omniture

Tokoh Berpengaruh Sertai Pasaran Asia Tenggara Tongdun International

Teknologi Kewangan Galakkan Pelaksanaan Kewangan Inklusif
Tongdun Technology
2018-09-05 21:38 2363

HANGZHOU, China, 5 September 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai penyedia perkhidmatan yang berdedikasi untuk menjadi peneraju dunia dalam pengurusan risiko pintar dan proses membuat keputusan analisis, Tonghun Technology secara komprehensif menggalakkan susun atur strategik antarabangsanya. Sejak penubuhan "Tongdun International Pte. Ltd.", subsidiari di Singapura pada awal tahun 2018, syarikat telah mempercepatkan pembinaan pasukan antarabangsa dan memperkenalkan Lawrence Lu, Naib Presiden Tongdun International, Lock Kwee Yoong, Pengarah Kanan Teknikal Tongdun International dan bakat-bakat hebat yang secara berturut-turut. Baru-baru ini, Jean Reksodiputro secara rasminya menyertai Tongdun International sebagai Ketua Pasaran Indonesia Tongdun International.

Jean Reksodiputro
Jean Reksodiputro

Jean Reksodiputro mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pembangunan IT dan pengalaman selama hampir 10 tahun dalam pengurusan syarikat besar. Beliau juga mempunyai kebolehan pengurusan komprehensif dalam kewangan, teknologi maklumat dan pengurusan hubungan kerajaan. Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Asosiasi FinTech Indonesia dan berkhidmat sebagai penyelaras kumpulan kerja infrastruktur kredit.

Sebelum menyertai syarikat, Jean merupakan Pengarah PEFINDO Credit Bureau, yang disediakan oleh PT PEFINDO, agensi penarafan kredit bebas yang paling lama di Indonesia, pada tahun 2014 bagi menyediakan bank-bank dan institusi-institusi kewangan lain, individu-individu dan PKS dengan perkhidmatan pelaporan kredit yang komprehensif. Sejak penubuhan PEFINDO Credit Bureau, Jean berdedikasi terhadap pembinaan biro dari awal melalui usaha-usaha seperti penyelarasan dan perancangan strategi syarikat, proses perniagaan dan sistem maklumat. Semasa tempoh tersebut, beliau mengetuai pembinaan sistem pengautomatan proses aplikasi data serta reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan penskoran kredit biro, laporan kredit, amaran kredit, analisis kredit dan sebagainya, memperkasa institusi-institusi kewangan tempatan melalui produk, teknologi dan perkhidmatannya demi menggalakkan pembinaan sistem kredit Indonesia.

Beberapa tahun kebelakangan ini, dengan peningkatan perdagangan dua hala antara China dan negara-negara Asia Tenggara, peningkatan skop kerjasama, sikap terbuka pasaran Asia Tenggara terhadap pelaburan asing dan permintaan tinggi untuk perkhidmatan kewangan, Tongdun International beroleh keadaan yang membantunya untuk berkembang ke persada global dan satu paksi bagi membuka seluruh pasaran antarabangsa.

Pada masa depan, perniagaan luar negara Tongdun adalah berdasarkan peluasan penuh di Asia Tenggara dan akan dilanjutkan seterusnya ke Afrika, Eropah Tengah, Eropah Timur, Amerika Selatan dan pasaran-pasaran lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180904/2227145-1

Source: Tongdun Technology
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Personnel announcements Financial Technology