omniture

Bermulanya Global Rockstar 2015: Pertandingan Muzik Dalam Talian Terbesar Dunia

Global Rockstar GmbH
2015-09-07 11:00 294

VIENNA, 7 September 2015 /PRNewswire/ --

Global Rockstar mengundang para pemuzik seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan muzik dalam talian terbesar dunia bagi meraih hadiah hebat - termasuk $25,000 untuk pemenang! 

Para pemuzik di seluruh dunia mempunyai tempoh sehingga 15 Oktober 2015 untuk memuat naik lagu asli mereka ke globalrockstar.com, yang melaluinya, beratus-ratus ribu peminat muzik dari seluruh dunia dapat mengundi untuk artis kegemaran mereka. Peminat boleh mengundi melalui perkongsian di media sosial atau dengan undi berbayar dengan membeli muzik dan cenderahati artis.

Merevolusikan Perniagaan Muzik 

Dalam era digital, peminat muzik dapat menikmati akses yang mudah kepada muzik melalui platform penstriman. Namun begitu, artis-artis rakaman menerima hanya sedikit, atau tiada langsung pendapatan daripada platform ini.

"Malangnya, industri muzik belum bertindak balas terhadap keperluan pemuzik baharu pada masa kini," kata Christof Straub, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, Global Rockstar. "Kami menyediakan untuk para artis dengan pentas global dalam talian untuk muzik mereka, satu pasaran untuk menjual produk digital dan fizikal, selain peluang untuk memenangi wang tunai yang lumayan."

Bagaimana ia berfungsi 

Semasa pusingan Awal Nasional pertandingan itu, peminat dari setiap negara memilih seorang artis tempatan untuk maju ke peringkat Akhir Global. Artis yang menerima paling banyak undian dalam peringkat Akhir Global akan meraih Hadiah Utama $25,000 USD. Tiga finalis terbaik turut memenangi kelengkapan audio daripada AKG by HARMAN, Paiste and ADAM bernilai $20,000! Dengan menawarkan cenderahati kepada para peminat yang mengundi, setiap peserta menerima sehingga 90% daripada pendapatan yang terhasil.

Latar Belakang Global Rockstar  

Global Rockstar telah diasaskan di Austria pada tahun 2013 oleh penulis/penerbit lagu, Christof Straub dan ahli profesional pemasaran, Ronny Steibl. Pada tahun 2014, para artis dari lebih 140 buah negara telah mengambil bahagian dan para peminat melakukan lebih 1.5 juta undian dalam platform itu. Pemenang bagi tahun lalu ialah Jhanniel dari Argentina.

Hubungi:

Mirella Maiolo
mirella.maiolo@globalrockstar.com
Pejabat: +43-1-89-00-849 

Maklumat lanjut di: globalrockstar.com/press

SUMBER  Global Rockstar GmbH

Source: Global Rockstar GmbH
Keywords: Advertising Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Music