omniture

Forum MedTech Asia Pasifik 2015 Dibuka untuk Pendaftaran

APACMed
2015-10-01 09:00 371

SINGAPURA, 1 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pendaftaran kini dibuka untuk Forum MedTech Asia Pasifik 2015, acara pertama seumpamanya di rantau ini untuk industri peralatan perubatan dan diagnostik yang berkembang pesat. Diumumkan oleh Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed) hari ini, forum julung kali ini akan menangani isu-isu penting, inovasi perubatan dan kerjasama dalam bidang kesihatan.

Forum MedTech akan diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City Singapura pada 10-11 Disember. Satu bengkel prapersidangan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan diadakan pada 9 Disember. Pelbagai diskaun awal tersedia sehingga 15 Oktober di www.apacmedevents.org.

Acara penting ini bakal menyatukan ahli-ahli panel dan para penyampai ucapan termasuk wakil-wakil daripada kementerian kesihatan, para pemimpin industri, ahli-ahli profesional kesihatan, para pembuat dasar dan ahli-ahli akademik untuk membincangkan isu-isu terpenting yang memberi kesan kepada para pesakit serta standard rawatan.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan antara nama-nama terbesar dan paling inovatif dalam teknologi perubatan, mewujudkan platform unik untuk berkongsi amalan terbaik serta maklumat untuk mengilhamkan tindakan dalam sektor ini," kata Fredrik Nyberg, Ketua Pegawai Eksekutif APACMed.

"Populasi rantau Asia Pasifik semakin meningkat usia dengan pantas dan taraf hidup bertambah baik, membawakan cabaran ketika peningkatan permintaan terhadap penyelesaian teknologi perubatan yang berkualiti. Hanya melalui kolaborasi antara industri, kerajaan dan para penyedia khidmat kesihatan kita dapat menangani kekurangan serta peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan, menggalakkan pelaburan dan mendorong inovasi untuk merintis masa depan bersama yang sihat."

Sorotan panel termasuk:

  • Masa depan pendidikan perubatan
  • Anatomi kejayaan kolaborasi industri-akademia
  • Inovasi model perniagaan: Mereka bentuk untuk pasaran Asia
  • Perbincangan meja bulat KPE dipengerusikan oleh McKinsey tentang pembentukan masa depan khidmat kesihatan

Para penaja Forum MedTech Asia Pasifik 2015 terdiri daripada Abbott, B Braun, Becton Dickinson, Boston Scientific, Johnson & Johnson, Korn Ferry, McKinsey, Medtronic, Stryker dan Zimmer Biomet.

Untuk maklumat lanjut dan agenda terkini, sila kunjungi www.apacmedevents.org atau hubungi Pejabat Akhbar APACMed di APACMed@edelman.com.

Latar Belakang APACMed

Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed) menyatupadukan suara bagi industri peralatan perubatan dan diagnostik in-vitro di Asia Pasifik. Diasaskan pada tahun 2014, APACMed berusaha menggalakkan inovasi dan impak dasar yang memajukan akses khidmat kesihatan untuk para pesakit. Syarikat-syarikat ahli pengasas terdiri daripada Abbott, B Braun, Becton Dickinson, Boston Scientific, Johnson & Johnson, Medtronic, Stryker dan Zimmer Biomet.

Ikuti kami di: 
Twitter: https://twitter.com/apacmed 
Facebook: https://www.facebook.com/APACMed
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/asia-pacific-medical-technology-association 
Laman Sesawang: http://www.apacmed.org/

Source: APACMed
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Trade show news