omniture

Singapura Kekal Hab Utama Penubuhan Syarikat Walaupun Menunjukkan Penurunan Prestasi Keseluruhan Pada Suku Keempat

16,612 perniagaan baharu wujud di Singapura dalam Suku Keempat 2015, menurun sebanyak 5.7% berbanding suku tahun sebelumnya, selari dengan pola biasa dalam suku terakhir
Hawksford Singapore
2016-02-10 08:00 332

SINGAPURA, 10 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Bilangan penubuhan syarikat baharu di Singapura merosot pada suku keempat, tetapi pelabur dan perusahaan asing terus menubuhkan perusahaan atau anak syarikat di negara kepulauan ini walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bilangan penubuhan perniagaan menurun sebanyak 5.7% sepanjang suku tahun itu, walau bagaimanapun keadaan ini adalah situasi biasa pada setiap tahun sebelum ini, kecuali pada tahun 2014, yang merupakan satu anomali. Sepanjang suku keempat tahun 2015, sebanyak 16,612 perniagaan ditubuhkan, manakala pada suku keempat tahun 2014 sebanyak 20,540 perniagaan ditubuhkan.

Walaupun tahun tersebut berakhir dengan keadaan yang stabil, dengan ekonomi barat berusaha mencapai pemulihan yang sederhana, angka penubuhan perniagaan baharu yang dilihat masih dalam julat biasa untuk suku keempat, walaupun dalam keadaan ekonomi yang lemah, memperlihatkan kekuatan penting ekonomi Singapura.

Syarikat-syarikat swasta berhad terus mendominasi penubuhan itu dengan 48.8% daripada jumlah keseluruhan penubuhan perniagaan. Selain itu, sebanyak 1,421 Syarikat Swasta Berhad Tidak Berkecuali ditubuhkan semasa suku keempat yang mengukuhkan lagi peranan Singapura sebagai negara mesra perniagaan.

Bahagian pasaran syarikat pegangan luar kekal 35% dalam suku keempat. Bahagian pasaran tersebut kekal tidak berubah berbanding tahun 2014, menunjukkan keyakinan perusahaan dan pelabur luar di Singapura.

Jacqueline Low, ketua pegawai operasi Hawksford Singapore, berkata: ‘Penurunan pendaftaran syarikat baharu dalam suku tahun ini adalah biasa dan selari dengan keadaan pasaran pada suku tahun yang lalu. Angka yang dicatatkan menyamai purata suku akhir tahun sebelumnya, kecuali pada tahun 2014. Secara keseluruhan, tahun 2015 adalah tahun yang baik dari segi pendaftaran perniagaan.’

Singapura terus menarik pelabur dan usahawan antarabangsa. Bahagian pasaran bagi pemegang saham individu dari luar kekal pada 28% dalam suku tahun keempat, manakala individu-individu dari India, China, dan Malaysia terus mendominasi.

Cik Low menambah: ‘Singapura terus menarik syarikat, pelabur dan usahawan luar oleh sebab asas perniagaan yang kukuh dan kekuatannya sebagai hab kewangan serta perdagangan. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa keadaan ini tidak menjadikan kita kebal terhadap keadaan ekonomi global.’

Klik di sini untuk melihat Laporan Statistik Penubuhan Perniagaan Singapura Suku Keempat 2015

Chye Fong Yee, +65-62227445, fongyee.chye@hawksford.sg

Source: Hawksford Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research