omniture

Quantifeed kumpul US$10 juta dalam Pembiayaan Siri B daripada Cathay Financial Holdings dan Legg Mason

Quantifeed HK Limited
2018-06-21 08:58 1414

HONG KONG, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Quantifeed, penyedia nasihat-robo B2B yang terkemuka di Asia, hari ini menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri B pada nilai US$10 juta. Pelaburan ini dipimpin oleh Cathay Financial Holdings (TWSE: 2882), syarikat induk kewangan terbesar Taiwan, dengan penyertaan daripada Legg Mason Inc (NYSE: LM), pengurus aset global yang berpangkalan di AS.

Pusingan Siri B akan membolehkan Quantifeed merangsang pertumbuhan serantaunya di Asia. Pelaburan ini akan menyokong pembukaan sebuah pejabat di Singapura. Dana ini juga akan dapat mempercepatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam bidang-bidang seperti analitik tingkah laku dan sains data bagi meningkatkan penglibatan pelanggan.

"Kami mengalu-alukan komitmen Cathay Financial Holdings dan Legg Mason terhadap pertumbuhan kami dan kami yakin kedua-duanya akan membawakan nilai yang luar biasa kepada perniagaan kami," kata Alex Ypsilanti, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Quantifeed. "Kami membawakan penjagaan kekayaan, iaitu perkhidmatan yang bertujuan untuk membantu semua orang memanfaatkan simpanan mereka sebaik-baiknya bagi mencapai sasaran kewangan mereka. Misi kami adalah untuk membolehkan institusi-institusi kewangan berubah menjadi penyedia perkhidmatan ini secara meluas. Pembiayaan tambahan membolehkan kami mencapai misi ini."

Quantifeed menyediakan perkhidmatan nasihat-robo B2B untuk sembilan buah institusi kewangan di seluruh Asia, termasuk Cathay United Bank, subsidiari milik penuh Cathay Financial Holdings.

"Kami telah membina hubungan yang kukuh dengan bekerjasama erat bersama Quantifeed demi membangunkan platform pengurusan kekayaan digital kami," kata David Sun, Naib Presiden Eksekutif Kanan Cathay Financial Holdings. "Kami telah mengalami sendiri tumpuan berterusan oleh syarikat dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya dan kebolehannya menggunakan teknologi canggih bagi mencipta penyelesaian kekayaan digital. Pusingan ini memberi kami peluang untuk terus melaksanakan strategi kami untuk berkolaborasi dan melabur dalam firma-firma teknologi yang bersedia mengubah perkhidmatan kewangan."

Pada masa kini, Quantifeed mempunyai operasi-operasi di Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Singapura dan Australia. Permintaan terhadap penyelesaian pengurusan kekayaan digital berkembang pesat di Asia tatkala institusi-institusi kewangan bertindak balas terhadap jangkaan pelanggan demi penyelesaian yang lebih diperibadikan dan hubungan yang bermakna.

Mengulas tentang pengumuman ini, Lennie Lim, Ketua Bahagian Pengagihan Asia, Legg Mason Global Asset Management berkata: "Pelaburan Legg Mason dalam Quantifeed memperlihatkan komitmen berterusan kami untuk menyokong pelanggan perantara global kami dalam transformasi digital perniagaan mereka. Kami mengagumi pasukan kepimpinan, penawaran produk dan rekod prestasi Quantifeed di rantau Asia Pasifik. Kami berpendapat Quantifeed berada pada kedudukan yang bagus untuk membantu pelanggan mencapai sasaran kewangan mereka dan penasihat kewangan untuk mengukuhkan pengalaman pelanggan."

Latar Belakang Quantifeed

Platform pelaburan automatik Quantifeed membolehkan institusi-institusi kewangan menawarkan penasihat dan pelanggan dengan pengalaman pengurusan kekayaan digital di bawah jenama mereka sendiri. Model-model perisian dan kewangan Quantifeed dapat menyediakan bank, broker dan perancang kekayaan dengan penyelesaian boleh dikonfigurasi bagi menepati objektif-objektif pengurusan kekayaan mereka. Firma-firma mampu mendekati ratusan ribu pengguna dengan pantas dan menjimatkan. Platform ini mengehoskan portfolio saham, dana dan kelas aset lain dalam semua pasaran global utama. Penyelesaian yang dilabur boleh berdasarkan penilaian risiko, matlamat hidup dan idea tematik. Quantifeed menawarkan himpunan portfolio untuk peruntukan aset, pelaburan tematik dan strategi perdagangan lain. Syarikat ini ditubuhkan oleh mantan eksekutif-eksekutif perbankan pelaburan Alex Ypsilanti, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ross Milward, Ketua Pegawai Teknologi di Hong Kong pada tahun 2013. 

Latar Belakang Cathay Financial Holding Co., Ltd

Cathay Financial Holding Co., Ltd. (www.cathayholdings.com.tw) ialah syarikat induk kewangan terbesar di Taiwan dan penyedia utama produk dan perkhidmatan kewangan. Subsidiari-subsidiari utama syarikat termasuk Cathay Life Insurance, Cathay United Bank, Cathay Century Insurance, Cathay SITE dan Cathay Securities. Setakat 31 Disember 2017, syarikat mempunyai jumlah aset sebanyak lebih US$290 bilion dan lebih 13 juta pelanggan. Beberapa tahun kebelakangan ini, Cathay Financial Holdings terus mengukuhkan kehadirannya di Asia, termasuk di China dan Asia Tenggara.

Latar Belakang Legg Mason

Berpandukan misi Investing to Improve Lives™ (Melabur untuk Menambah Baik Kehidupan), Legg Mason membantu pelabur-pelabur seluruh dunia mencapai hasil kewangan yang lebih baik dengan meluaskan pilihan mencakupi strategi pelaburan, akses kenderaan dan pelabur melalui pengurus-pengurus pelaburan bebas dengan pelbagai kepakaran dalam pelaburan ekuiti, pendapatan tetap, alternatif dan kecairan. Aset bawah pengurusan Legg Mason bernilai $747 bilion setakat 31 Mei 2018. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman sesawang kami, bilik berita kami atau ikuti kami melalui LinkedIn, Twitter, atau Facebook

Pertanyaan media

Quantifeed

Summer Mo, +852 2881 8526

Pemasaran & Komunikasi

summer.mo@quantifeed.com

Honner

Eric Robledo, +612 8248 3739

Perhubungan Awam - Australia

eric@honner.com.au



Cathay Financial Holdings

Eddie Ho, +886 02 2708 7698 7783

Perhubungan Awam

eddieho@cathayholdings.com.tw

Legg Mason

Mary Athridge, +1 212 805 6035

Komunikasi Korporat

mkathridge@leggmason.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170706/1891380-1

Source: Quantifeed HK Limited
Related Stocks:
NYSE:LM OTC:CHYYY Taiwan:2882
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Corporate Expansion Financing agreements Offerings Financial Technology