omniture

Faedah-faedah Peroleh Pemastautin Tetap dan Kewarganegaraan dengan Labur di Eropah untuk Rakyat Malaysia

Harvey Law Group
2018-09-06 11:47 2917

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 September 2018 /PRNewswire/ -- Mobiliti adalah salah kelebihan utama melabur dalam pemastautinan dan kewarganegaraan Eropah. Sama ada untuk menetap, bekerja atau menjelajah, pemastautinan dan kewarganegaraan Eropah di sesebuah negara boleh membuka akses kepada seluruh pelosok benua mahupun melangkaui sempadan Eropah termasuk akses tanpa visa ke Kanada, Hong Kong, Singapura dan New Zealand. Bagi rakyat Malaysia, Harvey Law Group telah menyimpulkan beberapa panduan bagaimana untuk Memperoleh Taraf Pemastautin dan Kewarganegaraan melalui Pelaburan di Eropah.

Your gateway to European Residency starts at a minimum of Euros 250,000
Your gateway to European Residency starts at a minimum of Euros 250,000

Sebagai contoh, untuk memperoleh taraf pemastautin di Portugal, skim "Visa Emas" adalah satu pelaburan yang pantas dan berpatutan untuk memperoleh taraf pemastautin penuh Eropah dan memulakan langkah ke arah pemastautin tetap dan biasanya, laluan pantas untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan. Perolehan taraf pemastautin Eropah akan membenarkan kemasukan dan keluar yang mudah ke negara mastautin, kemudahan perjalanan di dalam Eropah (dalam kebanyakan kes, ini termasuk akses tanpa visa ke Kawasan Schengen) dan akses kepada persekitaran perniagaan dan cukai yang menguntungkan.

Kewarganegaraan-melalui-pelaburan adalah cara paling pantas dan paling mudah untuk seseorang pelabur mendapatkan taraf kewarganegaraan secara sah selain pasport kedua yang dapat mengubah peluang-peluang perjalanan pelabur dengan ketara. Khususnya, pemerolehan pasport EU membolehkan pemegang menetap di mana-mana sahaja di EU dan memanfaatkan taraf hidup yang tinggi yang ditawarkan di Eropah termasuk pendidikan yang terbaik, rawatan kesihatan dan persekitaran yang selamat. Eropah juga merupakan destinasi utama bagi mencipta peluang-peluang pelaburan baharu dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif, sama ada untuk menjalankan perniagaan luar negara dari sudut pandang baharu atau untuk mengambil kesempatan daripada pasaran harta tanah yang semakin menguntungkan.

Untuk Rakyat Malaysia: Bagaimana dan Di Mana untuk Mendapatkan Taraf Pemastautin dan Kewarganegaraan melalui Pelaburan di Eropah

Program Pelabur Bulgaria

Program Pelabur Bulgaria untuk Pemastautinan menawarkan permit pemastautinan tetap bagi pelaburan sebanyak BGN 1,000,000 (kira-kira EUR512,000) dalam portfolio bon kerajaan jaminan penuh untuk 5 tahun tanpa memerlukan bayaran lanjut. Pada akhir tempoh, jumlah penuh akan dikembalikan kepada pelabur tanpa faedah. Pemohon boleh memohon kewarganegaraan selepas memegang mastautin tetap selama 5 tahun.

Permit Mastautin Emas Portugal

HLG menawarkan Program Permit Pemastautinan Emas Portugal melalui pelaburan harta tanah. Permit pemastautinan lima tahun Portugal membenarkan pemegang permit mengakses perjalanan tanpa visa dalam Kawasan Schengen dan ini termasuk ahli-ahli keluarga. Seseorang pelabur perlu memperoleh harta tanah bernilai minimum EUR500,000 atau EUR350,000 untuk harta tanah yang berusia lebih 30 tahun atau terletak di kawasan-kawasan pemulihan semula bandar yang layak. Pelabur-pelabur boleh memohon taraf pemastautin tetap selepas 5 tahun setelah memenuhi keperluan undang-undang termasuk bukti penguasaan Bahasa Portugis asas. Permohonan boleh dibuat untuk kewarganegaraan selepas menjadi pemastautin tetap di Portugal sekurang-kurangnya selama 6 tahun setelah memenuhi keperluan undang-undang, termasuk bukti penguasaan Bahasa Portugis yang mencukupi.

