omniture

Pengerusi Mahindra Group Anand Mahindra Antara 30 CEO Global Terbaik dalam Senarai Barron's 2016 yang Berprestij

Mahindra Group
2016-03-23 19:55 361

MUMBAI, 23 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pengerusi Mahindra Group yang berpangkalan di India, Anand Mahindra disenaraikan dalam senarai 30 CEO Terbaik di dunia Barron's 2016 yang berprestij.

En. Mahindra ialah salah seorang daripada empat pemimpin peringkat antarabangsa yang berada dalam senarai tahun ini. Beliau diiktiraf kerana mentransformasikan Mahindra Group menjadi kumpulan syarikat global yang mengekalkan tahap ketelusan, tadbir urus dan tumpuan kepada pemegang saham yang sukar dilihat dalam pasaran baru muncul, menurut Barron's.

Anand Mahindra, Pengerusi, Mahindra Group berkata, "Saya berbesar hati atas pengiktirafan yang diberikan oleh Barron's ini yang mengesahkan ciri-ciri global Mahindra Group yang semakin meningkat, standard tadbir urus korporat kami yang tinggi dan fokus dalam memberikan pulangan konsisten kepada pemegang saham."

Mahindra turut tersenarai dalam barisan 29 orang pemimpin global, termasuk Jeff Bezos daripada Amazon, Robert Iger daripada Walt Disney, Larry Page daripada Alphabet, serta Warren Buffet daripada Berkshire Hathaway dalam senarai tahunan itu.

Kriteria utama yang dipertimbangkan termasuk kekukuhan kewangan, motivasi dalam kalangan kakitangan, produk yang inovatif, dan pengekalan pertumbuhan kewangan yang tekal selain keuntungan pemegang saham.

Senarai CEO Terbaik Barron's 2016 turut dipaparkan pada muka depan edisi 19 Mac.

Latar Belakang Mahindra:   

Mahindra Group memberi tumpuan untuk memajukan masyarakat melalui penyelesaian yang dapat memperkasa mobiliti, mendorong kemakmuran di luar bandar, mempertingkat gaya hidup di kota serta meningkatkan kecekapan perniagaan.

Sebuah syarikat multinasional bernilai USD 16.9 bilion yang berpangkalan di Mumbai, India, Mahindra menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 200,000 penduduk yang berada di lebih 100 buah negara. Mahindra beroperasi dalam industri penting yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi, serta meraih kedudukan kepimpinan untuk traktor, kenderaan utiliti, teknologi maklumat, perkhidmatan kewangan dan pemilikan percutian. Selain itu, Mahindra mempunyai kedudukan yang kukuh dalam industri perniagaan asas tani, aeroangkasa, komponen, khidmat runding, pertahanan, tenaga, peralatan perindustrian, logistik, hartanah, peruncitan, keluli, kenderaan komersial dan juga kenderaan dua roda.

Kunjungi kami di http://www.mahindra.com

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Varsha Chainani
Naib Presiden Kanan - Komunikasi Kumpulan
chainani.varsha@mahindra.com 

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160322/795740
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130118/588985

Source: Mahindra Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Awards