NEW DELHI, 7 April 2017 /PRNewswire/ -- Spreadtrum Communications ("Spreadtrum"), sebuah syarikat semikonduktor tanpa kilang terkemuka dengan teknologi canggih dalam piawaian komunikasi tanpa wayar 2G, 3G, dan 4G, hari ini mengumumkan bahawa platform LTE SoC, SC9820 telah digunakan oleh Lava untuk telefon berciri dengan kebolehan 4G yang pertama India, Lava Connect M1. Telefon bimbit mudah alih 4G yang senang dimuatkan dalam poket ini telah dilancarkan di pasaran India pada Februari 2017.
Lava Connect M1 dikuasakan oleh platform 28nm 1.2GHz dwi-teras ARM Cortex™ -A7 LTE Spreadtrum SC9820, yang menyokong VoLTE dan fungsi dwi-SIM. Ia juga mempunyai 512 MB RAM/4GB ROM penyimpanan, slot MikroSD sehingga 32GB dan dipra-pasang dengan Facebook Lite, memberikan pengguna telefon berciri pengalaman pintar yang sempurna.
Sebagai chipset telefon berciri LTE pertama di dunia, Spreadtrum SC9820 menyepadukan pemproses 1.2GHz dwi-teras ARM Cortex™ -A7, ARM Mali-400 MP1 GPU untuk pecutan grafik 3D dan menyokong mod TDD-LTE, FDD-LTE, TD-SCDMA dan GSM. Ia juga mempunyai kecekapan untuk terus menyokong kamera belakang/hadapan sehingga 5MP, memainkan video 720P, skrin FWVGA dan perkhidmatan video VoLTE HD, sekali gus meningkatkan pengalaman pengguna telefon berciri.
Sementara itu, Spreadtrum SC9820 membolehkan syarikat pengendali baharu untuk menambah bilangan pelanggan mereka dengan cepat dan membantu pengendali tradisional untuk mengalihkan pelanggan 2G dan 3G kepada rangkaian 4G dengan kos yang lebih rendah. Ia akan tiba ke Amerika Latin (Peru, Mexico dan Colombia) dan Afrika untuk semua pembekal yang melancarkan VoLTE.
"SC9820 ialah produk kejayaan cemerlang oleh Spreadtrum," kata Dr. Leo Li, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Spreadtrum. "Spreadtrum sentiasa komited kepada inovasi teknologi mudah alih dan menyediakan pengalaman pengguna terhubung sepenuhnya yang mampu milik di seluruh dunia dan SC9820 menunjukkan bukti yang sama. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Lava untuk produk inovatif mereka. Pelancaran Lava Connect M1 akan meberikan pelbagai kemungkinan bagi pengguna telefon berciri di India dan akan menjadi satu detik penting dalam menjadikan India, sebagai INDIA DIGITAL. Kami tidak sabar untuk melihat Spreadtrum SC9820 memberikan kuasa kepada pengguna telefon berciri di seluruh dunia dan membolehkan mereka mengakses internet dan mendapatkan kandungan digital pada harga yang berpatutan."
Gaurav Nigam, Ketua - Produk, Lava International berkata, "Di Lava, kami berusaha untuk berfikir jauh ke hadapan dalam inovasi produk. Dalam perjalanan ini, kami membawa bersama rakan kongsi terkemuka yang berkongsi cita-cita dan nilai yang sama seperti kami. Hubungan kami dengan Spreadtrum Communications merupakan satu langkah ke hadapan ke arah ini. Selain itu, kerjasama ini akan terus mengukuhkan sambungan digital di negara ini dan menyediakan pengalaman pelanggan yang menguntungkan. Integrasi platform LTE SoC, SC9820 dengan teknologi mudah alih Lava merupakan satu langkah strategik yang akan memberi kuasa kepada pengguna kami menggunakan teknologi terkini dengan membantu mereka beralih dari 2G & 3G kepada rangkaian 4G pada harga yang berpatutan."