omniture

Connectivity Global lancar penyelesaian keselamatan emel AI di Singapura

K-ICT Born2Global Centre
2018-07-23 11:58 639

- Lindungi daripada serangan kompromi emel perniagaan (BEC) melalui Receive GUARD

SINGAPURA, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat berpangkalan di Singapura Connectivity Global Pte. Ltd., melancarkan Receive GUARD, penyelesaian keselamatan emel didayakan Kecerdasan Buatan (AI) di Singapura. Connectivity Global telah bekerjasama dengan pengedar Microsoft, Innovix yang mempunyai 5,500 penjual semula di seluruh Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Receive GUARD dihoskan melalui platform Microsoft Azure dan serasi dengan Microsoft Office 365. Dahulunya Receive GUARD digunakan sebagai penyelesaian di premis di Korea Selatan melalui syarikat ahli Kiwontech, K-ICT Born2Global Centre.

Syarikat-syarikat baharu dan PKS boleh menggunakan penyelesaian keselamatan emel AI ‘Receive GUARD’ melalui perkhidmatan awan Microsoft Azure.
Syarikat-syarikat baharu dan PKS boleh menggunakan penyelesaian keselamatan emel AI ‘Receive GUARD’ melalui perkhidmatan awan Microsoft Azure.

Dengan memanfaatkan ciri-ciri utama seperti pembelajaran mesin didayakan AI, berbilang kawasan maya dan penukaran imej, penyelesaian sistem keselamatan didayakan AI yang dibawakan oleh Connectivity Global Pte. Ltd. kepada pasaran serantau ini akan menyediakan perlindungan menyeluruh terhadap serangan emel perniagaan.

Penyelesaian ini khususnya akan membantu pengguna menapis sebarang emel spam, emel pancing data dan perisian hasad termasuk virus-virus yang belum dikenal pasti yang akan diterima oleh mereka dalam peti masuk. Ini termasuk emel palsu yang tidak dapat dikesan oleh kebanyakan penyelesaian keselamatan emel yang lain. Selain itu, sekiranya bahagian teks emel mengandungi pautan berniat jahat, ia akan ditukarkan kepada imej. Ini akan mengurangkan risiko pengguna membuka dokumen tersebut dengan tidak sengaja atau mengklik pautan yang mengandungi sebarang kod berniat jahat.

Dengan menawarkan Receive GUARD sebagai satu penyelesaian, Connectivity Global Pte. Ltd. menyasarkan untuk menjadikan Receive GUARD mudah diakses oleh perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) di Singapura. Mereka merancang untuk melancarkannya di beberapa negara Asia Tenggara dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Connectivity Global, layari www.c-globe.com

HUBUNGI

Eugene Lee
Pengarah Pembangunan Perniagaan Connectivity Global Pte. Ltd.
info@c-globe.com

Jina Lee 
Pengurus Perhubungan Awam K-ICT Born2Global Centre
jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180719/2191268-1

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications New products/services