omniture

JA Solar Bekalkan Modul PERC Mono untuk Projek Solar Tunggal-Atas Bumbung Terbesar di MENA

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-08-21 03:35 1421

BEIJING, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., salah satu pengeluar terkemuka di dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan ia telah membekalkan 3.2MW modul PERC mono kepada loji solar Aramex di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Loji ini menonjolkan projek solar tunggal-atas bumbung yang terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) setakat ini.

Terletak di Bandar Logistik Dubai (Dubai Logistics City), projek atas bumbung ini dibangunkan secara siap guna oleh IMG Solar FZE, subsidiari Izzat Marji Group di Jordan. Tumpuan mendalam terhadap kualiti dan kadar kemajuan yang sangat baik menjurus kepada kejayaan penyiapan projek. Projek solar atas bumbung ini dijangka dapat menjana 5 juta kWh kuasa elektrik setahun, menyumbang sebanyak 60% daripada keperluan bekalan elektrik kemudahan Aramex dan untuk mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 3,000 tan setiap tahun.

JA Solar membekalkan semua modul PERC mono yang digunakan dalam projek ini. Syarikat ini merupakan pemegang paten utama bagi teknologi PERC dan produk-produk PERCnya direka agar dapat bertahan dalam iklim Dubai yang terkenal dengan suhu yang panas, sinaran ultralembayung melampau, angin yang kencang dan ribut pasir. Modul-modul berprestasi tinggi ini juga dapat bertahan daripada suhu tinggi dan lelasan akibat angin dan pasir, selain mempunyai tahap keandalan dan kecekapan penjanaan kuasa lebih tinggi serta menyediakan jaminan kukuh untuk memaksimumkan penjanaan kuasa daripada sistem.

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar berkata, "Kami komited terhadap penyelidikan dan pembangunan modul-modul solar berkecekapan tinggi yang dikeluarkan secara besar-besaran. Kami akan terus menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan berkualiti tinggi dan menggalakkan pembangunan yang sihat serta mampan untuk industri fotovolta."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com  

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities