omniture

Abbott Berganding Bahu dengan Bintang Bola Sepak Cristiano Ronaldo untuk Memberi Inspirasi kepada Orang Muda bagi Menderma Darah

Abbott
2015-10-22 20:01 107

SERTAI PERGERAKAN: #BETHE1DONOR UNTUK DERMA DARAH DAN MUNGKIN MENYELAMATKAN NYAWA  

ABBOTT PARK, Illinois, 22 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Darah merupakan komponen penting untuk kehidupan, tetapi ramai orang tidak memikirkan tentangnya sehinggalah keperluan terhadapnya menjadi kritikal. Setiap tahun, 234 juta pembedahan besar dijalankan di seluruh dunia, kebanyakannya melibatkan pemindahan darah atau rawatan yang menyebabkan keperluan berterusan untuk derma.

Alami Hebahan Berita Multimedia interaktif itu di sini: http://www.multivu.com/players/English/7668251-abbott-cristiano-ronaldo-donate-blood/

Itulah sebabnya Abbott (NYSE: ABT) dan bintang bola sepak Real Madrid Cristiano Ronaldo bekerjasama untuk menumpukan lebih perhatian kepada tujuan yang penting ini. Dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia, Ronaldo akan menjadi duta global pertama bagi pergerakan #BeThe1Donor – diusahakan untuk memberi inspirasi kepada orang muda di seluruh dunia untuk menderma darah dengan tetap.

"Kita semua dapat melakukan perubahan dengan menderma darah. Setiap derma yang diberikan dapat memberi manfaat sehingga kepada tiga orang dalam keadaan kecemasan dan untuk rawatan perubatan jangka panjang," kata Cristiano Ronaldo, penyerang Real Madrid dan Kapten Bola Sepak Kebangsaan Portugal. "Kerana itulah saya bersungguh-sungguh untuk bekerjasama dengan Abbott untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menderma darah dan menggalakkan orang ramai di seluruh dunia untuk menjadi penderma darah sepanjang hayat serta membantu menyelamatkan nyawa."

Sebagai seorang penderma yang tetap, Ronaldo memahami kepentingan menderma darah. Beliau kali pertama menderma darah setelah melihat anak rakan sepasukannya sakit dan memerlukan derma. Sejak itu, beliau terus menderma dengan kerap dan mengelakkan aktiviti yang mungkin menghalangnya daripada menderma walaupun buat sementara.

Dengan 108 juta derma dikumpulkan setiap tahun, hanya sebahagian daripada 7 bilion orang yang layak di dunia menderma darah. Bagi mereka yang memerlukan pemindahan darah, keperluannya adalah lebih besar kerana darah mempunyai hayat simpanan yang pendek dan boleh luput. Bekalan darah yang mencukupi dan andal hanya boleh dipastikan melalui kumpulan stabil penderma darah yang tetap, sukarela dan tidak dibayar.

Sebagai pemimpin global dalam penyakit berjangkit dan diagnostik, perkakas ujian Abbott menyaring lebih 50 peratus daripada bekalan darah dunia. Hasil daripada pemilihan penderma dan ujian teliti yang dijalankan, berjuta-juta individu diberikan pemindahan darah yang selamat setiap tahun. Melalui Program Tinjauan Globalnya, Abbott berusaha mengekalkan keselamatan bekalan darah dengan terus mengenal pasti virus dan penyakit baharu, selain strain yang baru muncul yang melibatkan HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C, bagi tujuan menyertakan pengesanan virus-virus sedemikian dalam proses saringan darah.

Kunjungi www.bethe1donor.com untuk mengetahui lebih lanjut. Berhubung dengan kami menggunakan #BeThe1Donor atau melalui Facebook di https://www.facebook.com/bethe1donor.

Latar Belakang Abbott

Di Abbott, kami komited untuk membantu anda melalui kehidupan yang terbaik melalui kuasa kesihatan. Selama lebih 125 tahun, kami telah membawakan produk dan teknologi baharu kepada dunia – dalam nutrisi, diagnostik, peralatan perubatan dan farmaseutikal generik berjenama – yang mencipta lebih banyak kemungkinan untuk lebih ramai orang pada setiap peringkat kehidupan. Pada masa kini, 73,000 kakitangan kami berusaha untuk membantu orang ramai hidup bukan sahaja lebih lama, tetapi dengan lebih baik, di lebih 150 buah negara di tempat kami berkhidmat.

Berhubung dengan Abbott di www.abbott.com, di Facebook di facebook.com/Abbott serta di Twitter @AbbottNews dan @AbbottGlobal.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271488LOGO

Source: Abbott
Related Stocks:
NYSE:ABT
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Retail Social Media Sports Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility