omniture

Kementerian Sains dan Teknologi, NSTDA dan Autodesk Jalin Kerjasama bagi Memajukan Sektor Pengeluaran Digital Thailand

Penggunaan perisian rekaan dan kolaborasi Autodesk buat seluruh industri bakal meningkatkan daya saing sektor pengeluaran dan memberi manfaat sehingga 100,000 golongan profesional bidang kejuruteraan
Autodesk
2016-05-26 16:55 429

BANGKOK, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ -- National Science and Technology Development Agency (NSTDA), Kementerian Sains dan Teknologi serta Autodesk, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membantu meningkatkan daya saing Thailand dalam sektor pengeluaran, menerusi penggunaan teknologi 3D yang canggih dan keupayaan pengeluaran digital untuk seluruh industrinya.

"Thailand perlu beradaptasi dalam dunia abad ke-21 ini, dengan beralih daripada model Thailand 3.0 kepada 'model Thailand 4.0', agar dapat terus meningkatkan kemajuan Thailand bagi menjadi sebuah negara maju. Usaha ini juga adalah untuk menyokong Thailand beralih daripada sebuah negara 'berpendapatan pertengahan' kepada 'berpendapatan tinggi', dan meningkatkan ekonomi, daripada sebuah negara yang beroperasi mengikut 'prestasi' kepada sebuah negara yang berkembang hasil 'inovasi'. Salah satu daripada inisiatif dan mekanisme untuk beralih kepada model Thailand 4.0 ialah melalui penggunaan teknologi dalam Industri 4.0, yang akan mengguna pakai teknologi digital dalam industri pengeluaran dengan lebih giat. Satu elemen khas daripada usaha ini ialah kemampuan untuk menghubungkan keperluan pengguna terus kepada proses pengeluaran, yang menunjukkan kilang-kilang yang lebih besar tidak lagi menjadi kelebihan persaingan atau batasan terhadap pihak pengendali. Situasi ini pastinya akan memberi impak yang besar terhadap infrastruktur ekonomi," kata Dr. Pichet Durongkaveroj, Menteri Sains dan Teknologi.

"Menerusi kerjasama oleh syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Autodesk bersama NSTDA, usaha ini akan membantu SME tempatan menggunakan teknologi digital dalam proses rekaan dan pengeluaran mereka, selain meningkatkan keupayaan kepakaran Thailand agar bersedia mendepani industri pengeluaran pada masa depan. Selain itu, ini juga membawa kepada penciptaan nilai dalam setiap industri, yang bertepatan dengan objektif dasar kerajaan, seperti dalam industri bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui, kejuruteraan dan rekaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan serta industri ekonomi yang kreatif, yang akan terus mengukuhkan ekonomi negara," tambah Dr. Pichet Durongkaveroj, Menteri Sains dan Teknologi.

NSTDA, di bawah Kementerian Sains dan Teknologi, serta Autodesk bermatlamat untuk membangunkan bersama-sama 'Platform Pengeluaran Digital' (Digital Manufacturing Platform) bagi menyokong Pelan Induk Ekonomi Digital Kebangsaan. Ini akan menyediakan 100,000 jurutera dan ahli-ahli profesional vokasional daripada syarikat-syarikat pelbagai saiz dengan akses menerusi langganan kepada instrumen, perkhidmatan dan latihan berkaitan rekaan 3D, pengeluaran, simulasi dan kolaborasi Autodesk selama tiga tahun.

"Industri pengeluaran adalah amat penting untuk ekonomi kami. Teknologi pengeluaran digital dan pembangunan kepakaran akan mendorong kemajuan Thailand dalam pasaran yang amat berdaya saing. Platform Pengeluaran Digital (Digital Manufacturing Platform) yang dikuasakan oleh teknologi Autodesk akan membantu penggiat industri tempatan meningkatkan usaha inovasi, selain menggalakkan hubungan dan kerjasama agar sejajar dengan matlamat Ekonomi Digital kerajaan," kata Dr. Thaweesak Koanantakool, Presiden, Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan (NSTDA).

