omniture

Perhimpunan Agung ACHA di Chongqing Majukan Perlindungan Warisan Budaya

iChongqing
2025-11-29 22:40

CHONGQING, China, 29 November 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing.

Tanggal 27 November, Perhimpunan Agung Kedua dan Mesyuarat Majlis Ketiga bagi Perikatan Warisan Budaya di Asia (ACHA) telahpun diadakan di Chongqing yang menghimpunkan wakil-wakil dari 33 negara dan organisasi antarabangsa untuk membincangkan mengenai masa depan pemuliharaan warisan budaya di seluruh Asia.

On November 27th, the Second General Assembly and Third Council Meeting of ACHA convened in Chongqing.
On November 27th, the Second General Assembly and Third Council Meeting of ACHA convened in Chongqing.

ACHA, dimulakan oleh China, merupakan organisasi antara kerajaan yang pertama dan kini satu-satunya yang terlibat dalam bidang warisan budaya di rantau Asia. Dengan 24 negara anggota, negara rakan kongsi dan pemerhati, pengaruhnya kini menjangkau ke Afrika, Eropah, Amerika Latin dan juga Oceania. Di bawah rangka kerjanya, kerjasama dalam pembangunan bakat, pemuliharaan dan pemulihan, pertukaran akademik, pameran serta penyelidikan arkeologi bersama terus berkembang maju.

Perhimpunan pada tahun ini menyaksikan satu pencapaian yang baharu dalam pembangunan Perikatan ini. Semasa mesyuarat, China dan ACHA menandatangani Perjanjian Negara Tuan Rumah yang memberikan status sah dan keistimewaan diplomatik yang diperlukan oleh Perikatan ini untuk beroperasi secara bebas di China.

China dan Mesir turut menandatangani Kenyataan Bersama mengenai Inisiatif Asia untuk Pemuliharaan Warisan Budaya dan perjanjian untuk mempererat kerjasama dalam pencalonan, pengurusan serta perlindungan Warisan Budaya Dunia.

Perhimpunan ini turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Peradaban Austronesia dan Maritim ACHA serta Jawatankuasa Saintifik dan Teknologi ACHA. Ia turut mengeluarkan 15 projek sokongan ACHA Fund bagi tahun 2024–2025 yang melibatkan negara-negara seperti Armenia, Azerbaijan, Kemboja dan Emiriah Arab Bersatu, seiring bersama Visi dan Misi Perikatan dan juga Konsensus ACHA Chongqing.

Beberapa tetamu memuji Perikatan untuk ACHA atas pengaruhnya yang semakin berkembang. Mereka menegaskan bahawa walaupun ia masih setahun jagung, perikatan ini telahpun menjadi platform yang penting untuk mengadakan dialog, kerjasama serta pertukaran kepakaran dalam pemeliharaan warisan. Kolaborasi ini dilihat sebagai satu pencapaian penting, membuka jalan untuk kerjasama teknikal dan profesional yang lebih mendalam antara negara-negara anggota dalam sektor warisan budaya moden.

Lebih daripada 20 negara menyokong Konsensus Chongqing, mengiktiraf ACHA sebagai platform serantau penting yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan kekuatan negara-negara yang mengambil bahagian bagi menggalakkan sebuah komuniti Asia yang lebih harmoni, makmur dan mampan dengan masa depan yang dikongsi bersama. Para perwakilan bersetuju bahawa mempererat kerjasama serantau dan melindungi warisan budaya Asia akan menyumbang secara bermakna kepada pertukaran budaya dan juga pembelajaran bersama antara tamadun.

Pertemuan ini turut mempersembahkan paparan warisan budaya tidak ketara yang meriah, termasuk seramik Jingdezhen, sulaman Shu, sulaman Tiga Gaung dan sulaman Youzhou Miao.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ichongqing.info/

Source: iChongqing
Keywords: Art Entertainment Travel