omniture

Air China bakal Mulakan Penerbangan Tanpa Henti Beijing-Mumbai

Air China
2015-08-20 10:15 327

BEIJING, 20 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Air China Akan memulakan perkhidmatan tanpa henti Beijing-Mumbai pada 25 Oktober 2015. Sebagai satu-satunya perkhidmatan akan datang dari Tanah Besar China ke Mumbai, ia akan mengelakkan penumpang yang berlepas dari Beijing ke Mumbai daripada perlu membuat lencongan dengan berpindah penerbangan di Hong Kong, Singapura dan Bangkok selain menjadikannya lebih mudah untuk ke "Gerbang India". Penerbangan satu-hala itu mengambil masa kira-kira tujuh jam.

Sebagai dua negara BRICS, China dan India telah lama mempunyai hubungan politik, ekonomi dan masyarakat yang erat. Pada September 2014, kedua-dua negara itu mengeluarkan satu deklarasi bersama untuk meneroka bidang kerjasama baharu melalui dialog ekonomi strategik serta memulakan "Pelan Perkongsian Kebudayaan China-India". Perkhidmatan Beijing-Mumbai baharu itu diharap memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa meningkat terhadap perkhidmatan udara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan, budaya dan perkongsian masyarakat.

Pada 2015, Air China terus membina rangkaian laluan merentasi dunianya dengan habnya di Beijing, serta, dengan Inisiatif "Satu Lingkaran, Satu Jalan" yang dicadangkan oleh kerajaan China, telah memulakan serta akan memulakan lebih banyak laluan yang menghubungkan negara-negara dalam "Satu Lingkaran, Satu Jalan". Contoh-contoh laluan termasuk Beijing-Minsk-Budapest yang dibuka pada separuh pertama tahun ini dan Beijing-Islamabad-Karachi, Beijing-Kuala Lumpur, Beijing-Colombo, Beijing-Johannesburg dan Beijing-Addis Ababa yang akan dibuka tidak lama lagi.

Perkhidmatan itu akan menambah destinasi Asia-Pasifik yang dihubungkan oleh Air China kepada 17, dan menjadikan bilangan penerbangan tanpa henti antara China dan India kepada lapan penerbangan seminggu. Perkhidmatan ini akan menawarkan pilihan tambahan yang mudah untuk para penumpang terbang dari India dan bahagian lain rantau Asia Pasifik ke bahagian lain dunia melalui Beijing.

Latar Belakang Penerbangan Tersebut

Penerbangan Beijing-Mumbai, CA889/890, dikendalikan sebanyak empat kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 19:40 waktu Beijing dan tiba di Mumbai pada 01:00 waktu tempatan hari berikutnya; penerbangan pulang berlepas dari Mumbai pada 02:30 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 11:20 waktu Beijing.

Penerbangan Beijing-Delhi, CA947/948, dikendalikan sebanyak empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 20:40 waktu Beijing dan tiba di Delhi pada 01:35 waktu tempatan hari berikutnya. Penerbangan pulang berlepas pada jam 02:50 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 11:25 waktu Beijing.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel