omniture

Laporan Keadaan Media 2024 Cision: Wartawan Memerangi Maklumat Salah, Menerima Data dan Menjalin Perkongsian PR

PR Newswire
2024-05-13 16:06 94

Laporan Tahunan ke-15 Mendedahkan Trend yang Membuka Mata, Cabaran Baharu dan Peningkatan Peluang Baru Dalam Landskap Media

HONG KONG, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Cision, peneraju bagi penyelesaian perisikan pengguna dan media, mendedahkan Laporan Keadaan Media tahunan kali ke-15, kajian penanda aras yang amat dinanti-nantikan mengenai trend industri media. Laporan ini, berdasarkan kepada tinjauan ke atas lebih 3,000 ahli profesional media di seluruh dunia, menonjolkan tumpuan tajam wartawan untuk memerangi maklumat salah, pergantungan mereka yang semakin meningkat kepada data dan peralihan yang mengejutkan kepada platform sosial yang aktif mereka gunakan.

Cision's 2024 State of the Media Report
Cision's 2024 State of the Media Report

"Laporan ini mendedahkan bagaimana golongan profesional komunikasi dapat menjadi rakan kongsi dipercayai yang diperlukan oleh wartawan dalam landskap hari ini yang berubah-ubah," kata Carrie Parker, Ketua Pegawai Pemasaran di Cision.

Penemuan ini menekankan cara yang membolehkan golongan profesional perhubungan awam dapat mencapai hasil media yang positif secara lebih pantas dengan menyediakan cerita bersasar, diselidik dengan baik kepada wartawan yang relevan untuk khalayak mereka.

Beberapa Penemuan Utama daripada Laporan:

  • Hampir tiga perempat (72%) daripada wartawan menghargai siaran akhbar sebagai kandungan pilihan mereka untuk diterima daripada golongan profesional PR.
  • 42% wartawan melaporkan cabaran terbesar mereka bagi tahun 2024 iaitu mengekalkan kredibiliti sebagai sumber berita yang dipercayai
  • Biarpun dengan desas-desus dalam industri mengenai AI, kurang daripada separuh wartawan yang mengambil bahagian dalam kajian ini menggunakan AI dengan kerap.
  • Aset-aset multimedia (imej, visualisasi data dan video) dimanfaatkan oleh media lebih daripada sebelum ini, dengan 87% wartawan menggunakannya yang dibekalkan dengan pic dan cerita.
  • Facebook mengalami kebangkitan semula, dengan wartawan menamakannya sebagai salah satu daripada tiga platform teratas untuk peningkatan aktiviti.

15 Tahun Mengenal Pasti Trend dalam Media

Laporan pada tahun ini merupakan satu pencapaian untuk Cision dan industri media. Sesuatu yang bermula pada tahun 2009 sebagai satu kajian bersama yang agak kecil dengan George Washington University, berkembang menjadi penentu trend industri yang dipercayai. Laporan ini memberi penjelasan tentang landskap media yang sentiasa berubah-ubah dengan matlamat untuk membantu golongan profesional PR menjalin hubungan yang lebih mendalam dan meningkatkan hasil bersama wartawan di seluruh dunia.

"Data bernilai lebih 15 tahun menunjukkan secara konsisten nilai yang diletakkan oleh wartawan ke atas hubungan mereka bersama golongan profesional perhubungan awam. Setiap tahun, kami memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pemimpin PR dapat membina perkongsian media yang malah lebih kukuh," kata Carrie Parker, Ketua Pegawai Pemasaran di Cision. "Wartawan, seperti ahli profesional perhubungan media, menghadapi banyak cabaran dan perubahan dalam seluruh industri termasuk belajar untuk mengemudi teknologi baharu seperti AI generatif dan memahami tingkah laku media yang semakin berkembang. Laporan Keadaan Media pada tahun ini mendedahkan peluang-peluang penting untuk golongan profesional PR dan komunikasi menjadi rakan kongsi dipercayai yang diperlukan oleh wartawan dalam landskap yang berubah pantas pada hari ini."

Akses Laporan Keadaan Media 2024 penuh di sini.

Daftar untuk webinar kami pada 13 Jun jam 10:00 pagi ET yang melaluinya kami akan meneliti laporan ini dan apa ertinya untuk golongan profesional PR dan komunikasi korporat, dengan klik di sini. 

Metodologi 

Cision menjalankan tinjauan Keadaan Media 2024 dalam bulan Januari dan Februari 2024. Tinjauan diemelkan kepada ahli-ahli Cision Media Database, yang disemak oleh pasukan penyelidikan media syarikat untuk mengesahkan kedudukan mereka sebagai ahli profesional media, pempengaruh dan penulis blog serta kepada ahli-ahli komuniti Connectively kami. Kami turut menyediakan tinjauan ini kepada golongan profesional media dalam pangkalan data PR Newswire for Journalists. Tinjauan pada tahun ini mengumpul respons daripada 3,016 responden dalam 19 pasaran di seluruh dunia: A.S., Kanada, UK, Perancis, Jerman, Finland, Sweden, Denmark, Norway, Itali, Sepanyol, Portugal, tanah besar China, Australia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.

Latar Belakang Cision 

Cision ialah peneraju global bagi penyelesaian perisikan pengguna dan media, penglibatan serta komunikasi. Kami melengkapkan golongan profesional PR dan komunikasi korporat, pemasaran serta media sosial dengan alat-alat yang diperlukan oleh mereka untuk cemerlang dalam dunia berpacukan data pada hari ini. Kepakaran kami yang mendalam, perkongsian data yang eksklusif serta produk pemenang anugerah, termasuk CisionOne, Brandwatch dan PR Newswire, membolehkan lebih 75,000 syarikat dan organisasi, termasuk 84% daripada Fortune 500, dapat melihat dan dilihat, memahami dan difahami oleh khalayak yang paling penting buat mereka.

 

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research