omniture

Memimpin Kerjasama Lebih Erat, Delegasi Korea dan Pakistan Hadiri CHTF

The Office of CHTF Organizing Committee
2016-11-17 20:51 664

SHENZHEN, China, 17 November 2016 /PRNewswire/ -- Majlis pelancaran besar-besaran Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) ke-18 diadakan pada 16 November di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Kini sudahpun memberi impak besar terhadap industri sains dan teknologi, CHTF menjadi pentas antarabangsa untuk mempamerkan produk Berteknologi Tinggi paling hangat di pasaran, yang semakin menarik minat lebih banyak delegasi luar negara.

CHTF kini semakin bertaraf global! Sertai kami!
CHTF kini semakin bertaraf global! Sertai kami!

 

CHTF kini semakin bertaraf global! Sertai kami!
CHTF kini semakin bertaraf global! Sertai kami!

Tahun ini, bilangan pempamer Korea adalah seramai empat kali ganda berbanding peserta pameran tahun lalu dan merupakan satu rekod baharu, dengan kawasan pameran hampir seluas 2,000m2. Diterajui oleh Daejeon Techno Park, Jeonbuk Techno Park, Busan Techno Park dan institusi-institusi lain seperti KOCCA, lebih 200 syarikat perusahaan teknologi telah memohon untuk menyertai pameran itu dan membawa pelbagai produk Berteknologi Tinggi bersama mereka. Personal Scope-EX, produk daripada IZON ialah peranti yang terbukti dapat memperbaiki penglihatan pengguna. Ia dapat mengurangkan keletihan mata dengan menggetarkan otot mata sekali setiap 5 minit. Para pengunjung boleh mencuba produk yang berjaya meraih anugerah ini di reruai tersebut! Litook, satu lagi peranti Berteknologi Tinggi, ialah projektor bersaiz mini yang hanya seberat 99 gram. Dilengkapi dengan sistem keselamatan sensor suhu automatik, ia dapat memberikan pancaran dan fokus yang jelas selain kanta optik beresolusi tinggi!  

Pakistan bukan sahaja merupakan negara jiran yang penting, ia turut menjadi rakan kerjasama strategik China. Seperti mana strategi "Jalur & Jalan" yang terus mengeratkan jalinan kerjasama, usaha perkongsian juga turut dipelbagaikan dalam industri sains dan teknologi antara China dan Pakistan. Buat pertama kali pada acara ini, AbsoLogix memperkenalkan 60 permainan perisian yang dihasilkan oleh 400 arkitek. Kesemua permainan ini boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar, dan ada antaranya turut menyokong fungsi VR.

Latar Belakang CHTF

'Didorong Inovasi, Berorientasikan Kualiti' ialah tema utama Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) 2016. Hasil kejayaan pameran selama 17 tahun, CHTF menjadi sebuah platform pameran & perdagangan yang amat terkenal dan penting yang memberi kesan global terhadap pelbagai industri, khususnya industri sains dan teknologi. Menurut maklum balas yang diperoleh daripada pempamer yang terlibat pada tahun lalu, lebih 80% daripada mereka ingin mengambil bahagian sekali lagi. Acara teknologi terkemuka negara ini dikunjungi oleh banyak jabatan rasmi. Setiap tahun, CHTF diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen (SZCEC), Fuhua Third Road, Daerah Futian, Shenzhen. Sebarang butiran lanjut, layari http://www.chtf.com/english/.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161117/0861612253-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161117/0861612253-b

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Keywords: Computer/Electronics Trade show news