Kewarganegaraan Cyprus melalui Pelaburan

Program Kewarganegaraan Cyprus melalui Pelaburan menawarkan peluang kepada pelabur-pelabur untuk menjadi warga Cyprus dan selanjutnya, kewarganegaraan Kesatuan Eropah. Pemegang pasport Cyprus boleh menetap, menjelajah, bekerja, melanjutkan pengajian dan membeli tanah/harta tanah di mana-mana jua di Kesatuan Eropah. Ahli-ahli keluarga juga boleh disertakan dalam permohonan dan kewarganegaraan boleh diwariskan kepada generasi-generasi masa depan melalui keturunan. Seseorang pelabur perlu memperoleh sekurang-kurangnya EUR2 juta dalam satu atau portfolio harta tanah dengan sekurang-kurangnya satu digunakan sebagai kediaman utama. Pemprosesan permohonan mengambil masa kira-kira 3 bulan, dengan pasport dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan.

Kewarganegaraan Malta melalui Pelaburan

Sama seperti program CBI Cyprus, Program Pelabur Individu Malta ialah program kewarganegaraan-melalui-pelaburan yang menawarkan pelabur-pelabur dengan peluang untuk memperoleh kewarganegaraan Malta, dan selanjutnya, kewarganegaraan Kesatuan Eropah. Ahli-ahli keluarga juga boleh disertakan dalam permohonan dan kewarganegaraan boleh diwariskan kepada generasi-generasi masa depan melalui keturunan. Seseorang pelabur boleh memilih 3 cara untuk melabur: sumbangan yang tidak boleh dikembalikan sekurang-kurangnya EUR650,000 kepada Tabung Pembangunan dan Sosial Negara; pelaburan harta tanah sekurang-kurangnya EUR350,000 dalam harta tanah atau pajakan harta tanah sekurang-kurangnya EUR16,000 yang perlu dipegang atau dipajak bagi tempoh minimum 5 tahun, masing-masing; atau pelaburan sekurang-kurangnya sebanyak EUR150,000 dalam produk-produk kewangan diluluskan kerajaan yang dikekalkan untuk minimum 5 tahun. Pemprosesan permohonan mengambil masa kira-kira 4 bulan, dengan jumlah 12 bulan untuk mengeluarkan pasport dari tarikh awal pemastautinan.

Sepintas Lalu Pilihan Pemastautinan Eropah Lain


Hak-hak Pemastautin

Jenis Pelaburan

Jumlah

Masa Pemprosesan

Perancis

Permit pemastautinan boleh diperbaharui 4-tahun

Usahawan

EUR 300,000

45 hari

Greece

Permit pemastautinan boleh diperbaharui 5-tahun

Harta tanah

EUR 250,000

2 bulan

Latvia

Permit pemastautinan boleh diperbaharui 5-tahun

Harta tanah

EUR 250,000

90 hari

Sepanyol

Permit pemastautinan boleh diperbaharui 5-tahun

Harta tanah

EUR 500,000

20 hari

United Kingdom Tahap 1 (Pelabur)

Permit pemastautinan boleh diperbaharui 3-tahun

Produk Kewangan

GBP 2,000,000

3 minggu

United Kingdom Tahap 1 (Usahawan)

