omniture

HID Global Lancarkan vanGO, Penyelesaian Keselamatan Visual One-2-One Pertama Industri untuk Menyingkirkan Kad Tiruan

- Penyelesaian keselamatan visual One-2-One pertama Industri untuk mengenal pasti kesahihan pemegang kad dengan mudah dan pantas
- Membolehkan universiti, perusahaan, dan agensi pentadbiran negeri serta daerah mencipta dan juga mengeluarkan kad ID tersuai khusus dan selamat dengan tahap perlindungan lebih tinggi dengan satu pertiga daripada harga penyelesaian semasa dalam pasaran
- Diilhamkan oleh teknologi pengesahan visual sama yang digunakan bagi Kad Hijau A.S. hari ini dan telah hampir menyingkirkan hampir semua kad tiruan dalam program secara maya
HID Global
2015-06-01 11:12 344

AUSTIN, Texas, 1 Jun 2015 /PRNewswire/ -- HID Global® , peneraju dunia bagi penyelesaian identiti selamat, hari ini mengumumkan pengenalan vanGO®, penyelesaian keselamatan visual yang membolehkan universiti, perusahaan, dan agensi kerajaan negeri serta daerah untuk mencipta dan juga mengeluarkan kad ID tersuai khusus dan selamat dengan tahap perlindungan yang lebih tinggi. Portfolio vanGO HID Global menetapkan tanda aras baharu dengan keselamatan tersuai khusus One-2-OneTM yang menjimatkan kos, kalis tiruan, dan boleh dikeluarkan terus melalui kemudahan komputer meja yang mudah.

Dengan penyelesaian vanGO, kad ditera panas dengan tampalan metalik segi empat istimewa yang boleh ditulis dengan imej wajah pemegang kad sejurus sebelum dikeluarkan menggunakan modul penulis laser istimewa serta pencetak FARGO® HDP8500 berprestasi tinggi daripada HID Global. Imej ini menghasilkan hubungan unik antara kad dan pemegang kad yang membuatkan kad itu hampir mustahil untuk dipalsukan. Dianggarkan lebih 90 peratus pemeriksaan masih dilakukan dengan mata kasar dan bukan pembaca elektronik dalam lapangan. Keselamatan "sekilas pandang" vanGO yang ditingkatkan untuk setiap kad ini bagi memudahkan proses pengenalpastian dan pengesahan secara visual identiti pemegang kad secara visual tanpa pembaca elektronik atau akses kepada pangkalan data.

"Fokus kami adalah untuk membangunkan penyelesaian yang kreatif namun pragmatik untuk menangani kekhuatiran keselamatan yang dihadapi oleh kebanyakan organisasi hari ini, daripada kampus universiti ke agensi negeri sehinggalah perusahaan global," kata Craig Sandness, Naib Presiden, Perniagaan Pengeluaran Selamat dengan HID Global. "Dengan pencapaian cemerlang terbaharu dalam tawaran keselamatan visual kami, HID Global membolehkan pelanggan kami mengeluarkan kad ID yang lebih canggih dan selamat berbanding sebelum ini, dalam cara yang mudah dilaksanakan dan menjimatkan kos yang sudah dijangkakan oleh mereka daripada kami."

Dengan menambah imej pemegang kad yang tersuai khas dan kalis pemalsuan kepada kad dalam ketetapan pendidikan yang lebih tinggi, vanGO memastikan komuniti kemudahan dan kampus dilindungi daripada pemalsu yang tidak sepatutnya memasuki tempat itu. Bagi agensi pentadbiran seperti jabatan taman dan taman rekreasi, pejabat negeri, pusat keselamatan awam, dan biro pengurusan senjata atau tanah, kemudahan pengesahan menawarkan keselamatan yang menjimatkan kos dan keselamatan "boleh dibaca mata kasar" yang tidak wujud sebelum ini. Penyelesaian vanGO ini juga mengatasi keberkesanan alternatif konvensional di pasaran memandangkan setiap imej yang dicipta adalah unik untuk kad itu sendiri dan juga pemegang kad itu sendiri. Perusahaan kini boleh mengeluarkan kad ID selamat dengan serta-merta kepada kakitangan dan kontraktor secara mudah dan menjimatkan kos.

