omniture

UDARA PEMBUNUH: Berkeley Earth Terbitkan Kajian tentang Pencemaran Udara di China

Berkeley Earth
2015-08-14 02:07 181

BERKELEY, California, 14 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Berkeley Earth hari ini menerbitkan kertas kajian yang menunjukkan pencemaran udara membunuh secara purata 4000 orang setiap hari di China, 17% daripada kesemua kematian di China. Bagi 38% daripada populasi, purata udara biasa yang mereka sedut adalah "tidak sihat" menurut piawaian A.S. Dengan perincian yang belum pernah didapati sebelum ini, sumber-sumber pencemaran di seluruh China dipetakan secara terus daripada ukuran aras tanah.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150812/257983-INFO

Pencemaran paling merbahaya ialah PM2.5, bahan partikel berukuran 2.5 mikron dan lebih kecil. Ini menembusi jauh ke dalam paru-paru dan mencetuskan serangan jantung, strok, barah paru-paru, dan penyakit lelah. "Beijing hanyalah sumber sederhana bagi PM2.5, ia menerima kebanyakan pencemarannya dari kawasan perindustrian yang jauh, terutamanya di Shijiazhuang, 200 batu ke barat daya," kata Robert Rohde, pengarang bersama kertas kajian itu. Memandangkan sumber-sumbernya adalah bukan daripada tempatan, pengurangan pencemaran untuk Olimpik 2022 mungkin adalah sesuatu yang sukar.

Kertas kajian itu diterbitkan dalam jurnal berwasit PLOS ONE. Berkeley Earth menganalisis ukuran setiap jam di 1500 stesen bumi sepanjang tempoh 4 bulan. Kenyataan bahawa sumber PM2.5 sepadan dengan sulfur mencadangkan bahawa kebanyakan pencemaran datang daripada arang batu. Di seluruh dunia, pencemaran udara membunuh lebih tiga juta orang setahun – melebihi AIDS, malaria, diabetes atau tuberkulosis.

"Pencemaran udara merupakan bencana alam sekitar terbesar di dunia hari ini," kata Richard Muller, Pengarah Saintifik Berkeley Earth, pengarang bersama kertas kajian tersebut. "Kali terakhir saya di Beijing, pencemaran berada pada tahap berbahaya; setiap jam pendedahan mengurangkan jangka hayat saya sebanyak 20 minit. Hal ini seperti setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak menghisap 1.5 rokok setiap jam," kata beliau.

Elizabeth Muller, Pengarah Eksekutif Berkeley Earth, berkata, "Hal ini amat merisaukan kerana pencemaran udara membunuh begitu ramai orang namun tidak menjadi perhatian organisasi-organisasi alam sekitar utama di AS atau Eropah." Beliau berkata penyelesaian yang boleh dilakukan termasuk penggunaan penyental yang lebih meluas, peningkatan penjimatan tenaga, dan peralihan daripada arang batu kepada gas asli, kuasa nuklear, dan tenaga boleh diperbaharui. "Banyak penyelesaian sama yang dapat mengurangkan pencemaran udara, pada masa yang sama akan mengurangkan sumbangan China terhadap pemanasan global. Kita dapat menyelamatkan nyawa hari ini dan pada masa depan."

Berkeley Earth berharap untuk meluaskan liputan geografi bagi melibatkan bahagian lain di Asia, AS dan Eropah, serta untuk mengkaji sejauh mana sumber pencemaran udara berubah dengan masa.

Untuk imej muat turun yang mengiringi siaran media ini, kertas kajian saintifik, atau untuk menonton rakaman pencemaran udara yang dipetakan seiring masa, lihat: http://berkeleyearth.org/air-pollution-overview/

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk mengadakan temu bual, hubungi Elizabeth Muller: liz@berkeleyearth.org; +1-510-517-9936.

Source: Berkeley Earth
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Health Care/Hospital Infectious Disease Control Oil/Energy Utilities Environmental Issues Not for profit Survey, Polls & Research