omniture

Bahan-bahan Yang Diteliti: Apa Yang Menarik Perhatian Pengguna Semasa Membeli Barangan Runcit

GNT International B.V.
2015-07-02 11:00 230

MIERLO, Belanda, 2 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Bagi para pengguna seluruh dunia, pemakanan yang sihat dan seimbang menjadi semakin penting. Ini sudah pun dilihat jelas di pasaraya: lebih separuh daripada semua warga Eropah (53 peratus) dan 64 peratus warga Amerika Syarikat melihat dengan teliti label makanan dan minuman sebelum memasukkannya ke dalam troli. Di Asia dan Amerika Selatan, pengguna adalah lebih sensitif. Di sini, 84 dan 75 peratus masing-masing ingin mengetahui bahan yang terdapat dalam sesuatu produk sebelum mereka membelinya. Ini merupakan dapatan kajian pengguna baru-baru ini, yang telah dijalankan oleh GNT, penyedia terkemuka di peringkat global bagi Makanan Berwarna. Bagi kajian tersebut, institut penyelidikan pasaran TNS telah menjalankan kaji selidik ke atas lebih 5,000 pengguna dari sepuluh buah negara di Asia, Amerika dan Eropah tentang tabiat membeli-belah dan pemakanan mereka.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223567-INFO )

Keputusan tersebut membuktikan: jika pengguna menemui bahan yang tidak diingini pada label, produk tersebut dipulangkan semula ke rak. Namun begitu, mereka tidak menilai setiap komponen secara individu. Terutamanya apabila maklumat yang diberi adalah berlebihan dan sukar difahami, mereka mengimbas label untuk mengetahui kandungan tertentu yang dielakkan secara peribadi. Dengan melakukan perkara tersebut, mereka memberikan perhatian khusus kepada pewarna: bagi 60 peratus pengguna seluruh dunia, ketiadaan pewarna buatan adalah penting bagi menentukan keputusan pembelian mereka.

"Hasil kajian tersebut jelas menunjukkan bahan semula jadi menentukan pilihan produk makanan. Banyak pengeluar telah pun mematuhi keinginan pengguna dengan, contohnya, menggunakan Makanan Berwarna yang hanya dibuat daripada bahan mentah semula jadi dan menyatakannya dengan jelas pada label. Perkembangan ini akan terus mendapat momentum dalam tahun-tahun mendatang", kata Dr. Hendrik Hoeck, Pengarah Urusan GNT Group. GNT membekalkan lebih 1,200 buah syarikat di dunia dengan Makanan Berwarna yang dibuat secara eksklusif daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuhan yang boleh dimakan.

Maklumat lanjut: http://www.gnt-group.com/as-en/about-gnt/media-events/press-releases

GNT
Victor Foo
+65(0)6659-4180
vfoo@gnt-group.com

Source: GNT International B.V.
Keywords: Beverages Food/Beverages Retail Survey, Polls & Research