omniture

e-Shang Redwood Meterai Perjanjian Bernilai Berbilion-bilion Dolar untuk Kawasan Pembangunan Utama seluas 140,000 meter persegi di Teluk Tokyo

Redwood Group Asia
2016-07-06 15:03 855

TOKYO, SHANGHAI dan SINGAPURA, 6 Julai 2016 /PRNewswire/ -- e-Shang Redwood ("ESR"), salah satu pemaju dan pengurus dana logistik utama di Asia, mengumumkan ia telah membeli dua bidang tanah paling penting yang terdapat dalam pasaran di Teluk Tokyo. Kedua-dua lokasi tersebut terletak di salah satu pasaran logistik paling bernilai di Tokyo, disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran dengan Pusat Bandar Tokyo, prasarana Pelabuhan utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda selain kedudukannya yang berada dalam kawasan bandar yang padat dengan penduduk yang menghubungkan antara Tokyo dan Yokohama. Kedua-dua lokasi tersebut kini disewakan kepada penyewa kredit.

Kawasan A & B - Redwood Higashi Ogijima DC
Kawasan A & B - Redwood Higashi Ogijima DC

Dua bidang tanah utama yang masih belum dibangunkan itu memiliki gabungan keluasan seluas 143,839 meter persegi (43,511 tsubo) dan berada di lokasi strategik antara Higashi Ogijima, bandar Kawasaki dan wilayah Kanagawa.

ESR berhasrat untuk membangunkan tiga gudang setinggi lapan tingkat yang canggih dalam beberapa fasa dengan gabungan NRA sehingga 560,000 meter persegi. Jumlah keluasan bidang tanah pertama ("Kawasan A") adalah seluas 77,723 meter persegi (23,511 tsubo) dan kini digunakan sebagai pusat simpanan terbuka dan kawasan meletak kenderaan untuk kenderaan berat milik penyewa, manakala bidang tanah kedua ("Kawasan B") memiliki kawasan seluas 66,116 meter persegi (20,000 tsubo) dan kini menempatkan dua gudang yang digunakan oleh penyewa untuk menyimpan peralatan serta bahagian kenderaan.

Projek tersebut terletak sejauh 15km dari Tokyo CBD, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (5km), terminal kontena Pelabuhan Kawasaki (1km) dan Pelabuhan Yokohama (15km). Persimpangan Higashi Ogijima (titik akses) Laluan Teluk Lebuh Raya Metropolitan terletak hanya sejauh 1.6km dari lokasi projek dan menyediakan akses pantas ke lebuh raya yang menghubungkan Tokyo, Yokohama and Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda.

Stuart Gibson, Pengasas Bersama ESR dan ketua operasi di Jepun berkata: "Kawasan Teluk di Tokyo sentiasa menjadi lokasi yang mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan pengendali logistik moden berskala besar. Kini, kemudahan yang terdapat dalam sub-pasaran ini beroperasi dengan kadar penghunian penuh yang mengesahkan asas yang kukuh dalam pasaran logistik Jepun. Kami berasa teruja kerana pembangunan yang terhasil boleh dikatakan mampu mengatasi kebanyakan skim yang setanding dengannya, yang dibangunkan sejak 10 tahun lalu di kawasan Teluk Tokyo memandangkan ia dapat menawarkan perkhidmatan e-dagang, perniagaan dan logistik pihak ketiga kepada penyewa utama menerusi kombinasi yang tiada tandingan dari segi fungsi, fleksibiliti pengembangan dan ciri-ciri lokasi yang unik."

Latar Belakang ESR

e-Shang Redwood ("ESR") menggabungkan dua daripada pemaju, pemilik dan pengendali utama bagi hartanah logistik di Asia dan mewakili salah satu platform hartanah terbesar di rantau ini dengan keluasan projek melebihi 3.5 juta meter persegi yang dimiliki dan sedang dibangunkan di seluruh tanah besar China, Jepun dan Korea Selatan, selain pejabat pengurusan modal dan dana di Hong Kong serta Singapura.

Masing-masing ditubuhkan pada tahun 2006 dan 2011, e-Shang dan Redwood bergabung pada tahun 2016 bagi menubuhkan ESR dan disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk APG, Warburg Pincus, Equity International, PGGM, CPPIB dan Goldman Sachs. Kini, ESR memiliki salah satu daripada rancangan pembangunan terbesar di Asia yang menumpu terhadap kawasan-kawasan metropolitan utama yang paling berkait rapat dengan penggunaan dan perdagangan. ESR juga merupakan tuan tanah pihak ketiga terbesar untuk syarikat-syarikat e-dagang yang utama di China, selain logistik rangkaian sejuk.

Hubungi:

Pemajakan Jepun ESR: 
Kazuhiko Watanabe
kwatanabe@redwoodgroup.com

Bahagian Perhubungan Media Korporat ESR: 
Emma Larsson
+33-615-123040
elarsson@redwoodgroup.com 

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160704/8521604364

Source: Redwood Group Asia
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Corporate Expansion Economic news, trends, analysis Real estate transactions