omniture

Pameran Teknologi Tinggi China 2016 Bakal Membuka Tirai

Organizing Committee of CHTF
2016-11-11 21:56 550

SHENZHEN, China, 11 November 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) 2016 kali ke-18 bakal diadakan mulai 16 hingga 21 November ini, di Shenzhen, Wilayah Guangdong, China. Sempena pameran itu, terdapat banyak peluang disediakan untuk orang ramai agar dapat melihat sendiri ciptaan Teknologi Tinggi yang terkini dan paling hangat di pasaran!

CHTF ialah sebuah platform untuk mempamerkan produk berteknologi tinggi dan memberi peluang komunikasi kepada syarikat-syarikat teknologi. Globalisasi ialah salah satu ciri penting CHTF. Tahun lalu, terdapat lebih 3,600 pempamer dari 90 negara & rantau mempamerkan kira-kira 4,500 produk dan projek berteknologi tinggi. Platform yang bersaiz besar ini, dengan kawasan pameran keseluruhan berkeluasan 150,000 meter persegi selain menyediakan perkhidmatan operasi yang berkualiti tinggi, telah berjaya menarik hampir 4,000 pelabur dan juga 600,000 pengunjung. Dari segi kehadiran pula, terdapat hampir 1,500 wartawan dan 214 outlet berita dari dalam dan luar negara membuat liputan.

CHTF akan dibahagikan kepada 10 zon

Terletak di tengah-tengah SZCEC, Dewan 1 akan menyediakan produk berkaitan IT. Astaka Antarabangsa dan kawasan 'Jalur & Jalan' turut ditempatkan di Dewan 1. Zon-zon lain akan mempamerkan: Bangunan Hijau, Aeroangkasa, Tenaga Baharu dan juga Teknologi & Aplikasi Elektronik Baharu. Pameran Bangunan Hijau ialah zon baharu bagi tahun 2016, yang akan mempamerkan teknologi penting bagi mewujudkan dunia yang lebih baik dan lebih bersih. Terdapat juga 3 zon tambahan baharu: Inovasi, Penyelidikan & Pembangunan, Teknologi Pembuatan Termaju dan Pejabat Harta Intelek Negeri.

Semua dijemput menyertai pameran ini!

Latar Belakang CHTF:

'Didorong Inovasi, Berorientasikan Kualiti' ialah tema utama CHTF 2016. Hasil kejayaan pameran selama 17 tahun, CHTF ialah sebuah platform komersial yang amat terkenal dan penting yang memberi kesan global terhadap pelbagai industri, khususnya industri sains dan teknologi. Menurut maklum balas yang diperoleh daripada pempamer yang terlibat pada tahun lalu, lebih 80% daripada mereka ingin mengambil bahagian sekali lagi. Acara teknologi terkemuka negara ini dikunjungi oleh banyak jabatan rasmi. Setiap tahun, CHTF diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen (SZCEC), Jalan Ketiga Fuhua, Daerah Futian, Shenzhen. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.chtf.com/english/

Source: Organizing Committee of CHTF
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Trade show news