omniture

"Universiti Harus Lakukan Lebih Baik Dalam Komuniti Antarabangsa" - Kenyataan Bersama Forum Pendidikan Tinggi Westlake

Westlake University
2018-11-06 11:34 415

HANGZHOU, China, 6 November 2018 / PRNewswire / - Westlake University, sebuah universiti penyelidikan bukan untung, mengadakan Forum Pendidikan Tinggi Westlake yang pertama pada 20 Oktober 2018 di Hangzhou, China. Acara ini yang diikuti dengan majlis pengasas Universiti yang diadakan pada hari yang sama, mengalu-alukan pendidik dan cendekiawan terkemuka dari universiti terkenal di seluruh dunia untuk meneroka peranan institusi pengajian tinggi dalam menangani isu global dan berada barisan hadapan kemajuan teknologi.

"Kita hidup dalam zaman yang membimbangkan, polarisasi yang besar di peringkat politik, tetapi juga zaman anti-globalisasi.

"Universiti mempunyai peranan yang sangat penting untuk memastikan bahawa walaupun kita melalui zaman retorik anti-globalisasi kita terus terlibat, dan terus membina hubungan antara negara. Kita perlu terus memastikan bahawa graduan kita bersedia untuk mengambil tempat dalam ekonomi global, dalam dunia di mana mereka berkemungkinan hidup dan bekerja di banyak negara berbeza," kata Andrew Hamilton, Presiden New York University semasa ucapan forumnya.

Mengenai usul Profesor Yigong Shi, Presiden Westlake University, presiden dan wakil universiti tempatan dan antarabangsa yang menghadiri forum itu sebulat suara bersetuju untuk menandatangani dan mengeluarkan kenyataan bersama berikut:

"Manusia menghadapi cabaran-cabaran global yang menggentarkan berkaitan pembangunan ekonomi, pendidikan, tenaga, persekitaran, makanan, perubahan iklim, dan penjagaan kesihatan. Sebagai tonggak penting mana-mana masyarakat moden, universiti mengubah dunia menerusi pendidikan dan penyelidikan.  Pendidikan dan penyelidikan melangkaui sembadan negara dan mendapat banyak manfaat daripada kolaborasi dan kerjasama antarabangsa.

Untuk menangani cabaran global dan memberi respons kepada gesaan komuniti dan dunia, kami percaya universiti harus memainkan peranan yang lebih aktif melalui kolaborasi dan kerjasama yang lebih baik."

Termasuk dalam kenyataan bersama adalah prinsip panduan berikut untuk kerjasama yang lebih besar:

  • Menggalakkan pertukaran pelajar
  • Memudahkan kunjungan tetap oleh fakulti dan kakitangan
  • Menggalakkan penyelidikan bersama antara disiplin
  • Memperkukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik
  • Melindungi kebebasan akademik dalam rangka undang-undang setiap negara

Berlangsung serentak dengan Forum Pengajian Tinggi Westlake 2018 ialah Forum WE yang pertama universiti berkenaan Sempadan Sains dan Transformasi. Di bawah tema "Menghadapi Masa Hadapan: Cabaran dan Peluang", Forum WE pertama mengalu-alukan ucapan tentang pelbagai tajuk dari Penerima Anugerah Nobel, termasuk James D. Watson, Brian K. Kobilka, Jean-Marie Lehn, Sir Fraser Stoddart dan Jonathan M. Rothbergand, dan ahli akademik yang terkenal, termasuk Ching Wan Tang dan George M. Church, mengenai topik utama yang dihadapi penyelidikan akademik dan kemajuan manusia.

Untuk butiran lanjut mengenai kenyataan bersama, acara sulung Westlake University, Forum Pengajian Tinggi Westlake atau Forum WE, sila lawati: www.westlake.edu.cn

 

Source: Westlake University
Keywords: Education Higher Education Corporate Social Responsibility