Permit pemastautinan boleh diperbaharui 3-tahun

Usahawan

GBP 200,000

3 minggu

Meskipun program-program Cyprus dan Malta menawarkan pasport EU, Cyprus menawarkan program kewarganegaraan terpantas dan dengan itu menjadi laluan komprehensif terpantas ke Eropah, dengan pasport dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan dan tanpa keperluan pemastautinan. Pada nilai muka, pasport Malta muncul sebagai pilihan menarik memandangkan ia menyediakan akses tanpa visa ke AS; walau bagaimanapun, ini merupakan premium yang mahal untuk dibayar dan juga proses yang memakan masa (ia mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan untuk pasport Malta dikeluarkan) untuk menjelajah ke A.S., terutamanya memandangkan kebanyakan pengembara tidak akan berhasrat untuk berada selama lebih setahun. Perlu juga dinyatakan bahawa lambat laun, pemegang pasport Cyprus akan dapat menikmati pengecualian visa ke AS sebagai Anggota EU khususnya sekiranya AS mahu mengekalkan pengecualian cukai mereka ke Eropah.

Di samping itu, pulangan pelaburan di Cyprus adalah lebih pantas berbanding di Malta dengan kebanyakan aset layak dijual selepas 3 tahun berbanding 5 tahun di Malta. Dengan ekonomi pelancongan yang kian pesat dan lokasi strategik di persimpangan antara Afrika, Asia dan Eropah, pelaburan harta tanah amat dicari-cari di Cyprus. Sepanjang tempoh pemegangan, harta tanah boleh disewakan bagi menjana pendapatan sewaan tambahan dan kemudiannya dijual dalam pasaran harta tanah yang berkembang maju. Cukai korporat dan kediaman di Cyprus adalah antara yang terendah di Eropah, tanpa cukai pendapatan asing, cukai pusaka atau cukai pegangan terhadap faedah yang diperoleh. Menerusi kelebihan pasport Cyprus, pilihan ini benar-benar menawarkan nilai terbaik untuk pelaburan anda dari segi masa dan wang.

Demi kemudahan perjalanan di Eropah dan tanpa memerlukan visa ke EU; rejim cukai yang menarik; cuaca Mediterranean yang indah; dan taraf hidup yang tinggi, termasuk akses kepada pendidikan, rawatan kesihatan dan keselamatan terbaik, program CBI Cyprus pastinya merupakan program yang paling mempunyai kelebihan untuk pelaburan di Eropah.

"Meskipun sesetengah negeri Eropah semakin keberatan tentang imigresen dan mengguna pakai langkah-langkah tambahan bagi mencegah kemasukan pendatang, negeri-negeri lain sebaliknya menyasarkan untuk menarik penghijrah-penghijrah yang kaya dengan instrumen pelaburan sofistikated menerusi program-program pemastautinan dan kewarganegaraan melalui pelaburan sedemikian," kata En. Bastien Trelcat, Rakan Pengurusan Harvey Law Group, firma undang-undang penasihat imigrasi dan perniagaan.

Harvey Law Group (HLG) ialah sebuah firma undang-undang multinasional yang terkemuka dalam undang-undang korporat dan imigrasi pelaburan yang memiliki reputasi seluruh dunia kerana mewakili pelanggan-pelanggan dan syarikat-syarikat berprofil tinggi, dengan lebih 19 pejabat seluruh dunia. Sebagai firma undang-undang perundingan imigrasi terkemuka, HLG menawarkan program-program pemastautinan dan kewarganegaraan yang paling komprehensif yang tersedia setakat ini.

HLG dianugerahkan sebagai Firma Undang-undang Imigrasi Terbaik Tahunan di Macallan ALB Hong Kong Law Awards 2014 dan 2017 tahunan kali ke-13 dan ke-17.

HLG ialah sebuah syarikat yang mengkhusus dalam perundingan imigrasi dan tidak menyediakan nasihat berhubung undang-undang Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai peluang-peluang program imigrasi pelaburan, sila hubungi Rakan Pengurusan HLG Seluruh Dunia, En. Jean-François Harvey (jfharvey@harveylawcorporation.com) dan Rakan Pengurusan HLG Asia Tenggara, En. Bastien Trelcat (btrelcat@harveylawcorporation.com)

Hubungi +6626701848 atau layari www.harveylawcorporation.com atau FB: https://www.facebook.com/HLGThailand/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2226700-1

Source: Harvey Law Group
Keywords: Travel