omniture

Spread Networks Dan Seaborn Bekerjasama Untuk Sediakan SeaSpeed™: Laluan Bawah Laut Kependaman Ultra-Rendah Khusus Pertama Brazil

Seaborn Networks
2017-05-08 19:00 577

Spread Networks ialah rakan saluran eksklusif bagi laluan paling pantas antara Carteret NJ dan BM&F Bovespa

BOSTON, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Seaborn Networks (Seaborn), pemaju-pemilik-pengendali terkemuka sistem kabel optik gentian bawah laut, hari ini mengumumkan bahawa Spread Networks ialah rakan saluran eksklusif Seaborn bagi jualan Seabras-1 kepada pasaran menegak kewangan antara New Jersey dan São Paulo. Ini termasuklah jualan SeaSpeed™, penyelesaian kependaman ultra-rendah (ULL) proprietari Seaborn yang menyediakan laluan kependaman terendah antara Carteret, New Jersey dan Bursa Saham BM&F Bovespa di São Paulo, Brazil.

"Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada komitmen Seaborn bagi penyelesaian ULL yang berkualiti tinggi," kata Dan Spivey, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Spread Networks. "Sebagai pembekal gentian kependaman terendah dari Chicago ke New York, kami berada pada kedudukan yang unik untuk menawarkan pelanggan kewangan saluran lancar sehingga kependaman terendah, perkhidmatan gelombang pasaran ke pasaran antara pusat kewangan AS dan Brazil."

Seabras-1 merupakan satu-satunya sistem kabel bawah laut dari titik ke titik terus antara metro New York dan metro São Paulo. Seaborn ialah pemaju-pemilik-pengendali Seabras-1. Sistem ini telah berada dalam pembangunan selama lebih daripada lima tahun, dengan kos projek berjumlah lebih daripada US$520 juta.

"Memandangkan kami mempunyai hubungan bersejarah dengan Spread Networks dan peranan kepimpinan mereka dalam sektor ULL, kami mengalu-alukan mereka sebagai rakan kongsi kami dengan kabel bawah laut yang paling maju dari segi teknologi antara AS dan Brazil," kata Larry Schwartz, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Seaborn. "Produk SeaSpeed proprietari kami ialah penyelesaian ULL Carteret-Bovespa pertama dengan reka bentuk bawah laut yang dikhususkan bagi industri kewangan."

Litar akan diaktifkan pada Seabras-1 bagi industri kewangan pada Julai 2017.

Latar Belakang Spread Networks
Spread Networks, pembekal telekomunikasi milik persendirian, membina rangkaian gentian di laluan paling singkat dari New York ke Chicago bagi menetapkan piawai baharu bagi kependaman, kepelbagaian dan keandalan. Spread Networks menyediakan pelanggan dengan rangkaian optik gentian yang selamat dan pelbagai yang terkini untuk membolehkan data bergerak sehampir yang mungkin dengan kelajuan cahaya sebenar melalui gentian.
www.spreadnetworks.com

Hubungi: media@spreadnetworks.com

Latar Belakang Seaborn Networks
Seaborn Networks merupakan pemaju-pemilik-pengendali terkemuka sistem kabel optik gentian bawah laut bebas, termasuklah Seabras-1 antara New York dan São Paulo (sedia-untuk-berkhidmat Jun 2017), dan ARBR antara São Paulo dan Buenos Aires (dijangka sedia-untuk-berkhidmat pada suku ke-4 2018). 
www.seabornnetworks.com

Hubungi: kate.wilson@seabornnetworks.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/508706/Seaborn_and_Spread_Networks_Logo.jpg

Source: Seaborn Networks
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services