omniture

China Machinery Engineering Corporation (CMEC) Bentangkan Pembangunan Prasarana di Indonesia

China Machinery Engineering Corporation
2015-09-21 04:32 390

JAKARTA, Indonesia, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- China Machinery Engineering Corporation (CMEC), sebuah perusahaan milik kerajaan di China, hadir ke Indonesia untuk mempertingkatkan pembangunan prasarananya melalui Ekspo Elektrik, Kuasa & Tenaga Boleh Diperbaharui Indonesia 2015 di JiExpo Kemayoran. Menteri Penasihat Kedutaan China di Indonesia, En. Sun Weide, Setiausaha Agung Persatuan Kuasa Elektrik Indonesia (MKI), En. Heru Dewanto, serta para tetamu kehormat daripada Kementerian Tenaga dan Lombong Indonesia, Kadin Indonesia menghadiri Pameran itu bagi mengucapkan tahniah dan memberikan ucapan. Tetamu kehormat daripada Kementerian Tenaga dan Lombong, Persatuan Usahawan Perindustrian, Persatuan Ekonomi dan Perdagangan dari Indonesia, Singapura, Sri Lanka, Maldives melawat tapak itu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan.

Zhang Chun, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CMEC, berkata dalam satu sidang media pada hari Khamis (17/09/2015) di Jakarta, "Sejak tahun 1980an, CMEC telah memantapkan ikatan ekonomi menyeluruh bersama Indonesia. CMEC telah membekalkan peralatan lengkap untuk Indonesia Glass Factory dengan kapasiti pencairan sebanyak 20 tan setiap hari, Float Glass Plant milik PT. ADI dengan kapasiti pencairan sebanyak 300 dan 500 tan setiap hari, transformer, kabel berisi minyak, dan pembaharuan semula kilang penggelek Aluminum Products Factory. CMEC juga mendapat kontrak untuk membina stesen kuasa hidro dan kuasa terma. Semua ini telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Indonesia."

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 penubuhan ikatan diplomatik antara China dan Indonesia. Ekonomi Indonesia telah membangun dengan pesat dan pelan 'Fulkrum Marin Global' yang dibentangkan oleh Presiden Joko Widodo, sangat sesuai dengan 'Jalan Sutera Maritim Abad ke-21' yang diusulkan oleh para pemimpin China," kata Zhang Chun.

Zhang turut berkata, "CMEC akan merebut peluang bersejarah yang sukar diperoleh ini. Kami akan giat memberi respons dan mengamalkan klausa berkaitan yang dinyatakan dalam dokumen yang disebut itu. Kami akan meneroka peluang pelaburan sama untung bagi mengendalikan koperasi dalam pajakan itu dan pengendalian fasa pertama loji kuasa berkuasa arang 10,000MW, dan sementara itu, kami akan mengambil bahagian dalam pembinaan loji kuasa 35,000MW dalam fasa seterusnya di Indonesia, serta stesen kuasa dalam Pelan Pembangunan Lima Tahun. Kami akan turut meneroka kerjasama dalam perancangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan grid elektrik. Kami akan turut mengambil bahagian dalam kerjasama prasarana dan perindustrian, seperti landasan kereta api, jalan raya, pelabuhan, jeti, lapangan terbang, kuasa elektrik, kuasa suria, serta pembinaan taman perindustrian dan taman sains bersepadu antara China-Indonesia."

"Selepas menginovasi dan mengumpul pengalaman selama lebih 37 tahun, CMEC telah menjadi lebih berdaya saing dalam bidang kontrak kejuruteraan antarabangsa. Kami berbangga dengan daya saing kami ini yang terbina kerana: imej jenama dan reputasi perniagaan bagus yang didapati selama bertahun-tahun di dunia; kemampuan perkhidmatan sehenti bagi rantaian nilai keseluruhan; hubungan kerjasama yang kukuh dengan para pemilik kami di seluruh dunia serta rangkaian perniagaan global yang terkumpul selama ini; operasi projek beraneka terkumpul jangka masa panjang dan pengalaman pengurusan serta pasukan profesional dengan pengalaman amali dan juga kekayaan pengetahuan industri; kemampuan yang tinggi dalam pemasaran dan operasi antarabangsa selain operasi modal dan perkhidmatan kewangan. Oleh itu, kami mempunyai aturan keseluruhan untuk perniagaan kontrak kejuruteraan, mengambil tenaga kuasa sebagai perniagaan teras kami, diiringi pengangkutan, komunikasi elektronik, bekalan air dan rawatan air," tambah Zhang lagi.

Selain itu, Zhang Chun turut berkata, "CMEC akan memberi lebih perhatian terhadap perlindungan alam semula jadi dan memenuhi tanggungjawab sosial secara aktif agar dapat benar-benar berintegrasi dalam masyarakat tempatan. Kami berharap akan mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakyat tempatan untuk membina asas bagi pembangunan mampan ini."

"CMEC akan meningkatkan pelaburan dalam pasaran Indonesia, mengambil bahagian secara aktif dalam projek stesen kuasa Indonesia IPP, serta akan melaksanakan PLM (Pengurusan Kitaran Hayat Produk) dalam pasaran Indonesia. Kami akan menambah baik model pemantauan berdasarkan kitaran hayat perniagaan untuk berusaha menjayakan seluruh proses, memastikan pemantauan yang lancar, agar dapat mempertingkat kualiti produk dan daya saing pasaran," sambung Zhang lagi.

"Kedua-dua negara ini akan terus mengukuhkan lagi perkongsian strategik yang menyeluruh ini, dan dalam konteks itu, serta melalui kejayaan Pameran ini, dipercayai CMEC boleh berintegrasi dengan lebih baik dan pantas ke dalam pasaran prasarana Indonesia, mengambil bahagian dalam lebih banyak projek, mengukuhkan lagi ikatan ekonomi dengan Indonesia serta memberi sumbangan baharu untuk tujuan pembangunan ekonomi di Indonesia," simpul Zhang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
CMEC International Exhibition Co., Ltd
42 Zhong Guan Cun North St,.Beijing, China 100084
Talian penting: 4000-680-600
www.cmecexpo.com

Source: China Machinery Engineering Corporation
Related Links:
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities