ZHONGSHAN, China, 1 Jun, 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 ("GILF" atau "Pameran") (Musim Luruh) akan diadakan serentak dengan Ekspo Pengilangan, Bekalan & Perkhidmatan Lampu Guzhen 2018 (Ekspo Pengilangan Guzhen) di Pusat Konvensyen & Pameran Guzhen, Zhongshan, China pada 22-26 Oktober 2018. Dengan memanfaatkan kedudukan tepat industri lampu dan bergantung pada kelebihan perindustrian Guzhen, kedua-dua pameran ini mencakupi pameran dengan prestasi berkos ultra tinggi dalam seluruh rantaian industri, seraya mewujudkan platform yang stabil untuk perusahaan lampu dan platform berkualiti tinggi untuk menghubungkan semua pautan yang berkaitan dengan industri lampu dan menerajui trend industri baharu.
Sumber asal lampu untuk 6 bilion orang seluruh dunia
Bergantung pada sumber asal lampu dan khususnya berorientasi ke arah pasaran antarabangsa (berserta pasaran domestik), GILF dengan prestasi berkos ultra tinggi akan menarik pembeli dari dalam dan luar negara serta merasmikan pameran dengan mewujudkan platform pertukaran langsung untuk pembeli dan pengedar.
Pameran ini terus berganding bahu menerusi tujuh subtempat, termasuk China Lighting Plaza, Star Alliance Global Brand Lighting Center, Besun Lighting Plaza, Lighting Era Center, Lihe Lighting Expo Center, Huayu Plaza dan China International Streetlight City, bagi menghimpunkan hampir 2,000 pempamer dan meluaskan kawasan pameran mencakupi lebih 1,500,000 m2 secara keseluruhan. Menghimpunkan pakar-pakar industri bagi membincangkan maklumat terkini, pameran ini akan mengadakan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018 bagi menunjukkan kepada pengunjung luar negara kami tentang keindahan lampu.
Pameran ini terus menyediakan pintu masuk Dewan A sebagai satu-satunya pintu masuk utama di arah utara-selatan dan bersama-sama menghubungkan Dewan A, B dan C. Untuk kemudahan, pameran ini menyediakan kawasan khusus untuk kejuruteraan lampu & reka bentuk lampu, lampu hiasan, lampu kediaman, produk elektrik dan elektronik, lampu komersial, lampu luar, jentera & peralatan dan aksesori & komponen lampu serta perkhidmatan edaran perniagaan, meliputi semua hubungan yang berkaitan dengan industri lampu dan membina platform yang pelbagai.
Mengimbau kembali edisi musim bunga yang berjaya menarik hampir 290,000 pengunjung dari 91 negara dan kawasan, pameran musim bunga mewujudkan upacara lampu yang profesional, berorientasi pasaran, berjenama dan bersifat antarabangsa.
Penyepaduan dengan " Internet + " wujudkan pameran dalam talian yang abadi
GILF ke-22 membuka era baharu "Internet +" melalui penyepaduan antara Internet dan jaringan pengangkutan luar talian, perkhidmatan bernilai tambah pameran, E-penerbitan, Pembayaran WeChat, dan sebagainya, menyediakan pembeli dan pempamer dengan perkhidmatan bersepadu melibatkan promosi produk, perkongsian maklumat dan pertukaran industri. Oleh itu, pengunjung dapat memahami dengan jelas tentang pameran, pempamer dan produk mereka bagi membentuk laluan kunjungan mereka sendiri dan meningkatkan pengalaman kunjungan. Di samping itu, jawatankuasa persediaan menyediakan katalog pempamer di laman sesawang rasmi dan akaun Rasmi WeChat agar anda dapat mencari produk yang diperlukan dengan lebih mudah.
Sistem prapendaftaran popular
Kini, sistem prapendaftaran telah dibuka, dengan mengikuti Akaun Rasmi WeChat "GILF" atau dengan mengunjungi www.denggle.com bagi mengisi maklumat peribadi dan setelah selesai membuat prapendaftaran, pengunjung boleh memasuki pameran melalui saluran VIP dengan nombor telefon bimbit di tapak pameran.
Pengunjung yang membuat prapendaftaran dapat menjimatkan bayaran pendaftaran di tapak sebanyak RMB 100, menikmati perkhidmatan VIP, menerima e-mel tentang maklumat nota terkini dan masa pameran serta menikmati visa, hotel dan perkhidmatan tersuai EDM, mendapat buku panduan dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung yang selesai membuat prapendaftaran sebelum 30 Jun 2018 boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah bagi memenangi PC tablet, kotak bar tarik dan ganjaran lain untuk dibawa pulang.
Ringkasan:
Lima hari, dua pameran, lapan lokasi, lebih 2,000 pempamer, hampir 100 forum bersama-sama menarik lebih satu juta pengunjung. Kesemuanya dalam bulan Oktober, pameran lampu Guzhen!
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146303-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146303-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146303-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146303-1-d