Pengecaman Wajah Hujung-ke-hujung dan Pameran Gabungan Aktiviti Sokongan Penerbangan untuk Ubah Industri Penerbangan
SHANGHAI, 15 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada HUAWEI CONNECT 2018, Huawei mengadakan Forum Lapangan Terbang Pintar untuk membincangkan perkembangan-perkembangan terbaharu, trend teknologi, dan amalan pemaklumatan dalam pembinaan lapangan terbang pintar dengan tetamu daripada Civil Aviation Administration of China (CAAC), Shenzhen Airport Group, International Air Transport Association (IATA), dan Société Internationale de Telecommunications Aeronautiques (SITA). Huawei berkongsi penyelesaian lapangan terbang pintar yang inovatif, serta kerjasamanya dengan rakan-rakan kongsi ekosistem seperti The Second Research Institute of CAAC, Baidu, Xi'an Yuetai Science & Technology Co., Ltd., dan SuperMap. Inovasi bersama mereka akan membantu para pelanggan industri membina lapangan terbang pintar dan mesra penumpang dan menyediakan pendekatan baharu bagi transformasi digital lapangan terbang di seluruh dunia.
Zhang Rui, Timbalan Pengarah Jabatan Lapangan Terbang CAAC memberikan ucaptama semasa Forum. Beliau menggariskan pencapaian-pencapaian bersejarah pembangunan lapangan terbang, menunjukkan kepentingan membina lapangan terbang yang selamat, hijau, bijak dan sarat dengan kebudayaan, dan berkongsi beberapa idea umum bagi pembinaan lapangan terbang berorientasikan masa hadapan serta kemajuan semasa. Bagi pihak CAAC, beliau menyeru semua pihak di dalam dan di luar industri penerbangan, terutamanya perusahaan luar biasa seperti Huawei untuk mengambil bahagian dalam membina lapangan terbang berorientasikan masa hadapan dan merealisasikan pelan tindakan yang berpotensi menerusi usaha kolaboratif.
Zhang Rui menjelaskan bahawa lapangan terbang masa hadapan akan menampilkan pengurusan operasi yang diperhalus dan divisualisasi, perkhidmatan penumpang yang diperibadikan, proses operasi yang pintar dan cekap, dan sumber dan peranti berdasarkan IoT yang terhubung sepenuhnya. Jabatan Lapangan Terbang CAAC, TravelSky, Civil Aviation University of China dan Huawei bekerjasama untuk merumuskan piawaian lapangan terbang berorientasikan masa hadapan mengikut prinsip "satu garis panduan, pelbagai spesifikasi, dan satu sistem penilaian."
Dalam ucapannya, Zhang Huai, Ketua Pegawai Maklumat Shenzhen Airport Group mengulas bahawa keselamatan, kecekapan dan pengalaman penumpang ialah keutamaan Lapangan Terbang Shenzhen dalam semua aspek pembangunan. Didorong oleh Kecerdasan Buatan (AI), Lapangan Terbang ini berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan khusus senario, mengurus situasi melalui platform dan membuka platform kepada rakan-rakan kongsi ekosistem, dalam usaha untuk membina semula aliran maklumat lapangan terbang dan memperkasakan perkhidmatan lapangan terbang pintar. Menumpu pada keperluan pelanggan, lapangan terbang akan terus meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pengalaman perjalanan penumpang.
Yu Dong, Presiden Jabatan Pemasaran & Penyelesaian Industri Huawei Enterprise BG menegaskan bahawa inovasi digital dalam industri pengangkutan semakin pesat. Keselamatan, kecekapan dan pengalaman penumpang merupakan pemangkin bagi transformasi pengangkutan pintar. Dalam bidang pengangkutan pintar, Huawei menampilkan strategi "platform + ekosistem" dan menumpukan kepada infrastruktur ICT seperti AI, pengkomputeran awan, data raya dan Internet Komunikasi Benda (IoT). Huawei berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi membina platform dan ekosistem yang menampilkan keterbukaan, saling menguntungkan dan menggalakkan kemampanan yang akan membolehkan rakan-rakan kongsi ekosistem menyumbang berdasarkan kekuatan mereka dalam membangunkan pelbagai aplikasi di atas platform.
Wang Guoyu, Pengurus Besar Jabatan Penyelesaian Pengangkutan Huawei Enterprise BG berkata bahawa Huawei tidak pernah berhenti dalam kembaranya ke arah lapangan terbang berorientasikan masa hadapan. Kini, konsep Lapangan Terbang Pintar semakin menjadi kenyataan, mencerminkan nilai kerjasama Huawei dengan para pelanggan dan rakan kongsinya dalam membina lapangan terbang masa hadapan yang saling berhubung, pintar dan berpusatkan manusia. Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem bagi memaksimumkan faedah yang dibawa oleh mereka ke lapangan terbang, menyediakan pengurus lapangan terbang dengan penyelesaian pengurusan operasi yang tangkas dan pintar, dan memupuk ekosistem perjalanan udara yang pintar.
