omniture

Pendigitalan Bakal Mewujudkan 350 Juta Pengeksport Baharu, menurut Laporan "Future of Trade" DMCC

DMCC (Dubai Multi Commodities Centre)
2016-03-17 20:13 262

LONDON, 17 Mac 2016 /PRNewswire/ --

  • Kajian rintis daripada DMCC menunjukkan revolusi digital dalam perdagangan global
  • 42% daripada perniagaan global sudah terdigital sepenuhnya menurut Indeks Pendigitalan Industri DMCC

Sebanyak 350 juta perniagaan boleh mula mengeksport barangan untuk kali pertama jika mereka mula menggunakan strategi digital hujung ke hujung, menurut laporan 'Future of Trade' pertama daripada DMCC, salah satu hab komoditi terkemuka dunia untuk perdagangan dan perusahaan.

Untuk melihat Siar Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7785351-DMCC-new-exporters-future-of-trade/

Laporan ini memaparkan gambaran bagaimana "Masa Hadapan Perdagangan" akan berkembang sepanjang sepuluh tahun akan datang, dan ditulis berdasarkan pandangan yang dikongsi 150 pakar dari lima benua selama dua belas bulan. Laporan 'The Future of Trade' telah ditulis DMCC dengan kerjasama bersama Futureagenda.org dan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (Cebr), syarikat khidmat perundingan ekonomi terkemuka UK.

Kesimpulan laporan itu yang paling menonjol adalah skala dan impak pendigitalan ke atas perdagangan global. Kajian DMCC mencadangkan pendigitalan perdagangan penuh boleh membawa kepada peningkatan enam kali ganda bilangan perniagaan yang mengeksport barangan. Ini bermakna antara 100 juta ke 350 juta perniagaan boleh terlibat dalam perdagangan eksport global untuk kali pertama.

"Kesimpulan dalam laporan kami sangat jelas," kata Gautam Sashittal, Ketua Pegawai Eksekutif DMCC. "Syarikat yang ingin berjaya dalam pasaran yang mencabar hari ini perlu menggunakan strategi digital yang kuat, berfikir secara global, dan mengalu-alukan perubahan. Jika dunia perdagangan global bekerjasama mengikut prinsip ini, sudah tentu kita semua akan menikmati faedahnya."

Bagi mengenengahkan kepentingan penemuan mereka, DMCC dan Cebr telah menghasilkan Indeks Pendigitalan Industri (IDI) bagi mengikuti perkembangan perubahan merentasi kawasan dan sektor. Indeks ini akan sentiasa dikemas kini bagi memberikan gambaran masa nyata untuk kemajuan digital dalam perdagangan global. IDI mendapati 42% daripada semua perniagaan sudah terdigital penuh pada masa ini.

DMCC menempatkan lebih 11,500 syarikat dan menarik pelaburan asing langsung bernilai berbilion dolar setiap tahun, terutamanya dalam sektor komoditi. DMCC dan Dubai merupakan rakan kongsi yang sesuai bagi Futureagenda.org dan Cebr dalam menentukan The Future of Trade.

"Sudah berkurun lamanya Dubai berada di pusat laluan perdagangan tersibuk dunia, dan ia masih begitu sehingga sekarang," kata Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif DMCC. "Penyelidikan seperti 'The Future of Trade' DMCC menyediakan maklumat yang boleh digunakan dalam tindakan untuk perniagaan pada zaman di mana laluan perdagangan diseimbangkan semula oleh teknologi baharu dan peningkatan keterhubungan global."

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160314/343836 )

Sumber: DMCC

 

Source: DMCC (Dubai Multi Commodities Centre)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research