omniture

UnionPay lancar produk inovatif ke luar negara dan percepat pelancaran pembayaran kod QR

UnionPay International
2017-07-10 09:15 623

SHANGHAI, 10 Julai 2017 /PRNewswire/ -- UnionPay International kini mempercepat promosi produk inovatif dan perkhidmatannya di peringkat global. Asia Tenggara dan Timur Laut Asia merupakan sasaran utama pasaran.

Mengikut data terkini, jumlah urus niaga rentas sempadan QuickPass mudah alih, produk pembayaran mudah alih UnionPay meningkat dua kali ganda pada separuh pertama tahun ini. Lebih ketara lagi, semakin banyak pelanggan di luar negara menggunakan QuickPass mudah alih. Jumlah penggunaan urus niaga QuickPass mudah alih tempatan di Hong Kong dan Macau menjangkau lebih tiga kali ganda dan transaksi QuickPass mudah alih oleh pemegang kad Hong Kong dan Macau di tanah besar China meningkat lebih 7 kali dari berbanding tahun sebelumnya.

Transformasi perkhidmatan pembayaran rentas sempadan UnionPay

QuickPass mudah alih telah menjadi produk utama yang dipromosikan oleh UnionPay di seluruh dunia. Ia menyokong pelbagai produk mudah alih Pay, pembayaran kod QR UnionPay, pembayaran dalam kedai menggunakan kad cip UnionPay dan peranti boleh pakai dan juga pembayaran dalam talian dalam aplikasi.

Kini, pembayaran NFC QuickPass mudah alih diterima di kira-kira 500,000 terminal POS di luar tanah besar China. Pembayaran kod QR QuickPass mudah alih dilancarkan di Hong Kong dan Singapura. Aplikasi peniaga di Hong Kong dan Jepun juga menyokong QuickPass mudah alih.

UnionPay International juga menawarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada lebih banyak pelanggan global. Pemegang kad Hong Kong boleh menambah kad UnionPay mereka yang dikeluarkan oleh Bank of China, Bank Standard Chartered dan Bank of East Asia ke telefon bimbit mereka. Dengan itu, UnionPay menjadi satu-satunya jenama kad yang menyediakan perkhidmatan pembayaran mudah alih untuk pemegang kad debit tempatan. QuickPass mudah alih juga tersedia di Macau dan Korea Selatan.

Sejak beberapa tahun yang lalu, UnionPay International telah membangunkan produk inovatif yang boleh digunakan di peringkat antarabangsa, termasuk platform B2B merentas sempadan, dompet digital, platform pemasaran rentas sempadan U Plan, dan lain-lain. Produk-produk inovatif ini disokong oleh Platform Perkhidmatan Token (TSP) TSM (Pengurusan Perkhidmatan yang Dipercayai), platform awan HCE dan siri-siri platform lain.

Pembayaran kod QR UnionPay dilancarkan di luar tanah besar China

Sejak tahun ini, UnionPay International mempercepatkan promosi pembayaran kod QR di luar tanah besar China. Asia Tenggara ialah rantau utama buat masa kini.

Hal ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, UnionPay diterima dengan meluas di Asia Tenggara, dan turut mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur kewangan dan kerjasama piawaian pembayaran di beberapa pasaran Asia Tenggara. Oleh itu, keadaan teknikal rantau ini sudah matang untuk mempromosikan produk inovatif. Kedua, negara-negara di rantau ini mempunyai permintaan besar untuk penambahbaikan industri pembayaran.

Selain Hong Kong dan Singapura, pembayaran kod QR QuickPass mudah alih akan dilancarkan di Thailand, Indonesia dan Australia tidak lama lagi. Di Asia Tenggara, UnionPay International juga bekerjasama dengan beberapa negara untuk melancarkan produk e-dompet dalam tahun ini.

Di Thailand, UnionPay bekerjasama dengan Visa dan Mastercard untuk membangunkan piawaian umum untuk pembayaran kod QR yang akan disarankan oleh Bank of Thailand kepada institusi kewangan tempatan dan pedagang. Dijangkakan lebih banyak negara Asia Tenggara akan menerima pakai piawaian UnionPay, yang sesuai dengan piawaian antarabangsa dan lebih selamat, apabila melancarkan produk pembayaran kod QR pada masa akan datang.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Asian-related news Corporate Expansion New products/services