omniture

RMB kekal kukuh sebagai mata wang kedua paling aktif di Malaysia untuk pembayaran dengan Tanah Besar China dan Hong Kong

RMB Tracker SWIFT menunjukkan Renminbi kekal kukuh di kedudukan kedua untuk pembayaran antara Malaysia dan Tanah Besar China/Hong Kong, sementara dolar AS kekal mendominasi koridor
SWIFT
2016-03-14 18:26 264

HONG KONG, 14 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Data SWIFT terbaharu menunjukkan penggunaan RMB oleh Malaysia untuk pembayaran dengan Tanah Besar China dan Hong Kong meningkat 68% sepanjang 12 bulan lepas dan 214% sepanjang tiga tahun lepas. Sejak Januari 2013, mata wang China itu mendaki ke kedudukan nombor dua daripada kedudukan nombor tiga untuk pembayaran berdasarkan nilai, memintas Ringgit Malaysia. 

"Walaupun berlakunya turun naik di China, dan kelembapan ekonomi yang dilaporkan secara meluas, pasaran Asia Tenggara, seperti Singapura, Thailand, dan Malaysia berusaha mempertingkatkan kemampuan pembayaran RMB, termasuk penubuhan pusat penjelasan RMB. Pertumbuhan ini mencerminkan hubungan perdagangan yang menyeluruh antara Asia Tenggara dengan China, yang terus menjadi sangat penting bagi rantau ini," kata Michael Moon, Ketua Bahagian Pembayaran, Asia Pasifik di SWIFT.

Pada Januari 2016, RMB kekal sebagai mata wang kelima paling aktif untuk pembayaran global mengikut nilai dan merangkumi 2.45% daripada pembayaran global, sedikit peningkatan berbanding 2.31% pada bulan Disember 2015. Aktiviti syer adalah lebih tinggi berbanding bulan lalu walaupun pembayaran RMB berkurangan sebanyak 5.7% mengikut nilai, sementara pada peringkat global, semua mata wang berkurangan sebanyak 11.2% mengikut nilai dalam tempoh yang sama.

Latar Belakang SWIFT dan Pengantarabangsaan RMB

Sejak tahun 2010, SWIFT dengan aktif menyokong para pelanggannya serta industri kewangan berkenaan pengantarabangsaan RMB melalui pelbagai terbitan dan laporan. Melalui pasukan Penyelesaian Maklumat Perniagaannya, SWIFT menerbitkan statistik penggunaan penting dalam RMB Tracker, tinjauan tentang implikasi pengantarabangsaan RMB, perspektif tentang garis panduan penjelasan RMB dan penjelasan luar pesisir, menyokong pelancaran produk RMB komersial oleh pihak bank dan menyediakan analisis terperinci serta maklumat perniagaan, dan juga terlibat dengan pusat penjelasan luar pesisir selain komuniti kewangan China bagi menyokong usaha pengantarabangsaan RMB yang selanjutnya.

Rangkaian SWIFT menyokong sepenuhnya urus niaga RMB global, dan perkhidmatan pemesejannya membolehkan pemindahan aksara Cina dibuat melalui Kod Komersial Cina (CCC) dalam FIN atau melalui aksara Cina dalam MX (mesej ISO 20022). Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan maklumat perniagaan RMB khusus untuk menyokong institusi kewangan dan korporat. Selain itu, SWIFT berkolaborasi dengan masyarakat untuk menerbitkan Garis Panduan Amalan Terbaik RMB Luar Pesisir Rentas dan Sempadan, yang memudahkan operasi pentadbiran RMB terpiawai.

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pengantarabangsaan RMB atau sertai kumpulan LinkedIn baharu kami 'Business Intelligence Transaction Banking'.

Latar Belakang SWIFT

SWIFT merupakan koperasi milik ahli yang menyediakan platform komunikasi, produk, dan perkhidmatan untuk menghubungkan lebih 10,800 organisasi perbankan, institusi sekuriti, dan pelanggan korporat, yang berada di lebih 200 buah negara dan wilayah. SWIFT membolehkan para penggunanya bertukar-tukar maklumat kewangan secara automatik dan terpiawai dengan selamat serta andal, seterusnya mengurangkan kos, mengurangkan risiko operasi, dan menyingkirkan ketidakcekapan operasi. SWIFT juga membawa komuniti kewangan bersama bagi bekerjasama secara kolaboratif untuk membentuk amalan pasaran, mentakrifkan piawaian, dan mendebatkan isu kepentingan bersama.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.swift.com atau ikuti kami di Twitter: @swiftcommunity dan LinkedIn: SWIFT

Hubungi:
Cognito
swift@cognitomedia.com
+44 (0)20 7426 9400

Penafian

SWIFT tidak menjamin kesesuaian kegunaan, penyempurnaan, atau ketepatan RMB Tracker, dan berhak untuk membetulkan data RMB Tracker terdahulu. SWIFT menyediakan RMB Tracker secara 'sedia ada', dan untuk tujuan maklumat sahaja. Hanya bertindak sebagai terbitan bermaklumat sahaja, RMB Tracker tidak bermaksud untuk memberikan sebarang saranan atau nasihat. Sesiapa yang merujuk RMB Tracker bertanggungjawab secara tunggal dan sepenuhnya ke atas semua keputusan yang dibuat berdasarkan data RMB Tracker, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian. SWIFT menafikan semua liabiliti berkenaan penggunaan RMB Tracker oleh seseorang. RMB Tracker merupakan terbitan SWIFT. SWIFT © 2016. Semua hak cipta terpelihara.

Photo - http://photos.prnasia.com/prnk/20160229/8521601273EN

Source: SWIFT
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research