omniture

Bangkok dan E-Plus Global Alu-alukan Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB

BAKAT-BAKAT THAILAND SERTAI ATLET-ATLET BOLA TAMPAR PANTAI TERKENAL
E-Plus Global Sdn Bhd
2018-05-11 14:06 899

BANGKOK, 11 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Setelah Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB) – Kejohanan Terbuka Manila 2018 sulung melabuhkan tirainya, jelajah berkenaan membuat hentian seterusnya di ibu kota Thailand, Bangkok hujung minggu ini. Bertempat di Institut Teknologi Raja Mongkut, Ladkrabang mulai 10 hingga 13 Mei, Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB – Kejohanan Terbuka Bangkok 2018 akan menghabiskan jelajah tiga bandar itu yang dianjurkan dan dipromosikan oleh E-Plus Global Sdn Bhd. 

Dengan perwakilan dari 21 negara, hujung minggu berkenaan akan turut melibatkan perwakilan mantap dari negara tuan rumah menerusi lapan pasukan, termasuk pemain-pemain unggul hujung minggu tersebut dan pemenang pingat gangsa Kejohanan Terbuka Langkawi 2018, Nuttanon Inkiew/Sedtawat Padsawud (Thailand, THA). Gandingan ini bakal menyaksikan persaingan sengit daripada juara kategori lelaki Kejohanan Terbuka Manila 2018, Max-Jonas Karpa/Milan Sievers (Jerman, GER).

Dalam kalangan pemain wanita, gandingan Jepun Ayumi Kusano/Takemi Nishibori (Jepun, JPN) berharap akan meneruskan momentum kemenangan pingat emas mereka dari Manila untuk perlawanan hujung minggu ini. Turut terlibat ialah pasukan hebat dari Cuba, Leila Consuelo Martinez Ortega/Mailen Deliz Tamayo (CUB) dan pemenang pingat gangsa hujung minggu lalu, Paula Soria Gutierrez/Maria Belen Carro Marquez de Acuna dari Sepanyol. Negara tuan rumah turut diwakili dengan hebat oleh Pronsuda Kritsana/Yodsaphat Pakham, Anchan Changkham/Chantira Khanok dan Saowaros Tangkaeo/Jiraporn Sonsupap.

Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global, mengulas, "Hebat rasanya dapat membawakan Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB ke bandar Bangkok yang meriah ini, kali kedua kami membawakan perlawanan bola tampar pantai antarabangsa ke pusat tumpuan sesebuah bandar. Bola Tampar Pantai juga amat popular dan mengalami pertumbuhan pesat di Thailand ini, dan hebat rasanya dapat melihat lapan pasukan akan mengibarkan bendera untuk negara tuan rumah. Kami akan turut menerima dua juara daripada Kejohanan Terbuka Manila 2018 di sini pada hujung minggu ini, yang akan memberikan peminat serta penggemar bola tampar pantai dengan banyak aspek untuk disaksikan."

Pertandingan hujung minggu ini akan dimulakan dengan perlawanan kelayakan pada hari Khamis (10 Mei) disusuli dengan fasa berkumpulan pertama pada hari Jumaat (11 Mei). Pusingan 12 dan peringkat suku akhir akan berlangsung pada hari Sabtu (12 Mei) manakala peringkat separuh akhir dan perlawanan penentuan pingat diadakan pada hari terakhir, Ahad (13 Mei).

 

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Sporting Events Sports