Pengecaman Wajah Hujung-ke-hujung Bantu Sampaikan Pengalaman Penumpang yang Lebih Baik
Dengan perkembangan teknologi seperti AI dan pengecaman wajah, manusia mempunyai permintaan yang lebih besar bagi perjalanan yang pintar. Lapangan terbang menghadapi cabaran besar berikutan pertumbuhan perniagaan yang pesat, perjalanan udara tersedia dengan lebih meluas, dan keperluan penumpang yang lebih pelbagai. Huawei benar-benar memahami tekanan terhadap industri dan mempamerkan penyelesaian lengkap suit lapangan terbang pintar yang membantu menangani keperluan-keperluan ini.
Smart VIP Lounge Solution menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk penumpang yang disasarkan berdasarkan teknologi pengecaman wajah. Sistem pengawasan video HD Huawei, pangkalan data imej wajah, dan algoritma pengecaman wajah, serta Sistem Maklumat Geografi SuperMap (GIS) digunakan bagi mengenal pasti, mencari dan mengesan penumpang di kawasan ruang menunggu. Teknologi ini memungkinkan peringatan menaiki pesawat yang khusus disampaikan kepada penumpang individu, dengan itu mengoptimumkan persekitaran ruang menunggu dan pengalaman perjalanan.
Sistem Paparan Maklumat Penerbangan tradisional (FIDS) ialah skrin paparan penerbangan satu-ke-banyak yang direka bagi memberikan perkhidmatan kepada semua penumpang secara serentak. Penumpang perlu mencari maklumat penerbangan mereka sendiri dalam senarai penerbangan yang besar, yang memakan masa. Untuk menangani proses yang sukar ini, Huawei menyediakan FIDS pintar berdasarkan pengecaman wajah. Seseorang penumpang hanya perlu mengimbas wajahnya di hadapan skrin paparan dan FIDS pintar tersebut akan mengenalpasti siapa penumpang itu. Skrin kemudian menunjukkan maklumat penerbangan penumpang dan lokasi semasa, serta laluan paling cepat ke pintu masuk. Ini meningkatkan kecekapan perkhidmatan lapangan terbang dan pengalaman penumpang dengan ketara.
Paparan Bersepadu Aktiviti Sokongan Penerbangan Menjadikan Operasi Lapangan Terbang Lebih Selamat dan Lebih Cekap
Aplikasi-aplikasi IoT boleh memberi manfaat besar kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang. Pencapaian berasaskan IoT Huawei termasuk pencahayaan pintar darat lapangan terbang, peruntukan tempat perhentian pesawat pintar, dan kedudukan serta pengurusan peranti nirkuasa di lapangan terbang. Penyelesaian-penyelesaian inovatif ini mempertingkatkan aplikasi IT, risikan, dan keselamatan pengurusan lapangan terbang.
Platform data raya berasaskan awan Huawei dan algoritma pintar Baidu digunakan untuk menyokong peruntukan tempat perhentian automatik dan pintar, meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan konflik dalam peruntukan tempat perhentian. Penyelesaian ini membantu melengkapkan peruntukan untuk lebih 1,000 penerbangan dalam masa beberapa minit, berbanding empat atau lima jam menggunakan kaedah tradisional. Berdasarkan kemas kini maklumat peruntukan tempat perhentian yang dinamik, laluan sambungan jet dan pendakap jet yang sedia ada boleh digunakan sepenuhnya supaya penumpang tidak perlu menaiki bas ulang-alik ke tempat perhentian yang terpencil. Di samping kecekapan yang lebih besar, penyelesaian ini mempertingkatkan keupayaan tindak balas kecemasan lapangan terbang apabila sejumlah besar penangguhan penerbangan memerlukan pengagihan semula tempat perhentian pesawat dengan pantas.
Penyelesaian pencahayaan pintar darat lapangan terbang berasaskan IoT menyelesaikan masalah lampu darat tradisional yang tidak dapat dipantau dan dikendalikan dalam masa nyata. Penyelesaian Huawei mengurangkan kos pemeriksaan manual sebanyak lebih 10,000 jam-orang setahun. Penyelesaian ini, bersama-sama dengan Sistem Panduan dan Kawalan Pergerakan Permukaan Maju (A-SMGCS) dan sistem pemantauan cahaya tunggal yang disediakan oleh Second Research Institute of CAAC membantu memberi panduan kepada pesawat untuk berada di landasan dengan menggunakan lampu darat lapangan terbang yang dipantau secara automatik, menyumbang kepada kecekapan yang lebih tinggi dan keselamatan pesawat di landasan berlepas dan mendarat.
Penyelesaian pengurusan peranti nirkuasa Huawei menggabungkan jalur lebar ultra, teknologi penempat berketepatan tinggi untuk melaksanakan penentududukan masa nyata berdasarkan stesen-stesen pangkalan. Menggunakan platform IoT Huawei dan platform GIS SuperMap, sistem ini boleh memaparkan trek sejarah dan kedudukan masa nyata peranti nirkuasa, membantu jabatan pengurusan lapangan terbang untuk mengurus dan menggerakkan peranti nirkuasa.
Huawei komited untuk bekerja dengan pelanggan dalam jangka masa panjang dan mengambil pendekatan berorientasikan masa hadapan bagi memacu transformasi digital perusahaan melalui kuasa platform. Setakat ini, 211 syarikat Fortune Global 500 (termasuk 48 syarikat Fortune Global 100) telah memilih Huawei sebagai rakan kongsi transformasi digital mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://e.huawei.com/en/solutions/industries/transportation.