omniture

Sarung iPhone LuMee Duo Bawakan Pencahayaan Dua Sisi Kini Tersedia di Lebih 15 Negara

LuMee LLC
2017-03-13 22:00 502

Kini Tersedia melalui Apple.com dan Gedung Apple di Eropah, Timur Tengah, Australia dan Asia 

PARK CITY, Utah, 13 Mac 2017 /PRNewswire/ -- LuMee LLC, pencipta rangkaian sarung telefon pintar inovatif menyala dan berpaten, hari ini mengumumkan sarung revolusioner untuk jurugambar iPhone -- LuMee Duo™ – kini disediakan di gedung Apple terpilih di seluruh dunia. LuMee Duo ialah sarung telefon pintar yang pertama seumpamanya dengan LED depan dan belakang yang bersepadu, menyediakan pencahayaan berkualiti profesional untuk semua foto dan video yang diambil menggunakan iPhone.

LuMee Duo
LuMee Duo

LuMee Duo, yang pada awalnya dilancarkan pada Disember lalu secara eksklusif di gedung Apple, Apple.com dan LuMee.com di AS dan Kanada, kini tersedia melalui Apple.com dan gedung Apple di Australia, Belgium, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Macau, Belanda, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom. Produk ini disediakan untuk iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, dan iPhone 6s Plus, dan didatangkan dengan pilihan Black Matte, Gold Matte dan Rose Matte.  

"Kami amat teruja dengan LuMee Duo yang membolehkan pengguna dalam pasaran ini menghasilkan gambar yang menjelaskan budaya, nilai estetika dan kreativiti unik menurut perspektif mereka," kata Allan Shoemake, Pengarah Kreatif dan pencipta sarung LuMee asal. "Ini merupakan sarung yang perlu dimiliki oleh sesiapa jua yang gemar mengambil gambar yang cantik. Dengan LuMee Duo, tiada had bagi imej menakjubkan yang boleh diambil dalam hampir sebarang keadaan."

LuMee Duo menawarkan reka bentuk baharu yang anggun dengan permukaan luar yang kuat dan bahagian tepi bergetah untuk melindungi telefon. Pemalap boleh larasnya membolehkan jurugambar menyesuaikan keperluan cahaya mereka bagi setiap foto dan pencahayaan lembutnya menyingkirkan mata merah yang biasanya disebabkan oleh denyar dan cahaya yang tajam. 

Latar Belakang LuMee LLC:
LuMee® ialah salah sebuah syarikat aksesori dan lampu elektronik yang paling pesat berkembang di dunia, menyediakan pilihan sarung telefon pintar yang membolehkan pengguna merakam imej berkualiti profesional dan menyediakan suasana optimum untuk perbualan video. Pengasas bersama & rakan kongsi Allan Shoemake, seorang jurugambar profesional yang telah mengambil gambar ramai presiden A.S. dan selebriti, mencipta konsep ini sebagai cara untuk meningkatkan pencahayaan telefon bimbit untuk kehidupan beliau sendiri. Kini, syarikat telah merevolusikan cara untuk jurugambar mudah alih semua tahap kemahiran mengambil gambar pada telefon pintar mereka. Untuk maklumat lanjut, layari LuMee.com

Hubungi:
Chelsea Giacobbe
Coburn Communication
Chelsea.Giacobbe@coburnww.com

LuMee
LuMee

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/476226/LuMee_Duo.jpg

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161111/438529LOGO

Source: LuMee LLC
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Retail New products/services