NEW YORK24 November 2017 /PRNewswire/ -- Anugerah Pingat Kedermawanan Carnegie 2017 telah diadakan baru-baru ini di New York. Institusi-institusi Carnegie mempersembahkan Pingat Kedermawanan Carnegie kepada sembilan dermawan sebagai pengiktirafan kepada kepimpinan mereka yang menonjol dan inovatif dalam dunia kedermawanan. Salah seorang penerima adalah Pengerusi Yayasan Amal Heungkong, Mei Hing Chak, yang menjadi penerima pertama Pingat Kedermawanan Carnegie di tanah besar China dan penerima China kedua selepas Li Ka-shing.
Sebelum menerima Pingat Kedermawanan Carnegie yang berprestij, Mei Hing Chak dan suaminya Chi Keung Lau telah mencipta legenda perniagaan si miskin menjadi kaya. Sejak membentuk perniagaan lebih daripada 20 tahun lalu, mereka telah mengubah Heungkong Group menjadi sebuah konglomerat yang meliputi logistik perniagaan, pembangunan bandar, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pelancongan, serta pemprosesan logam dan tenaga. Ia telah disenaraikan antara 50 Syarikat Persendirian Terutama di China.
Suara amal dari China
Pingat Kedermawanan Carnegie telah diasaskan oleh Yayasan Carnegie dan dianugerahkan setiap dua tahun sekali kepada individu-individu yang berkongsi semangat kedermawanan yang sama seperti pengasasnya Andrew Carnegie. Sebagai salah satu anugerah kedermawanan paling terkenal di dunia, Pingat Kedermawanan Carnegie dilangsungkan dalam penuh kerahsiaan, dengan penyampai mahupun bakal penerima anugerah tidak mempunyai sebarang petunjuk awal tentang siapakah bakal penerimanya. Oleh sebab itu, Mei Hing Chak terperanjat apabila beliau diberitahu beliau adalah penerimanya.
Mei Hing Chak telah terlibat dengan kedermawanan selama lebih 20 tahun.
Sebanyak 22 buah institusi Carnegie di Amerika Syarikat dan Eropah mencalonkan pemenang pingat, dengan tujuh antara mereka akan ke pemilihan akhir. Para penerima diiktiraf sebagai pemangkin kepada kebaikan yang mana kedermawanannya telah meninggalkan impak penting dan berpanjangan terhadap bidang, bangsa atau komuniti tertentu.
Dekan Institut Kedermawanan di Universiti Tsinghua, Wang Ming, berkata bahawa pingat kemenangan Mei Hing Chak bukan hanya penghormatan peribadi, tetapi juga sebagai bukti kepada pembangunan pesat kebajikan awam moden di China, yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di peringkat tinggi.
Mei Hing Chak mengasaskan yayasan persendirian yang pertama di China
Pada permulaan kerjayanya dalam kedermawanan, Mei Hing Chak mendermakan wang kepada yayasan-yayasan amal yang dibiayai orang awam, namun berasa hampa kerana tidak berpeluang memilih projek yang dirasainya penting dan menonjolkan visinya. Pada tahun 1998, beliau memutuskan untuk mengasaskan yayasan amalnya sendiri. Bagaimanapun, pada ketika itu, China tidak membenarkan individu-individu atau syarikat-syarikat persendirian mengasaskan yayasan amal. Pada tahun 2005, selepas negara ini melonggarkan sekatan, Mei Hing Chak menjadi pihak pertama memohon hak untuk mengasaskan yayasan amal dan menerima kelulusan kerajaan. Nombor pendaftaran Yayasan Amal Heungkong yang meletakkan statusnya sebagai yayasan persendirian (dikenali di China sebagai institusi amal yang tidak dibiayai wang awam) adalah 001, menunjukkan fakta bahawa ia adalah yang pertama di China.
Sejak ia mula ditubuhkan, Yayasan Amal Heungkong komited untuk menjalankan bantuan pendidikan, pembasmian kemiskinan, dan bantuan malapetaka di seluruh 18 wilayah dan bandar termasuk Guangdong, Guizhou dan Sichuan. Pada tahun 2007, yayasan ini melancarkan program "Five 1000": membina 1,000 perpustakaan, membantu 1,000 pelajar kurang bernasib baik, dan mengetuai 1,000 aktiviti yang dikendalikan oleh sukarelawan. Selepas beberapa tahun pengembangan, Yayasan Amal Heungkong kini memiliki pasukan seramai hampir 20,000 sukarelawan, yang mana bantuan mereka secara terkumpul telah berjumlah lebih daripada 100,000 tugas sukarela yang dilaksanakan, memberi manfaat kepada lebih 3 juta individu.
Kedudukan yang tepat: membantu golongan kurang bernasib baik melalui pendidikan dan penyediaan penjagaan kesihatan
Yayasan Amal Heungkong menumpukan bantuan kepada yang kurang bernasib baik melalui pendidikan serta menyediakan bantuan malapetaka. Berdasarkan sedekad pengalaman, Mei Hing Chak merancang untuk memberikan yayasan ini kedudukan yang lebih tepat di mana fokusnya adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan penyediaan penjagaan kesihatan. Dalam bidang pendidikan, yayasan akan menumpukan perhatian kepada dua program: pembinaan perpustakaan dan sokongan kepada pelajar kolej yang kurang bernasib baik. Dalam bidang kesihatan, Mei Hing Chak merancang untuk mendermakan 1 bilion yuan (anggaran US$150 juta) kepada yayasan-yayasan amal yang khusus untuk penjagaan kesihatan. Melalui yayasan-yayasan amal ini, dana akan disumbangkan kepada hospital-hospital khusus yang akan menyediakan bantuan kesihatan di kawasan kurang bernasib baik dan juga kepada orang-orang yang kurang bernasib baik. Berlainan dengan projek amal tradisional, projek ini boleh menjana aliran tunai untuk kepentingannya melalui pengendalian hospital-hospital dan, oleh yang demikian, membiayai pembangunannya yang akan datang.