omniture

YES BANK Melancarkan Laman Sesawang 'Mengutamakan Mobiliti'Diperbaharui

- Laman Sesawang Baharu yang Canggih, Dioptimumkan Untuk Pelayar, Tablet dan Telefon Bimbit Terkini
- Menyediakan Pengalaman Pelanggan yang Unggul Dengan Instrumen serta Fungsi yang Dipertingkat
- Boleh diakses melalui Domain yes.bank - Bank Pertama di India Yang Beralih kepada Platform Domain .bank
YES BANK Ltd
2016-06-22 17:15 681

MUMBAI, 22 Jun 2016 /PRNewswire/ -- YES BANK, bank sektor swasta yang kelima terbesar di India melancarkan laman sesawang baharunya yang diperbaharui http://www.yesbank.in bagi menyediakan pengalaman pengguna yang tekal dan hebat, dioptimumkan untuk seluruh pelayar, tablet dan juga telefon bimbit terkini. Pelancaran ini merupakan satu lagi langkah untuk mengukuhkan kedudukan YES BANK sebagai sebuah bank yang benar-benar bersifat digital, dan bagi memenuhi komitmennya untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang tekal dan juga unggul. Laman sesawang ini boleh juga diakses melalui http://www.yes.bank, yang menjadikan YES BANK sebagai bank pertama di India yang menggunakan domain .bank, demi memberikan tahap keselamatan tambahan untuk laman sesawang kami.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151012/769006 )

Mengulas tentang pelancaran tersebut, En. Rana Kapoor, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, YES BANK berkata, "Menerusi pertumbuhan pesat perbankan digital yang semakin meningkat, laman sesawang YES BANK akan memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan pengalaman canggih bertaraf dunia buat semua pelanggan kami yang disesuaikan mengikut minat dan lokasi produk pengguna. Dengan memanfaatkan prinsip teknologi dan inovasi pada era baharu ini, laman sesawang baharu kami akan menyediakan ciri interaksi pengguna secara bersegmen, yang memberikan kepuasan yang sama seperti berkunjung ke salah sebuah cawangan YES BANK yang amat canggih."

Selain wajah baharu yang bertenaga, laman sesawang ini mempunyai lebih banyak ciri yang lebih maju demi meningkatkan pengalaman anda dan memudahkan urusan membuat keputusan berkaitan perbankan. Antara ciri-ciri unik yang disediakan ialah:

  • Ciri-ciri interaktif seperti Instrumen Pencari Produk, Instrumen Pembanding Produk, kalkulator Deposit Tetap dan banyak lagi, seraya membantu mendapatkan produk yang intuitif
  • Pengalaman pengguna peribadi, berdasarkan kunjungan terdahulu, pencarian produk, lokasi dan masa kunjungan
  • Fungsi Carian yang dipertingkat bagi memberikan hasil yang lebih pantas dan tepat
  • Maklumat yang luas tentang produk dan perkhidmatan kami
  • Instrumen yang interaktif, membolehkan laman sesawang bertindak sebagai platform untuk membuat permohonan produk dan permintaan perkhidmatan
  • Reka bentuk yang teratur menjamin navigasi pelanggan yang mudah

Terkini, YES BANK juga memperkenalkan perkhidmatan Star Star yang membolehkan pelanggan menghubungi pihak bank dengan mendail Star Star BANK (**2265) daripada papan kekunci telefon pintar. Perkhidmatan yang popular dalam pasaran global seperti AS dan Australia ini dijangka dapat membantu seruan untuk bertindak pelanggan (CTA), khususnya bagi nombor panggilan generik seperti **BANK.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jitesh Patel
YES BANK
Tel.: +91 22 3347 9753, +91 9820813570
Emel: jitesh.patel@yesbank.in

Delna Irani 
Adfactors
Tel.: +91-98206 60467
Emel: delna@adfactorspr.com

Source: YES BANK Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Web Site New products/services