omniture

Pameran Perdagangan Keselamatan dan Sekuriti Korea Paling Terkini 'Ekspo K-Keselamatan 2016', bakal diadakan di KINTEX Pertengahan November ini

KINTEX
2016-11-03 12:10 620

BANDAR RAYA GOYANG, Korea Selatan, 3 November, 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo K-Keselamatan (Ekspo Keselamatan dan Sekuriti Antarabangsa Korea), pameran perdagangan terbesar di Korea, yang memberi tumpuan terhadap industri keselamatan dan sekuriti, akan mengadakan pameran edisi ke-2 pada November ini. Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Keselamatan dan Sekuriti Awam (MPSS), Kementerian Perdagangan Industri dan Tenaga (MOTIE) serta Wilayah Gyeonggi. Acara ini akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX) pada 16-18 November 2016.

Menerusi slogan "Ayuh pastikan KESELAMATAN KOREA bersama-sama!", K-Safety Expo 2016 akan menggabungkan kepakaran masing-masing daripada sektor awam dan swasta, bagi membawakan pendekatan yang lebih sistematik dan mempunyai persediaan yang menyeluruh untuk waktu kecemasan dan bencana yang berlaku di negara ini. Dalam usaha untuk memberi lebih tumpuan terhadap subkategori keselamatan dan sekuriti, pameran tahun ini dirancang untuk diadakan menerusi format acara-dalam-acara, masing-masing terdiri daripada 6 pameran (pencegahan bencana, trafik, maritim, sekuriti/antikeganasan, kebersihan/kesihatan dan khidmat awam).

Melalui acara tahun ini, pihak penganjur berharap pempamer dan peserta akan mendapat peluang perniagaan penting yang baharu. Setakat ini, K-Safety Expo telah membuat persiapan yang terperinci untuk mesyuarat perdagangan yang akan melibatkan menteri/timbalan menteri daripada badan-badan kerajaan mahupun institusi awam dari negara-negara lain. Tahun ini juga, menteri atau timbalan menteri dari negara-negara seperti Mongolia, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, Vietnam, Indonesia, Belarus, Mexico telah mengesahkan kehadiran mereka untuk mengunjungi Ekspo K-Keselamatan. Di samping itu, sejumlah pembeli luar negara yang memberangsangkan dengan kuasa membeli yang besar dijangka akan turut mengunjungi Ekspo K-Keselamatan.

Banyak acara menarik seperti pengalaman keselamatan, perekrutan di lokasi acara, pembentangan perolehan awam dan seminar/persidangan tentang isu-isu keselamatan/sekuriti masa kini akan turut menjadi sebahagian daripada acara ini.

Sebarang maklumat lanjut tentang cara penyertaan, sila layari www.k-safetyexpo.com atau hubungi Sekretariat Ekspo K-Keselamatan 2016 (KINTEX) di talian +82-31-992-8245 atau ksafetyexpo@kintex.com.

Source: KINTEX
Keywords: Aerospace/Defense Health Care/Hospital Maritime/Shipbuilding Transportation Utilities Public Safety Trade show news