omniture

Haier Cipta Mesin Basuh Kasut Isi Rumah Pertama Dunia Wujudkan Kategori Baharu untuk Penjagaan dan Perlindungan Kasut

Haier
2018-04-17 17:18 2149

GUANGZHOU, China, 17 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada 15 April, di Pameran Canton Musim Bunga kali ke-123, Haier memperkenalkan mesin basuh kasut isi rumah yang pertama di dunia bagi mencipta kategori baharu untuk penjagaan dan perlindungan kasut. Teknologi penyemburan jenis-stereo yang pertama dalam industri dibangunkan untuk produk ini, yang bukan sahaja mengelakkan kerosakan pada kasut dengan cucian secara memberus tradisional, tetapi turut memberikan pengalaman membasuh yang lebih mudah dan menyeronokkan kepada pengguna.

Haier Unveils the World's First Household Shoe-washing Machine at the 123rd Canton Fair
Haier Unveils the World's First Household Shoe-washing Machine at the 123rd Canton Fair

Terdapat tiga kaedah mencuci kasut. Kaedah pertama ialah cucian tangan, yang merupakan proses yang sukar, memakan masa dan menjerihkan serta memerlukan penggunaan pelbagai berus; kaedah kedua adalah dengan memasukkan kasut seseorang ke dalam mesin basuh, yang bukan sahaja menyebabkan jangkitan silang pada pakaian, tetapi turut merosakkan kasut serta tidak menjamin cucian yang bersih. Kaedah terakhir adalah dengan membawa kasut ke kedai mencuci kasut khas dan membiarkannya dibasuh bersama-sama kasut-kasut orang lain, namun begitu, mesin basuh kasut komersial tradisional masih menggunakan berus, menjadikannya sukar untuk memastikan penjagaan rapi dilaksanakan ketika memberikan cucian yang bersih sepenuhnya, khususnya untuk penjagaan kasut yang mahal. Biasanya, cucian secara manual masih menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna.

Mesin basuh kasut Haier dapat menyelesaikan masalah ini dengan mudah. Teknologi penyemburan jenis stereo aliran air yang pertama di dunia menggunakan aliran air bertekanan tinggi untuk membasuh kasut. Aliran air ini dapat menembusi bahagian gentian di dalam kasut untuk mengeluarkan kotoran yang tersorok di dalam dan mengurangkan kerosakan, yang membolehkannya mencapai kebersihan yang menyeluruh dan berhati-hati.

Di tapak pameran, ramai pengunjung mengajukan soalan sama ada produk ini akan mempunyai tempat di kediaman ramai. Kakitangan bersekutu Haier menjelaskan bahawa mesin basuh kasut isi rumah ini mengguna pakai reka bentuk laci, yang boleh digabungkan dengan mesin basuh atau mesin pengering, tidak memerlukan ruang berasingan, dan ia dapat melakukan cucian sebahagian, cucian serentak dan cucian kongsi masa; penyelesaian penjagaan kasut yang mempunyai ciri lengkap dan komprehensif.

Sejak 12 tahun meneroka model "RenDanHeYi", mesin basuh Haier telah bergantung pada model R&D 10+N bagi menggabungkan sumber berkualiti global untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Pelancaran mesin basuh kasut isi rumah yang pertama di dunia itu sekali lagi menerajui trend baharu, dan kali ini dalam bidang membasuh kasut serta menyediakan rujukan berguna untuk syarikat-syarikat perusahaan yang berminat untuk membangunkan produk mereka sendiri dalam bidang ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180416/2105718-1

Source: Haier
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news