omniture

Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa

Honor
2018-09-07 03:28 1993

Telefon pintar tawar badan kaca aurora dan jidar bawah tipis menggunakan teknologi cip-pada-filem inovatif.

XI'AN, China, 7 September 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, hari ini memperkenalkan Honor 8X terkini, telefon yang menggabungkan teknologi-teknologi unggulan termaju dengan bentuk estetik. Diilhamkan oleh falsafah reka bentuk minimalis dan memanfaatkan teknologi cip-pada-filem (COF), telefon pintar ini mempunyai paparan FullView 6.5-inci dengan nisbah skrin-kepada-badan 91% serta badan kaca aurora dwitekstur 2.5D dengan kesan parutan, menonjolkan identiti yang berani dan beraspirasi. Honor 8X dilancarkan di China pada 5 September 2018 dan akan disediakan secara berperingkat-peringkat dalam pasaran luar negara bermula pada Oktober ini.

Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa
Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa

Honor 8X menonjolkan pendirian berani jenama dan ciri-ciri tersendiri pada reka bentuk melalui teknologi luar biasanya, reka bentuk minimalis yang menarik perhatian dan ketukangan yang sofistikated. Mengguna pakai pendekatan saintifik kepada nilai-nilai estetik, Honor 8X memberikan keseimbangan antara fungsian dan keindahan yang tiada tandingan dalam pasaran.

Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa
Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa

Sorotan ciri Honor 8X termasuk:

  • Skrin besar 6.5-inci dengan kejelasan hebat: Honor 8X dilengkapi dengan Paparan Takuk Pandangan-Penuh 6.5 inci 2.0 dan nisbah 19.5:9 pada badan telefon sepanjang 5.5-inci dan 7.8 mm tebal. Ia menghampiri nisbah 21:9 yang digunakan oleh pawagam dan membolehkan pengguna menikmati pandangan menarik pada telefon pintar yang elegan. 
  • Nisbah skrin-kepada-badan 91% pada badan telefon yang ramping: Nisbah skrin-kepada-badan adalah penting pada reka bentuk telefon pintar. Honor menggunakan teknologi cip-pada-filem (COF) termaju dan reka bentuk antena berpaten untuk mengurangkan lebar jidar bawah kepada 4.25mm dan mencapai nisbah skrin-kepada-badan 91% yang dapat mengatasi kebanyakan telefon pintar unggulan.
Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa
Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa
  • Konsep reka bentuk minimalis dengan fokus terhadap nilai estetik: Honor 8X menggunakan bingkai tengah logam dan mengguna pakai badan kaca aurora dwitekstur 2.5D dengan kesan parutan, memberikan rupa dan rasa yang elegan dan lancar. Reka bentuk penggredan yang selari dihasilkan daripada 15 lapisan dan memberikan refleksi berbeza dari sudut-sudut berbeza. Dengan pilihan warna biru, hitam dan merah, pengguna dapat mengekspresikan gaya dan personaliti mereka sendiri.
  • Perlindungan terhadap mata: Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang pendedahan cahaya biru yang diterima oleh mata kita dari skrin pada peranti elektronik. Honor 8X mengguna pakai mod Keselesaan Mata (Eye Comfort) generasi baharu yang diperakui oleh TUV Rheinland yang dapat mengurangkan radiasi cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin dan mencegah keletihan mata. Ia juga mempunyai teknologi paparan cahaya matahari dan malam, yang membolehkan pengguna melihat skrin dengan jelas di bawah sinaran matahari dan menjadikan pembacaan sebelum tidur lebih selesa.
Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa
Honor 8X Diperkenal menjelang Penampilan Sulung Antarabangsa

En. George Zhao, Presiden Honor, berkata: "Dengan Honor 8X yang baru diperkenalkan, Honor menetapkan penanda aras baharu dalam memberikan keseimbangan antara nilai, reka bentuk dan prestasi. Honor 8X bukan sekadar ekspresi minimalis yang indah, ia merupakan perintis yang menunjukkan bahawa ciri-ciri unggulan tidak menuntut harga yang tinggi. Honor 8X melangkaui jangkaan pengguna yang tidak mahu berkompromi dari segi harga, prestasi atau penampilan yang menggamit perhatian."

Latar Belakang Honor 

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228533-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228533-1-b  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228533-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228533-1-d

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services