omniture

Kajian: Kepercayaan dalam GenAI melonjak naik di seluruh dunia walaupun terdapat jurang dalam perlindungan AI

SAS
2025-10-12 00:51 23

Organisasi membina AI yang boleh dipercayai mempunyai kelebihan 60% berkemungkinan menggandakan Pulangan Pelaburan (ROI) projek AI, menegaskan kos yang tinggi kerana mengabaikan amalan yang bertanggungjawab

CARY, N.C., 12 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- SAS, peneraju global dalam data dan AI, pada hari ini melancarkan penyelidikan baharu yang meneroka penggunaan, impak dan kebolehpercayaan AI. Laporan Data IDC dan Impak AI: Kepercayaan Menjadi Kemestian (Trust Imperative), yang ditugaskan oleh SAS, mendapati bahawa pemimpin IT dan perniagaan melaporkan mempunyai kepercayaan yang lebih besar terhadap AI generatif berbanding apa-apa bentuk AI yang lain.

Penyelidikan global yang meneroka penggunaan dan penerimagunaan AI juga mendapati bahawa hanya 40% melabur untuk menjadikan sistem AI yang boleh dipercayai melalui tadbir urus, penjelasan dan perlindungan beretika, walaupun organisasi mengutamakan AI yang boleh dipercayai mempunyai kelebihan 60% berkemungkinan menggandakan Pulangan Pelaburan (ROI) projek AI. Perkara yang mengejutkan, dalam kalangan yang melaporkan pelaburan paling sedikit dalam sistem AI yang boleh dipercayai, GenAI (misalnya, ChatGPT) dilihat sebagai 200% lebih dipercayai berbanding AI tradisional (misalnya, pembelajaran mesin), walaupun yang kedua merupakan bentuk AI yang sudah bertapak, boleh dipercayai dan dijelaskan.

"Penyelidikan kami menunjukkan percanggahan: bahawa bentuk AI dengan interaktiviti seperti manusia dan kemesraan sosial seolah-olah menggalakkan kepercayaan yang paling besar, tanpa mengambil kira keandalan atau ketepatan sebenar," kata Kathy Lange, Pengarah Penyelidikan Amalan AI dan Automasi di IDC. "Sebagai penyedia, ahli profesional dan pengguna peribadi AI, kita mesti bertanya: GenAI dipercayai, tetapi adakah jenis ini sentiasa boleh dipercayai? Dan adakah pemimpin menggunakan garis panduan dan amalan tadbir urus AI yang diperlukan untuk teknologi baharu muncul ini?"

Ketahui lebih lanjut semasa acara panel LinkedIn Live yang dikendalikan oleh Nicholas Thompson, Ketua Pegawai Eksekutif The Atlantic dan menampilkan SAS, Deloitte dan penceramah undangan dari IDC.

Akses laporan penyelidikan penuh di sini: http://sas.com/ai-impact.

Penyelidikan ini menggunakan tinjauan global untuk 2,375 responden yang dikendalikan di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, serta Asia Pasifik. Peserta merangkumi gabungan seimbang ahli profesional IT dan pemimpin jenis perniagaan, menawarkan perspektif daripada fungsi teknologi dan perniagaan. 

Teknologi AI yang baharu muncul membangkitkan sebahagian besar kepercayaan
Secara keseluruhan, kajian ini mendapati penggunaan AI yang paling dipercayai ialah teknologi baharu muncul, seperti GenAI dan AI agentik, berbanding bentuk AI yang lsudah lama bertapak. Hampir separuh daripada responden (48%) melaporkan "kepercayaan penuh" terhadap GenAI, manakala satu pertiga mengatakan perkara yang sama bagi AI agentik (33%). Bentuk AI yang paling tidak dipercayai ialah AI tradisional – kurang daripada satu dalam lima (18%) menunjukkan kepercayaan sepenuhnya.

Walaupun dilaporkan kepercayaan yang tinggi terhadap GenAI dan AI agentik, responden tinjauan menyatakan kebimbangan, dari aspek privasi data (62%), ketelusan dan penjelasan (57%) dan penggunaan beretika (56%).

Sementara itu, AI kuantum memperoleh keyakinan dengan pantas, walaupun teknologi untuk melaksanakan sebahagian besar kes penggunaan masih belum direalisasikan sepenuhnya. Hampir satu pertiga daripada pembuat keputusan global mengatakan bahawa mereka sudah biasa dengan AI kuantum dan 26% melaporkan kepercayaan sepenuhnya terhadap teknologi tersebut, walaupun penggunaan dunia sebenar masih pada peringkat awal.  

Garis panduan AI yang ketinggalan melemahkan impak AI... dan Pulangan Pelaburan (ROI)
Kajian ini menunjukkan peningkatan pesat dalam penggunaan AI – terutamanya GenAI, yang dengan pantas telah mengatasi AI tradisional dalam keterlihatan dan penggunaan (81% berbanding 66%). Ini telah mencetuskan tahap risiko dan kebimbangan beretika yang baharu.

