omniture

Permohonan TCO Certified, generasi ke 8 kini dibuka

TCO Development
2018-09-05 15:00 1021

STOCKHOLM, 5 September 2018 /PRNewswire/ --

Kriteria untuk TCO Certified, generasi ke 8 telah dimuktamadkan dan diterbitkan. Dengan membuat permohonan sekarang, jenama akan menjadi antara yang pertama mendapat produk pengiktirafan bagi generasi baharu.

Permohonan dibuka, sekarang. Produk yang telah diluluskan sebelum 20 November akan diiktiraf pada pelancaran perasmian TCO Certified, generasi ke 8 pada 4 Disember. Bermula dari tarikh ini, organisasi pembeli boleh mula menentukan kriteria generasi baharu apabila membeli produk IT, dan senarai penuh produk yang diiktiraf boleh ditemui di tcocertified.com.

generated by system

Generasi baharu ini mewakili peralihan terbesar ke arah kitaran hidup yang lebih mampan, dengan lebih kecenderungan daripada industri IT.

"Terdapat lebih banyak jenama yang terlibat dalam proses pembangunan dan inginkan produk mereka diperakui secepat yang mungkin, berbanding sebelumnya" menurut Sören Enholm, CEO di TCO Development, organisasi di sebalik TCO Certified. 

Enholm menekankan bahawa minat yang semakin meningkat terhadap industri adalah dipacu oleh pasaran.

"Pembeli IT mahu membuat pemilihan dan mahukan produk yang lebih bertanggungjawab dengan rekaan dan pembuatan yang lebih mampan. Lebih-lebih lagi sekarang ini, jenama dengan TCO Certified akan memberikan lebih akses kepada peluang perniagaan."

Produk IT dikaitkan dengan banyak risiko alam sekitar dan sosial di sepanjang kitaran kehidupannya serta teknologi yang sentiasa berubah. Untuk memacu perkembangan yang lebih pantas, TCO Development mengeluarkan kriteria generasi baharu bagi setiap tiga tahun. Generasi ke 8 termasuk beberapa kriteria baharu dan disemak semula dengan menyasarkan kepada isu-isu utama — pekeliling, tanggungjawab rantaian bekalan dan ketelusan. Organisasi pembeli juga boleh menggunakan TCO Certified di dalam laporan kelestarian, dan menghubungkan kriteria tersebut dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Kriteria generasi baharu ini adalah langkah utama ke arah kitaran hayat yang mampan untuk produk IT dan yang lebih penting kesemua produk memenuhi kriteria . TCO Certified adalah bukti bebas terhadap kepimpinan yang mampan", kata Sören Enholm sebagai kesimpulan.

Mengenai TCO Certified

Dengan 25 tahun pengalaman, TCO Certified adalah pensijilan kelestarian terkemuka di dunia untuk produk IT. Kriteria komprehensif kami direka bagi memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar di sepanjang kitaran hayat produk . Meliputi lapan kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan disahkan secara bebas, untuk kedua-dua pra dan pos pensijilan. Sertai kami bagi memacu kemajuan ke arah kelestarian produk IT.

Temui produk yang diiktiraf di Pencarian Produk kami.

Perhubungan media:
Gabriella Mellstrand
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi
press@tcodevelopment.com 
+46706358351
Bilik Media

 

Source: TCO Development
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services