omniture

G2A.COM Menghiburkan Pemain Semasa GIST, Gaming Istanbul 2016

G2A
2016-02-08 08:43 335

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 8 Februari 2016 /PRNewswire/ -- G2A.com menghangatkan suasana GIST Gaming Istanbul 2016 dengan tarian disko gaya bebas yang bakal menjadi ikutan dengan pentas pembentangan untuk ekspresi diri. G2A gemar memberikan para pemain pengalaman yang luar biasa dan G2A Stage sudah terbukti sebagai tarikan yang popular dalam kalangan pemain berkostum, penari profesional, serta mereka yang hanya ingin mengekspresikan diri mereka dalam cara yang menyeronokkan dengan melompat ke atas G2A Stage bila-bila masa sahaja mereka ingin menunjukkan kemahiran tarian mereka!

'Sebagai syarikat berorientasi global yang menggajikan lebih 400 pemain dan profesional dari lebih 25 buah negara dengan lebih 21 bahasa, G2A menyasarkan kedudukan nombor satu seluruh dunia dengan memberi perhatian kepada setiap rantau dan menyediakan khidmat pelanggan yang sebaik mungkin dalam bahasa tempatan (9 bahasa, 5 daripadanya secara 24/7), serta kaedah pembayaran tempatan yang boleh diiktiraf dalam setiap negara,' kata Bartosz Skwarczek, Ketua Pegawai Eksekutif G2A. 'Turki merupakan pasaran yang sangat penting dalam industri permainan video dan G2A akan membantu acara GIST Gaming Istanbul yang hebat ini untuk berkembang tahun demi tahun.'

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160205/330318)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160205/330319)

Para pemain Turki mempunyai begitu banyak budaya berbeza jadi memang hebat apabila dapat melihat begitu banyak gerak tari berlainan serta atur tubuh yang hebat dari seluruh dunia,' kata Adel Ghouma, Pengurus MENA di G2A.COM. 'Turki tidak pernah gagal untuk mengagumkan saya, apabila dapat mengalami semangat dan melihat sendiri bakat para pemain Turki, ia memang pengalaman yang tidak ternilai. Turki adalah bandar penuh gerakan dan permainan. G2A begitu teruja dapat berada di sini.'

Beliau bercakap tentang bagaimana G2A memberi perhatian yang begitu rapi kepada butiran semasa bersedia untuk GIST 2016 'Kami menghasilkan sentuhan istimewa tambahan untuk GIST Gaming Istanbul 2016'.

https://www.g2a.co/presentation_gist/

G2A.COM merupakan pasaran permainan digital yang paling pantas berkembang di dunia, yang membolehkan pelanggan membeli dan menjual produk digital. G2A mempunyai lebih 24 ribu produk permainan video berbeza, lebih 6 juta pelanggan dan mengalu-alukan lebih 250,000 pelanggan baharu setiap bulan. G2A banyak melabur dalam teknologi baharu seperti Realiti Maya (https://land.g2a.com/) dan pencetakan 3D yang hebat bagi watak permainan video agar dapat membawakan dimensi baharu, pilihan baharu kepada para pemain serta pembangun. http://3dplus.g2a.com/ https://www.g2a.com/ 

Untuk maklumat lanjut: http://www.g2a.co/press

SUMBER  G2A

Source: G2A
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news