Dua teknologi utama yang terdapat dalam Platform Pengeluaran Digital (Digital Manufacturing Platform) ialah Fusion 360 dan A360 Team daripada Autodesk. Fusion 360 menyediakan rekaan bantuan komputer, pengeluaran dan kejuruteraan (CAD, CAM dan CAE). Disediakan untuk Mac, komputer peribadi atau telefon bimbit, Fusion 360 ialah instrumen yang bersepadu, terhubung dan boleh diakses yang dibangunkan untuk menyediakan cara baharu dalam mereka bentuk dan membuat produk. Fusion 360 turut menyediakan konteks bagi memahami seluruh aspek projek dan menjalin kerjasama dengan semua pihak yang terlibat melalui penggunaan A360. A360 memodenkan cara orang ramai bekerja bersama-sama dan mengumpulkan semua maklumat dan aktiviti projek, bagi menyediakan lokasi berpusat untuk pasukan tersebut berkolaborasi.

"Teknologi seperti Internet of Things, augmented dan virtual reality, penggunaan robot serta additive manufacturing kian mengubah industri. Platform Pengeluaran Digital (Digital Manufacturing Platform) menyediakan instrumen yang diperlukan oleh bakat-bakat dan syarikat-syarikat tempatan untuk mentransformasikan setiap penghubung dalam rantaian nilai pengeluaran, dan peluang untuk Thailand memimpin Masa Depan Penciptaan Produk," kata En. Rama Tiwari, pengarah jualan serantau, Autodesk ASEAN.

Platform Pengeluaran Digital (Digital Manufacturing Platform) ialah salah satu daripada beberapa inisiatif yang terdapat dalam kolaborasi berterusan antara NSTDA dan Autodesk bagi membantu Ekonomi Digital Thailand. Bidang tumpuan kami termasuk program penyelidikan bersama, dan usaha membangunkan platform berteknologi bagi menyokong inisiatif Bandar Pintar negara ini.

Latar Belakang NSTDA

Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan (NSTDA) diwujudkan oleh Akta Pembangunan Sains dan Teknologi pada tahun 1991 yang merangkumi empat Pusat Teknologi Kebangsaan (Pusat Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi Kebangsaan: Pusat Teknologi Logam dan Bahan Kebangsaan: Pusat Teknologi Elektronik dan Komputer Kebangsaan: dan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan), selain Pusat Pengurusan Teknologi lain. Mandat utama NSTDA adalah untuk menjalankan dan menyokong usaha penyelidikan, pembangunan serta kejuruteraan, bagi membantu pemindahan teknologi dan untuk memajukan tenaga kerja serta prasarana S&T untuk negara.

Latar Belakang Autodesk

Autodesk membantu orang ramai berimaginasi, mereka bentuk dan mencipta sebuah dunia yang lebih baik. Setiap individu, bermula dengan golongan profesional rekaan, jurutera dan jurubina serta artis digital, pelajar dan juga penggemar boleh menggunakan perisian Autodesk bagi memanfaatkan kreativiti dan mengatasi cabaran penting. Sebarang maklumat lanjut, sila layari autodesk.com atau ikuti @autodesk.

Autodesk, Fusion 360 dan A360 ialah tanda dagang berdaftar Autodesk, Inc., dan/atau anak-anak syarikatnya dan/atau rakan sekutu di AS dan/atau negara-negara lain. Semua jenama lain, nama produk atau tanda dagang adalah kepunyaan pemegang masing-masing. Autodesk berhak mengubah produk dan tawaran perkhidmatan, spesifikasi dan harga yang ditetapkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis, dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan tipografi atau grafik yang mungkin terdapat dalam dokumen ini.

© 2016 Autodesk, Inc. Semua hak cipta terpelihara.

HUBUNGI:

Lanjana Nitayapat

Pengarah PR Bahagian NSTDA

(668) 9128 5004

Pratchaya Sananvatananont (Sun) 
TQPR Thailand untuk Autodesk 
(668) 3493-3509, sun@tqpr.com



Werawut Fungrattanatrai

(668) 1614 4465, pr@nstda.or.th


 

Source: Autodesk
Keywords: Internet Technology Joint ventures