NEW YORK, Sept. 16, 2016 /PRNewswire/--
Hari ini thyssenkrupp mengumumkan penggunaan Microsoft HoloLens dalam operasi servis lifnya di serata dunia. Peranti campuran realiti istimewa akan memperkasakan lebih dari 24,000 juruteknik servis syarikat untuk melakukan kerja mereka dengan lebih selamat dan cekap, serta memastikan masyarakat dan bandar-bandar bergerak lebih baik dari sebelumnya.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160912/406364 )
Dengan menggunakan HoloLens, juruteknik servis akan mampu membayangkan dan mengenal pasti masalah berkait dengan lif sebelum melaksanakan kerja, dan mempunyai kawalan jarak jauh, akses bebas-tangan daripada maklumat teknikal dan pakar semasa berada di tapak – semua ini akan menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan dengan ketara. Percubaan awal di tapak telah menunjukkan servis intervensi boleh dilaksanakan sehingga empat kali lebih pantas.
Andreas Schierenbeck, Ketua Pegawai Eksekutif thyssenkrupp Elevator berkata "Lebih satu bilion orang dibawa menggunakan lif setiap hari, industri servis memainkan peranan penting untuk memastikan kelancaran bandar. Kami kekal fokus untuk menerajui transformasi dalam bidang ini; memperkenalkan teknologi, proses dan latihan terkini untuk membolehkan juruteknik membuat kerja yang lebih baik dengan mengurangkan tekanan dan lebih menyeronokkan. Cita-cita kami adalah untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan keupayaan lif dan mempercepatkan intervensi servis supaya dapat memastikan pergerakan alatan sentiasa berjalan seperti yang dijangkakan, menyediakan pengalaman perjalanan paling selamat dan paling selesa kepada penumpang dengan sebaik mungkin."
Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.thyssenkrupp-elevator.com
Hubungi:
thyssenkrupp Elevator AG
Michael Ridder
Ketua Hubungan Media
T: +49-201-844-563054
michael.ridder@thyssenkrupp.com
Twitter: @Michael23Ridder