omniture

Program Pendidikan Helitech International Dilengkapi Kandungan Baharu

Helitech International
2015-09-09 21:50 335

LONDON, 9 September 2015 /PRNewswire/ -- Helitech International, dijalankan bersama Persatuan Helikopter Eropah (EHA), merupakan pameran terbesar Eropah yang dikhususkan untuk rotorkraf awam. Berlangsung seriring dengan pameran itu Program Pendidikan komprehensif Helitech International dijangka kembali ke ExCeL London dari 6-8 Oktober 2015.

Pada hari pertama, Persidangan Perniagaan dan Strategi akan merangkumkan pelbagai topik termasuk strategi, maklumat pasaran, trend serta kepimpinan pemikiran. Forum Pemimpin Perniagaan Rotorkraf pada pagi itu akan membincangkan isu-isu perniagaan dan strategi penting yang dihadapi oleh industri rotorkraf selama lima hingga sepuluh tahun akan datang. Antara sorotan lain pada tengahari itu ialah dua sesi 'Focus On' baharu yang akan meneroka peluang semasa dalam Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dan Ladang Angin Luar Pesisir.

EHA akan menjalankan siri sesi informatif yang mesti dihadiri pada hari kedua dengan memfokuskan perubahan perundangan dalam industri rotorkraf. Kepentingan keselamatan dalam operasi sayap berputar diketengahkan oleh Bengkel Keselamatan, dianjurkan oleh Pasukan Keselamatan Helikopter Eropah (EHEST) dan Pasukan Keselamatan Helikopter Antarabangsa (IHST) pada hari terakhir Helitech International. Fokus akan tertumpu kepada teknologi dan proses yang ditujukan untuk 'Mempertingkatkan Kesedaran Situasi dan Membuat Keputusan Lebih Baik', dan akan menampilkan pakar-pakar terkemuka daripada industri dan akademia.

Sorotan utama daripada Bengkel Keselamatan ialah penyampai ucap tamanya, iaitu Kapten Eric Melrose "Winkle" Brown, CBE, DSC, AFC, Hon FRAeS, RN. Kapten Brown merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja dan juruterbang ujian yang telah menerbangkan 487 jenis pesawat berbeza, suatu penerbangan yang lebih banyak dilakukan berbanding juruterbang lain dalam sejarah. Kapten Brown, juruterbang Fleet Air Arm yang paling banyak dianugerahkan pingat yang masih hidup, akan berkongsi pendapat dan pengalamannya yang menakjubkan tentang cara terbaik untuk melakukan persediaan bagi sesuatu penerbangan. 

Kapten Brown berkata, "Keselamatan sentiasa merupakan tanggungjawab besar dan kita mesti ingat bahawa helikopter adalah tidak serupa dengan bentuk penerbangan lain: ia mesti dilakukan dengan sikap yang sama, sama ada pesawat sayap tetap, pesawat sayap berputar mahupun belon. Cogan kata Bengkel Keselamatan iaitu 'Mempertingkatkan kesedaran situasi dan membuat keputusan lebih baik' menyimpulkan pertimbangan penting yang dihadapi oleh para juruterbang helikopter. Bengkel ini akan menjadi perbincangan penting untuk didengar oleh para perwakilan, dan saya tidak sabar untuk mendengarkan perbincangan yang amat menarik di Helitech International."

Sumber: Helitech International

Source: Helitech International
Keywords: