omniture

Acara Seni Bela Diri Antarabangsa akan Berlangsung September Ini

2016 Cheongju World Martial Arts Masterships Organizing Committee
2016-08-22 12:52 813

CHEONGJU, Korea Selatan, 22 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Satu pertandingan seni bela diri peringkat antarabangsa akan berlangsung di wilayah tengah Korea Selatan pada awal bulan depan, yang bakal menghimpunkan sejumlah 2,000 peserta dan pegawai dari seluruh dunia, seperti yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur World Martial Arts Masterships Cheongju 2016 pada hari Rabu.

Acara seni bela diri peringkat antarabangsa akan berlangsung September ini.
Acara seni bela diri peringkat antarabangsa akan berlangsung September ini.

Acara World Martial Arts Masterships (http://www.2016martial-arts.kr) yang julung-julung kali diadakan itu akan berlangsung mulai 2 hingga 8 September di bandar Cheongju, terletak kira-kira 130 kilometer ke bahagian selatan Seoul, dekat Wilayah Chungcheong Utara. Ia menawarkan sejumlah 173 pingat emas untuk dimenangi.

Diberi jolokan "Olimpik Seni Bela Diri," acara ini bermatlamat untuk menarik lebih 2,000 pesaing dan jurulatih dari seluruh dunia dan menawarkan program dalam 17 jenis seni bela diri bukan dari Barat, termasuk taekwondo, wushu, judo, kendo, muaythai, dan tomoi.

Sehingga Sabtu yang lalu, seramai 1,993 atlet dan pegawai dari 87 buah negara telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara itu, dengan sejumlah 1,454 perlawanan akan diadakan, menurut pihak penganjur.

Obor temasya akan dinyalakan di sebuah istana di kaki bukit bandar itu pada malam sebelum pertandingan, dan diletakkan di dewan bandar semalaman sebelum dialihkan ke gimnasium utama. Gabenor Wilayah Chungcheong Utara dan ketua penganjur Lee Si-jong akan menerima obor itu daripada tujuh peserta perempuan dan menyerahkannya kepada pembawa obor pertama.

Pada hari perasmian, Jawatankuasa World Martial Arts Masterships (WMC) akan ditubuhkan untuk membantu mengurus pertandingan itu secara sistematik, selain mewujudkan legitimasi acara tersebut melalui jalinan kerjasama dengan organisasi-organisasi bertaraf antarabangsa.

Seramai 30 orang ahli WMC akan turut bekerja rapat dengan Pusat Seni Bela Diri Antarabangsa untuk Pembangunan dan Penglibatan Belia (ICM), sebuah institusi yang bernaung bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), untuk melicinkan perjalanan pertandingan itu dan memilih negara penganjur yang seterusnya. ICM berpusat di Cheongju.

Ahli-ahli WMC turut melibatkan mantan Presiden Honduras, Porfirio Lobo Sosa, Sakchye Tapsuwan, presiden Persekutuan Antarabangsa bagi Amatur Muaythai dan juga Vasily Shestakov, presiden Persekutuan SAMBO Antarabangsa (FIAS).

Pihak pengajur kini merancang untuk mengadakan WoMAM edisi kedua sama ada pada tahun 2018 atau 2019, dan juga turut mempertimbangkan untuk mengadakan acara itu pada tahun ganjil, bermula pada tahun 2021, selain memilih lokasi di luar negara bermula pada edisi ketiga. Chungju, sebuah lagi bandar di Wilayah Chungcheong Utara, yang terletak kira-kira 60km di bahagian utara Cheongju, berkemungkinan besar akan menjadi hos WoMAM edisi kedua, tambah mereka.

Chungju, lokasi World Martial Arts Union (WoMAU) ditubuhkan yang kini menaungi 60 buah pertubuhan seni bela diri dari 40 buah negara, pada asalnya dipertimbangkan untuk menjadi bandar tuan rumah bagi acara tahun ini. Walau bagaimanapun, mereka menolak tawaran itu kerana masalah kewangan.

Pada pertengahan Julai, pihak penganjur telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Korea (KOC), sebuah badan Olimpik kebangsaan negara itu, bagi menjayakan acara tersebut dan mendakwa ia akan menjadi langkah pertama sebagai usaha mereka untuk mendapat pengiktirafan daripada IOC. Pihak penganjur ada menyatakan bahawa mereka ingin melihat atlet yang bersaing pada sukan Olimpik dan Sukan Asia untuk menyertai acara mereka pada masa akan datang.

Ketua penganjur, Lee, berharap Cheongju akan menjadi hab global untuk seni bela diri. "Bagi mengadakan acara Olimpik Seni Bela Diri, wakil-wakil negara dari seluruh dunia akan melawat Cheongju, tempat ibu pejabat WMC berada. Cheongju bakal menjadi pusat bagi seni bela diri peringkat dunia."

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160817/8521605218

 

Source: 2016 Cheongju World Martial Arts Masterships Organizing Committee
Keywords: Sporting Events Sports