omniture

Dahulu & Kini: Bintang Britain's Got Talent Connie Talbot Kini Penyanyi dan Penulis Lirik Hebat dengan album baharu Matters To Me dari Evolution Music Group kini di pasaran

Video Muzik I'm Over You yang penuh emosi mula tersebar
Evolution Ltd.
2016-03-27 23:26 561

LONDON dan HONG KONG, 27 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Sorotan:

  • Album kelima Connie Talbot Matters To Me dilancarkan hari ini 25 Mac di bawah label rakaman Evolution Music Group dengan lebih separuh lirik lagu ditulis atau ditulis bersama beliau.
  • Persembahan hebat dan penuh emosi oleh Connie Talbot dalam Video Muzik I'm Over You disiarkan buat pertama kali melalui VEVO minggu lalu.
Connie Talbot lancar album studio kelima Matters To Me
Connie Talbot lancar album studio kelima Matters To Me

Connie Talbot kini kembali dengan perubahan yang mengejutkan, daripada seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang giginya berjarak dalam Britain's Got Talent kepada seorang penyanyi dan penulis lirik yang cantik serta berbakat.

Connie, kini berusia 15 tahun, melancarkan album kelima, Matters To Me pada 25 Mac 2016. Connie mengambil peranan utama dengan menulis lirik lagu dalam album penentuan kerjaya beliau itu yang memperlihatkan pelbagai bakat beliau dalam bidang muzik serta perkembangan beliau sebagai penyanyi, penulis lirik dan pemuzik.

Lagu yang ditulis bersama itu, Shut Up (Move On) mencetuskan desus desas di kalangan peminat dan pihak media dari seluruh Asia, di mana Connie begitu diminati ramai.

Minggu lalu, Connie membuat satu lagi persembahan hebat dengan penuh emosi menerusi lagu asal I'm Over You, yang ditulis sepenuhnya oleh Connie sendiri. Video muzik yang tulus penuh beremosi itu tersebar menerusi media UK dan kesemuanya kagum dengan tahap kedewasaan Connie masa kini.

Tontoni I'm Over You: https://www.youtube.com/watch?v=pwdubU_UT0A

13 buah lagu yang lain daripada album tersebut termasuk Dream Out Loud ditulis bersama penulis lirik/penerbit lagu hit Toby Gad (penulis lirik bersama All of Me, If I Were A Boy), persembahan muzik elektronik gaya Afro bagi lagu terkenal Katy Perry, Roar, lagu balada asal yang serius dan menyentuh perasaan This is Home, serta persembahan akustik baharu bagi lagu tema sitkom Friends, I'll Be There For You. Album tersebut dipenuhi dengan kejutan dan memperlihatkan kegigihan Connie terhadap bakat semula jadi beliau dalam bidang muzik.

Pastinya kita boleh meletakkan harapan yang tinggi terhadap album tersebut dan juga Connie untuk menjadi seorang penyanyi dan penulis lirik generasi seterusnya.

Matters To Me boleh didapati daripada kedai muzik utama di Asia, serta perkhidmatan muat turun dan strim seluruh dunia termasuk iTunes dan Spotify.

Senarai Lagu:

  1. Shut Up (Move On)
  2. Roar
  3. I'm Over You
  4. Dream Out Loud
  5. Those Days
  6. When I Fall In Love
  7. Inner Beauty
  8. Teenage Chemistry
  9. I'll Be There
  10. Gravity
  11. Vincent
  12. Matters To Me
  13. This Is Home
  14. P.S. (iTunes sahaja)

www.connietalbot.asia

Spotify , Facebook, Twitter, Instagram, Weibo 

Bintang cilik Britain’s Got Talent Connie Talbot merakam album pada tahun 2007
Bintang cilik Britain’s Got Talent Connie Talbot merakam album pada tahun 2007

 

Transformasi menggiurkan bintang cilik Britain’s Got Talent Connie Talbot
Transformasi menggiurkan bintang cilik Britain’s Got Talent Connie Talbot

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160325/8521601962-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160325/8521601962-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160325/8521601962-c

Source: Evolution Ltd.
Keywords: Entertainment Multimedia/Online/Internet Music New products/services