omniture

UAE Lancar Projek Global untuk Arkibkan Tapak Arkeologi Timur Tengah dan Cetak Semula Menggunakan Teknologi 3D

Dubai Museum of the Future Foundation
2015-10-29 17:23 324

DUBAI, UAE, 29 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- UAE menyatakan bahawa perlindungan sejarah dan warisan Timur Tengah adalah satu tanggungjawab global, yang mengambil kira sumbangan penting rantau itu terhadap kemajuan ketamadunan manusia.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151028/281454 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151028/281455 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151028/281456 )

Menekankan bahawa tapak-tapak arkeologi bukanlah hanya struktur batu, Mohammed Abdullah Al Gergawi, Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Muzium Masa Depan Dubai, menjelaskan yang mercu tanda warisan di rantau itu adalah sebahagian penting daripada pencapaian ketamadunan manusia yang hebat.

Kenyataan oleh Al Gergawi ini adalah bersempena pengumuman Yayasan Muzium Masa Depan Dubai berkenaan kerjasama global dengan UNESCO dan Institut Arkeologi Digital (IDA) yang berpangkalan di UK iaitu usaha sama antara Universiti Harvard dan Universiti Oxford, untuk mendokumenkan tapak-tapak arkeologi di rantau itu menggunakan teknologi pengimejan tiga dimensi bagi membina semula tapak-tapak ini melalui pencetakan 3D sekiranya berlaku sebarang kejadian.

"Tapak warisan adalah sangat penting untuk dipelihara kerana ia menjadi sumber inspirasi kepada para penginovasi dan pelopor untuk membangunkan masa depan. Apa yang kami lakukan hari ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menggali semula sejarah rantau ini dan membangun atas pencapaian hebat pada masa lalu," kata Al Gergawi

Pada masa yang sama, Irinia Bokova, Ketua Pengarah UNESCO, berkata: "Pihak pelampau mahu menyebarkan visi yang berlainan terhadap dunia. Mereka mahu memberitahu kita bahawa tiada memori, tiada budaya, dan tiada warisan. Kami bergabung tenaga bersama Yayasan Muzium Masa Depan Dubai untuk bersama-sama menentang visi pelampau ini terhadap masa depan dan membantu menyampaikan sejarah kepada generasi akan datang."

Dr. Roger Michel, Pengarah Eksekutif Institut Arkeologi Digital, berkata: "Dengan sokongan padu daripada Yayasan Muzium Masa Depan Dubai, Institut Arkeologi Digital akan melipatgandakan usahanya untuk memulihkan landskap Timur Tengah serta simbol-simbol penting daripada warisan kebudayaan dunia yang kita kongsikan yang telah dimusnah atau dicacatkan. Simbol-simbol ini - seni bina dan objek daripada tamadun purba - memaparkan dengan penuh kehebatan bagaimana Timur dan Barat bersatu. Pihak UAE adalah rakan yang baik dalam kerja yang penting ini."

Saif Al-Aleeli, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Muzium Masa Depan Dubai, berkata kerjasama global itu adalah yang pertama daripada siri-siri inisiatif yang akan datang. Tambah beliau, kerjasama itu adalah sebahagian daripada visi strategik Yayasan Muzium Masa Depan Dubai untuk membina kerjasama jangka panjang dengan institusi-institusi akademik dan saintifik serta pusat-pusat penyelidikan dalam semua lapangan.

Projek global oleh Yayasan Muzium Masa Depan Dubai ini akan mendokumenkan monumen warisan dalam rantau itu dengan mengambil sehingga sejuta imej digital bagi tapak ini menggunakan teknologi pengimejan tiga dimensi sehingga akhir tahun 2015.

Hubungi:

Saif Al Aleeli; saif.alaleeli@pmo.gov.ae; +971-(0)-4-330-4433

Source: Dubai Museum of the Future Foundation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services