omniture

Huawei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Meterai Kerjasama Strategik capai Inovasi Bersama

Huawei
2017-05-17 05:16 676

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Sempena Pameran Lapangan Terbang Dubai ke-17, di Dubai, UAE, Huawei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), yang merasmikan perkongsian strategik demi mendayakan transformasi digital lapangan terbang tersebut.

MoU ini menyediakan satu rangka kerja luas bagi jalinan kerjasama antara HIA dan Huawei bagi tujuan penciptaan bersama konsep, prototaip dan penyelesaian inovatif menggunakan teknologi canggih, khususnya dalam bidang IoT dan mesin berautonomi, bagi menangani cabaran dan peluang perniagaan sebenar. Objektifnya adalah untuk mempercepatkan usaha transformasi digital di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dan berkongsi penyelesaian dengan komuniti demi manfaat yang lebih luas daripada industri pengangkutan udara. Melalui jalinan kerjasama ini, HIA menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman penumpang, menambah baik tahap keselamatan dan komunikasi serta meningkatkan kecekapan operasi.

Jurutera Badr Mohammed Al Meer, Ketua Pegawai Operasi HIA (kiri) dan Xilin Yuan, Presiden Sektor Pengangkutan bagi Enterprise Business Group Huawei (kanan)
Jurutera Badr Mohammed Al Meer, Ketua Pegawai Operasi HIA (kiri) dan Xilin Yuan, Presiden Sektor Pengangkutan bagi Enterprise Business Group Huawei (kanan)

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, yang terletak di Doha, Qatar, baru-baru ini tersenarai dalam penarafan eksklusif lapangan terbang global yang meraih gelaran "Lapangan Terbang 5 Bintang" yang berprestij oleh Skytrax, institut penerbangan yang berpangkalan di London dan piawaian emas kerana membawakan suara penumpang dalam penarafan lapangan terbang dan syarikat penerbangan. Ini menjadikan HIA sebagai lapangan terbang pertama di Timur Tengah yang memperoleh gelaran yang diiktiraf ini dan lapangan terbang keenam di dunia yang diberikan anugerah akreditasi tersebut. Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad turut merangkul anugerah "Lapangan Terbang Terbaik Asia Barat" selama dua tahun berturut-turut bagi tahun 2015 dan 2016 oleh "Future Travel Experience Awards - Asia".

Mengulas tentang jalinan kerjasama dengan Huawei, Jurutera Badr Mohammed Al Meer, Ketua Pegawai Operasi HIA berkata, "Teknologi inovatif akan terus memacu transformasi digital di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad. Melalui kerjasama strategik bersama Huawei ini, yang juga menyediakan akses terhadap ekosistemnya yang terdiri daripada rakan kongsi khusus, kami menyasarkan untuk mempercepatkan perjalanan kami dan memperlihatkan komitmen kami terhadap industri ini dengan berkongsi konsep dan penyelesaian berdaya maju yang boleh dibangunkan menerusi jalinan kerjasama ini."

Xilin Yuan, Presiden Sektor Pengangkutan bagi Enterprise Business Group Huawei, mengulas, "Huawei berasa amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad bagi mendayakan Lapangan Terbang Pintar yang dapat memenuhi kehendak aliran penumpang masa depan selain keperluan pelanggan yang celik teknologi digital. Dengan mengutamakan transformasi digital dalam strategi komersialnya, HIA akan memberikan pengalaman terhubung berfokuskan pengguna agar terus menggembirakan pelanggannya."

Huawei menyediakan pelbagai penyelesaian ICT untuk lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa kawalan trafik udara di seluruh dunia, membolehkan mereka mencapai transformasi digital dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan mereka, kecekapan operasi serta pertumbuhan perolehan. Penyelesaian ICT ini termasuk pusat data modular tertutup/luaran, pelayan dan peranti storan, platform awan tertumpu, platform analitik Data Besar serta penyelesaian komunikasi berwayar/tanpa wayar bersepadu.

Pada akhir tahun 2016, Huawei menyediakan produk, penyelesaian dan perkhidmatan ICT untuk lebih 40 lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa kawalan trafik udara. Ini termasuk lebih 15 lapangan terbang dunia dengan lebih 30 juta penumpang setiap tahun.

Pameran Lapangan Terbang Dubai 2017 diadakan mulai 15-17 Mei di Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC). Para hadirin berpeluang mengunjungi reruai Huawei di Gerai Pameran 4140. Untuk maklumat lanjut tentang pameran produk dan penyelesaian Huawei di acara ini, sila layari http://e.huawei.com/topic/aviation2017/index.html.

Latar Belakang Huawei  

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka di dunia. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif digunakan di lebih 170 negara dan rantau, berkhidmat kepada lebih satu pertiga daripada penduduk dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian di www.huawei.com.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170515/1851702-1

Source: Huawei
Keywords: Airlines/Aviation Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Travel Licensing/marketing agreements Trade show news