omniture

Telstra Health Perluas Kehadiran di Asia Dengan Kejayaan Mendapatkan Kontrak Hospital

Telstra Health
2015-08-24 10:00 412

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Telstra Health, satu divisyen syarikat telekomunikasi dan teknologi terbesar Australia, hari ini mengumumkan beberapa kejayaan mendapatkan kontrak penting dan pelaksanaan sistem rekod perubatan elektronik hospital di Malaysia dan Thailand, menambah jumlah pelanggan setianya di Asia dan pejabat yang sudah lama bertapak di Hong Kong, Malaysia serta India.

Telstra Health mencipta penyelesaian untuk cabaran penting dalam sektor penjagaan kesihatan dengan menyepadukan penyelesaian eKesihatan utama, seperti Sistem Maklumat Hopital CloudMed Arcus (Arcus), yang merupakan sistem penjagaan pesakit bersepadu yang menyediakan rangkaian hospital merentasi beberapa lokasi dengan rekod perubatan tunggal.

Pelaksanaan Arcus telah bermula di kumpulan Sunway Medical Centre, kumpulan Penang Adventist Hospital dan cawangan Perubatan Barat Hospital Tung Shin dan Perubatan Tradisional China di Malaysia. Selain itu, melalui pengedar, Convergence Systems, Arcus kini disediakan di Hospital Universiti Khon Kaen di Thailand.

Jim Flynt, Pengarah Urusan anak syarikat CloudMed Telstra Health dan Pengurus Besar Health Applications berkata, penemuan cara yang lebih cekap dan berkesan untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan akan menjadi semakin penting merentasi Asia, dengan kos penjagaan kesihatan dalam rantau itu dijangka meningkat daripada AS$1.34 trilion pada tahun 2013 kepada AS$2.21 trilion menjelang tahun 2018, kerana populasi yang semakin bertambah selain penyakit kronik pula menjadi semakin biasa.

"Produk Arcus kami direka untuk memudahkan doktor, jururawat, dan ahli farmasi untuk merawat pesakit mereka, mengurangkan masa yang dihabiskan pada dokumen dan meluangkan masa untuk dihabiskan pada kerja mereka yang sebenar - menjaga pesakit," kata En Flynt.

"Sistem ini sangat fleksibel dan boleh menyokong banyak bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Thai, dan Bahasa Mandarin merentasi beberapa laman di samping mampu merekodkan data perubatan barat dan perubatan China tradisional pada masa depan.

"Walaupun Australia kekal sebagai tumpuan utama kami, perluasan ke Asia menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan berterusan Telstra Health di samping menjadi perniagaan kesihatan global. Banyak punca masalah di Australia - seperti keperluan untuk mendigitalkan dan mengautomasikan proses rumit dan berkongsi maklumat dalam masa sebenar - adalah sama untuk sektor penjagaan kesihatan lain di seluruh dunia.

"CloudMed, perniagaan milik penuh Telstra Health, mengambil alih aset pembangun perisian kesihatan yang berpusat di India, IdeaObject pada Disember lepas. Sistem Maklumat Hospital Awan mereka sudah pun digunakan oleh lebih 250 buah hospital di seluruh Asia. Kami berjaya meneruskan pencapaian ini dengan kejayaan mendapatkan kontrak dan kini berusaha untuk terus maju dalam rantau ini daripada pejabat-pejabat kami di Hong Kong, Kuala Lumpur dan Chennai," kata En Flynt.

Pengarah Urusan Sunway Group Healthcare Services, En. Lau Beng Long berkata, "Arcus akan menjadi yang pertama dalam memperkenalkan penggunaan PC tablet kepada para doktor, ahli-ahli farmasi dan para jururawat bagi mengoptimumkan mobiliti dan kefleksibelan semasa merawat pesakit dalam persekitaran pesakit luar dan dalam. Ia juga bakal menjadi alat penting untuk penggabungan nota rundingan perubatan dan preskripsi pada penghujung setiap kunjungan pesakit."

Dr Wesley Toh See Wei, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Penang Adventist Hospital, berkata "Sistem ini menandakan, sebarang hospital pada masa depan yang kami rancangkan boleh dibawa ke dalam talian dengan mudah dan menjadi sebahagian daripada ekosistem penjagaan kesihatan kami, sama ada di premis atau dalam keadan hibrid, membolehkan kami mendapat pandangan menyeluruh tentang aktiviti penjagaan daripada seluruh organisasi ini," kata Dr Wesley.

En. Chung King Keong, Pentadbir Hospital Tung Shin Hospital di Kuala Lumpur berkata, "Kami menyokong wawasan Telstra Health bagi mencipta sistem penjagaan kesihatan yang terhubung. Memahami, mendigitalkan, dan berkongsi maklumat klinikal serta pentadbiran boleh mewujudkan penjagaan kesihatan yang lebih pintar, selamat serta cekap," kata En. Chung. 

Sebelum ini, Telstra Health telah mengambil alih firma analitik kesihatan yang berpusat di UK, Dr Foster pada bulan Mac, kini bersama pelanggan di 10 buah negara termasuk UK, AS, Itali dan Sepanyol.

Latar Belakang Telstra Health

Telstra Health merupakan penyedia penyelesaian eKesihatan dengan matlamat untuk mencipta sistem kesihatan yang lebih baik untuk para pesakit, penyedia, dan syarikat insurans kesihatan. Telstra Health bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi pilihan dan bekerjasama dengan pakar perubatan, sektor kesihatan, kerajaan, pembiaya, selain syarikat-syarikat eKesihatan yang terbaik dan paling inovatif di dunia untuk membina masa depan yang mana penyelesaian eKesihatan disepadukan bersama bagi mencipta sistem penjagaan kesihatan yang jauh lebih baik dan berbeza. Telstra Health merupakan divisyen perniagaan Telstra Corporation, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Australia. Sebarang maklumat lanjut, lawati www.telstra.com/health

Wakil media: 
Cath Harris
Telefon: +61-477-747-176 
E-mel: media@team.telstra.com
www.telstra.com.au/abouttelstra/media-centre

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150821/8521505440

Source: Telstra Health
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts Corporate Expansion