Dalam membangunkan penyelesaian vanGO mereka, HID Global memanfaatkan kelebihan penyelesaian pengesahan visual Media Keselamatan Optik (OSM) LaserCard® syarikat mereka yang sudah terbukti. Digunakan dalam beberapa program ID pentadbiran ke kerajaan yang mempunyai keselamatan paling tinggi di dunia seperti Kad Hijau A.S., platform OSM tidak pernah menghadapi kes pemalsuan dan sudah menghapuskan hampir semua kad palsu secara maya dalam program yang menggunakannya.

Portfolio vanGO untuk keselamatan visual One-2-OneTM mempunyai dua pilihan. Pilihan vanGO standard menyediakan penyelesaian mampu milik sedia guna dalam konfigurasi tunggal. vanGO Custom menawarkan penyelesaian yang lebih tersuai khusus yang membenarkan pelanggan mengubah suai bentuk dan lokasi tampalan vanGO pada kad atau menambah ciri keselamatan visual lain, seperti hologram yang mengelilingi tampalan itu.

Penyelesaian keselamatan visual vanGO dicipta menggunakan penyelesaian penyuaian khusus komputer meja yang lengkap serta mudah digunakan yang terdiri daripada:

  • Kad komposit PVC/PET dengan tampalan vanGO.
  • Modul penulis laser FARGO HDP8500LW laser HID Global, kini boleh didapati dengan pencetak dan penyahkod kad ID gred perindustrian berdefinisi tinggi FARGO HDP8500 yang telah pun digunakan dalam banyak penggunaan berkeselamatan tinggi.
  • Perisian Penyuaian Khusus Kad Asure ID® 7.6 HID Global, yang mempunyai templat tersuai khusus untuk peletakan tampalan vanGO pada kad HID Global.

Ketersediaan

Penyelesaian keselamatan visual vanGO daripada HID Global boleh didapati sekarang. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk lebih banyak berita HID Global, lawati Pusat Media kami, baca Blog Industri kami, langgan Suapan RSS kami, tonton video kami, dan ikuti kami di FacebookLinkedIn dan Twitter

Latar Belakang HID Global

HID Global merupakan sumber yang dipercayai untuk produk, perkhidmatan,penyelesaian dan panduan inovatif yang berkaitan dengan penciptaan, pengurusan, dan penggunaan identiti selamat untuk jutaan pelanggan seluruh dunia. Pasaran yang mendapat khidmat daripada syarikat ini termasuk kawalan akses fizikal dan logik, termasuk pengesahan kukuh dan pengurusan kelayakan; pencetakan dan penyuaian khusus kad; sistem pengurusan pelawat; kad ID pentadbiran dan rakyat berkeselamatan tinggi; dan teknologi pengenalan RFID yang digunakan bagi ID haiwan serta penggunaan dalam industri dan logistik. Jenama utama syarikat itu termasuk ActivID®, EasyLobby®, FARGO®, IdenTrust®, LaserCard®, Lumidigm®, Quantum Secure dan HID®. Beribu pejabat di Austin, Texas, HID Global mempunyai lebih 2,200 orang kakitangan seluruh dunia dan mengurus pejabat antarabangsa yang menyokong lebih 100 buah negara. HID Global® merupakan jenama ASSA ABLOY Group. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.hidglobal.com

® HID, logo HID, FARGO, HDP, LaserCard dan vanGO merupakan tanda dagang atau tanda dagang berdaftar untuk HID Global di A.S. dan/atau negara-negara lain. Tanda dagang, tanda khidmat, dan nama produk atau perkhidmatan lain adalah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar pemilik masing-masing.

Wakil Media:

HID Global
Fiona Yau
Pakar Perhubungan Awam, Asia Pasifik
+852-3160-9831
fyau@hidglobal.com

Source: HID Global
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education High Tech Security Higher Education New products/services