omniture

Raikan Krismas Bersama @ Harbour City

Harbour City
2016-11-15 09:50 752

HONG KONG, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- Harbour City ialah pusat membeli belah pertama di Asia dan merupakan pusat membeli belah terbesar di Hong Kong; pertunjukan lampu Krismas perkarangan luar yang diadakan setiap tahun ialah salah satu tarikan yang tidak harus dilepaskan di Hong Kong dan telah menjadi tradisi Hari Krismas buat kebanyakan pelancong dan juga penduduk Hong Kong.

The theme of Harbour City's Outdoor Christmas Lighting Display 2016 is "Christmas Together", where also hosts the Christmas Party of Snowie
The theme of Harbour City's Outdoor Christmas Lighting Display 2016 is "Christmas Together", where also hosts the Christmas Party of Snowie

 

Pairs of Snowie are happily seated on the flying swing at the ceiling of the staircase and enjoying the Christmas scene of Victoria Harbour and Harbour City.
Pairs of Snowie are happily seated on the flying swing at the ceiling of the staircase and enjoying the Christmas scene of Victoria Harbour and Harbour City.

 

Harbour City held the Christmas Lighting Ceremony on 10 Nov 2016 and invites all guests to welcome Christmas together.
Harbour City held the Christmas Lighting Ceremony on 10 Nov 2016 and invites all guests to welcome Christmas together.

 

Tahun ini adalah ulang tahun ke-50 Harbour City. Bagi meraikannya, pusat membeli belah tersebut mengadakan paparan lampu Krismas di perkarangan luar dan melancarkan kempen dalam talian yang bertema "Raikan Krismas Bersama". Semua diundang untuk membawa keluarga dan rakan taulan bagi menikmati musim perayaan ini bersama-sama di Harbour City!

Raikan Krismas Bersama @ Harbour City – Parti Krismas Snowie

Tahun ini, Harbour City mempelawa anda untuk menyertai "Parti Krismas Snowie" mulai 10 November 2016 hingga 2 Januari 2017, bagi menyambut Hari Krismas bersama insan tersayang di Perkarangan Ocean Terminal Harbour City. "Snowie" ialah gabungan antara dua bola salji yang besar dengan 32 rekaan yang berbeza warna dan coraknya. Lebih 150 Snowie besar dan kecil dengan pelbagai rekaan akan disediakan di Parti Krismas itu, setiap satunya mengandungi "Kod Rahsia" tersembunyi bermula dari nombor 0 hingga 31. Anda boleh mendapatkan Snowie yang tertentu itu dan mengambil gambar bagi mencipta "kod Snowie" anda sendiri. Di tengah-tengah kawasan perkarangan itu, terdapat juga pokok Krismas setinggi 12 meter yang mengagumkan, diperbuat daripada Snowie pelbagai saiz; anda juga akan melihat karusel besar dan pokok lampu Krismas yang direka khusus yang bertujuan untuk mewujudkan suasana yang nyaman dan menyenangkan. Burung merpati Krismas juga turut membawa rahmat dari seluruh dunia ke Snowie Harbour City dan anda boleh melihat mesej yang tertera pada "kusyen leher" burung itu. Marilah dan ciptakan "kod Snowie" anda untuk insan yang tersayang!

Parti Snowie itu akan dilanjutkan dari kawasan perkarangan ke kawasan tangga di pintu utama Ocean Terminal. Beberapa pasang Snowie yang ceria diletakkan di atas buaian terbang pada siling tangga dan menikmati suasana Hari Krismas Pelabuhan Victoria dan juga Harbour City. Kedua-dua bahagian tangga itu diliputi dengan pelbagai bentuk lampu dan cermin lucu bagi mewujudkan suasana yang mengasyikkan dan menyeronokkan.

Raikan Krismas Bersama @Harbour City - Butiran

Tarikh:

11 November 2016 hingga 2 Januari 2017

Masa:

10 pagi – 10 malam

Tempat:

Perkarangan Ocean Terminal, Harbour City

"Kenang Kembali Memori Krismas" @ Harbour City

Dekorasi Krimas di luar Harbour City ialah lokasi "daftar masuk" utama untuk pelbagai platform media sosial, setiap tahun. Ocean Terminal di Harbour City telah mencatatkan sejarah selama 50 tahun dan tahun ini, acara "pendanaan orang ramai" istimewa dianjurkan bagi menghimpunkan gambar-gambar bersejarah secara dalam talian. Kami berharap, menerusi kehebatan Internet, kami dapat mengumpul gambar-gambar lama Hari Krismas Harbour City dari tahun-tahun yang lalu bagi melengkapkan album gambar Harbour City yang berusia separuh abad lamanya. Anda boleh memuat naik gambar #Throwbackxmas @Harbourcity ke album dalam talian kami (http://xmas.harbourcity.com.hk/) mulai 10 November hingga 31 Disember 2016. Beberapa "gambar terbaik dari 50 tahun lalu" yang terpilih akan digunakan untuk menghasilkan album Krismas Harbour City edisi terhad bagi mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Darah Hong Kong.

Muat turun lebih banyak foto:  https://www.dropbox.com/sh/yq892w1av96trcc/AAAszeNuQ6O_y5qI496X4cMva?dl=0

Talian pertanyaan penting:

(852) 2118 8666

Laman sesawang:

www.harbourcity.com.hk

Facebook (Bahasa Inggeris):

@hkharbourcity #hcxmas #harbourcity #throwbackxmas

Twitter:

@hkharbourcity #harbourcity #throwbackxmas

Instagram: 

@harbourcity #hcxmas #harbourcity #throwbackxmas

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607345-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607345-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607345-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Retail New products/services