Merentasi semua rantau, penyelidik IDC mengenal pasti ketidakselarasan dalam sejauh mana organisasi mempercayai AI berbanding sejauh mana teknologi ini benar-benar boleh dipercayai. Menurut kajian itu, walaupun hampir 8 daripada 10 (78%) organisasi mendakwa mempercayai AI sepenuhnya, hanya 40% telah melabur untuk menjadikan sistem itu boleh dipercayai melalui tadbir urus AI, penjelasan dan perlindungan beretika.

Penyelidikan itu juga menunjukkan keutamaan rendah diletakkan untuk melaksanakan langkah AI yang boleh dipercayai apabila mengoperasikan projek AI. Antara tiga keutamaan penting organisasi responden, hanya 2% memilih untuk membangunkan rangka kerja tadbir urus AI dan kurang daripada 10% melapor untuk membangunkan dasar AI yang bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, dengan mengecilkan keutamaan langkah AI yang boleh dipercayai mungkin menghalang organisasi ini daripada merealisasikan pelaburan AI syarikat sepenuhnya.

Penyelidik membahagikan responden tinjauan kepada pemimpin AI yang boleh dipercayai dan pengikut AI yang boleh dipercayai. Pemimpin melabur paling banyak dalam amalan, teknologi dan rangka kerja tadbir urus untuk menjadikan sistem AI mereka boleh dipercayai – dan kelihatan sedang meraih ganjaran. Pemimpin AI yang boleh dipercayai itu 1.6 kali ganda lebih cenderung untuk melaporkan Pulangan Pelaburan (ROI) sebanyak dua kali ganda atau lebih besar untuk projek AI mereka.

Kekurangan asas data yang kukuh dan tadbir urus menghentikan AI
Memandangkan sistem AI menjadi lebih berautonomi dan disepadukan secara mendalam ke dalam proses kritikal, asas data juga menjadi lebih penting. Kualiti, kepelbagaian dan tadbir urus data secara langsung mempengaruhi hasil AI, menjadikan strategi data pintar penting untuk merealisasikan manfaat (misalnya, Pulangan Pelaburan (ROI), keuntungan produktiviti) dan mengurangkan risiko. 

Kajian tersebut mengenal pasti tiga halangan utama yang menyekat kejayaan dengan pelaksanaan AI: infrastruktur data yang lemah, tadbir urus yang teruk dan kekurangan kemahiran AI. Hampir separuh (49%) daripada organisasi memetik asas data yang tidak berpusat atau persekitaran data awan yang tidak dioptimumkan sebagai penghalang besar. Kebimbangan utama ini diikuti dengan kekurangan proses tadbir urus data yang mencukupi (44%) dan kekurangan pakar mahir dalam organisasi masing-masing (41%).

Responden melaporkan isu No. 1 dengan menguruskan data yang digunakan dalam pelaksanaan AI menjadi kesukaran dalam mengakses sumber data berkaitan (58%). Kebimbangan utama lain termasuk isu privasi dan pematuhan data (49%) dan kualiti data (46%).

"Demi kebaikan masyarakat, perniagaan dan pekerja – kepercayaan kepada AI adalah penting," kata Bryan Harris, Ketua Pegawai Teknologi di SAS. "Dalam usaha mencapai matlamat ini, industri AI mesti meningkatkan kadar kejayaan pelaksanaan, manusia mesti mengkaji semula keputusan AI dengan teliti dan kepimpinan mesti memperkasa tenaga kerja dengan AI."

Maklumat Tentang SAS
SAS ialah peneraju global dalam data dan AI. Bersama perisian SAS dan penyelesaian khusus industri, organisasi menukar data kepada keputusan yang dipercayai. SAS memberikan anda THE POWER TO KNOW®.

Inovasi SAS 2026 (SAS Innovate 2026) – pengalaman unik untuk pemimpin perniagaan, pengguna teknikal dan rakan kongsi SAS – akan datang pada 27–30 April 2026 di Grapevine, Texas. Kunjungi laman web Inovasi SAS (SAS Innovate) untuk maklumat lanjut dan menyimpan tarikh!

SAS dan semua nama produk atau perkhidmatan SAS Institute Inc. lain ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan SAS Institute Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain. ® menunjukkan pendaftaran di Amerika Syarikat. Nama jenama dan produk lain ialah tanda dagangan syarikat masing-masing. Hak Cipta © 2025 SAS Institute Inc. Hak cipta terpelihara.

Hubungan Editorial:


Jennifer James

Julia Norton

jennifer.james@sas.com 

julia.norton@sas.com

919-531-0858

919-531-4661

www.sas.com/news


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1250367/SAS_v1_Logo.jpg?p=medium600



 

Source: SAS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Trade show news Data Analytics Future Events Artificial Intelligence