjadi kegemaran dalam kalangan pereka dan juga pelanggan.

FLESSYA

Flessya diiktiraf untuk pintu dalaman yang disesuaikan sepenuhnya yang menggambarkan idea dan keutamaan setiap pelanggan. Direka mengikut keutamaan setiap pelanggan, kemasan seperti gaya, bahan, warna, kemasan dan butiran pintu lain boleh diubah suai. Setiap produk boleh direka khas yang merangkumi ketukangan dengan keutamaan peribadi. Sudahpun dikenali sebagai jenama dengan rangkaian pintu terbesar, namun begitu, tetap bersedia untuk membuat pintu anda – mengikut kehendak anda.

FARAONE

Faraone ialah pakar bagi kaca seni bina, menawarkan penyelesaian untuk balkoni, teres, pagar, tangga, sekatan dalaman dan mukaan. Mereka mempelopori penggunaan kaca tetap titik yang menyokong reka bentuk moden dengan produk berprestasi tinggi yang diuji. Faraone ialah jenama yang membentuk seni bina moden, menggabungkan ketelusan dan kecemerlangan reka bentuk. Menerusi pengalaman selama berdekad-dekad dalam kejuruteraan kaca, Faraone menyokong misi Deluxe Systems untuk menyampaikan penyelesaian berspesifikasi tinggi yang halus untuk seni bina kontemporari.

CHIRENTI

Dengan pengalaman selama lebih 50 tahun, Chirenti merupakan peneraju dalam seni bina luar dan solar, menawarkan sistem yang menggabungkan fungsian, keselesaan dan kejuruteraan yang diperhalusi. Rangkaian produknya termasuk sistem kaca gelongsor panoramik, skrin menegak bermotor dan struktur modular untuk beranda, pergola dan peneduh. Chirenti turut membangunkan komponen bangunan yang inovatif seperti kaca bersepadu G2G (Kaca ke Kaca) dan BIPV (Fotovolta Bersepadu Bangunan) yang membolehkan pengumpulan tenaga yang lancar tanpa menjejaskan reka bentuk. Penyelesaian ini amat sesuai untuk taman kediaman, tempat hospitaliti dan ruang bermusim. Menerusi sistem Chirenti, pelanggan boleh memanfaatkan sepenuhnya kawasan luar mereka.

DIMENSIONE SERRAMENTI

Dimensione Serramenti mengeluarkan tingkap PVC yang berkualiti tinggi. Jenama ini terkenal dengan penebatan haba, ketahanan dan ketepatan reka bentuk. Dengan pengalaman selama berdekad-dekad dan reputasi yang kukuh dalam seluruh industri, jenama ini memberikan penyelesaian yang disesuaikan untuk projek-projek kediaman dan juga komersial. Setiap produk menggambarkan komitmen terhadap prestasi, keandalan dan keperluan khusus arkitek dan juga pemilik rumah.

Deluxe Systems dan ARCHIDEX: Padanan Tepat

ARCHIDEX ialah platform yang utama untuk sesiapa yang berminat dalam seni bina dan reka bentuk. Tahun ini merupakan edisi ke-24 acara ini. Ia bertujuan untuk mengumpulkan lebih 850 peserta pameran dan lebih daripada 56000 pengunjung. Acara ini merupakan peluang terbaik untuk meneroka arah aliran reka bentuk serta berhubung dengan pakar perdagangan.

Tatkala Deluxe Systems terus meluaskan kehadirannya di Asia Tenggara, syarikat ini giat mencari peluang rakan kongsi strategik di Malaysia. Melalui pengembangan ini, jenama ini akan tetap terbuka kepada peluang baharu bersama bakal rakan usaha sama di seluruh pelosok rantau ASEAN.

Latar Belakang Deluxe Systems

Deluxe Systems Pte Ltd beribu pejabat di Singapura dan ditubuhkan di bawah kepimpinan berwawasan Daniele Campione. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelesaian tingkap dan pintu berkualiti tinggi yang menggabungkan kelestarian dengan reka bentuk yang inovatif. Setiap produk dibangunkan dengan bahan unggul, kejuruteraan pakar dan perhatian yang teliti terhadap perincian yang menggambarkan keindahan seni pemikiran reka bentuk Itali. Lebih daripada sekadar elemen seni bina, tingkap dan pintu daripada Deluxe Systems merupakan pernyataan terhadap keanggunan, ketahanan serta kesedaran terhadap alam sekitar. Syarikat ini beraspirasi untuk menjadi penyedia yang utama bagi tingkap premium di rantau ASEAN dan pilihan utama untuk arkitek, pemaju serta pemilik rumah yang mencari nilai kecemerlangan Itali dalam penyelesaian tingkap.

Source: Deluxe Systems
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news