omniture

Skyworth perkenal masa depan kehidupan Pintar di CES 2019

Skyworth
2019-01-10 17:27 655

LAS VEGAS, 9 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Skyworth, pengeluar televisyen, produk audio-visual dan perkakas rumah Cina yang terkemuka, mempamerkan beberapa teknologi baharu dan inovatif dalam sektor kediaman pintar semasa penyertaannya di CES 2019, yang bermula di Las Vegas pada 8 Januari.

Reruai pameran Skyworth di CES2019
Reruai pameran Skyworth di CES2019

Di zon pengalaman Teknologi Sistem Kehidupan Pintar bertempat di Dewan Selatan Pusat Konvensyen Las Vegas, Skyworth menunjukkan kepada para pengunjung bagaimana untuk mengawal pelbagai perkakas rumah termasuk mesin basuh, peti sejuk, pembersih udara dan air, penyaman udara dan sistem kawalan suhu, langsir dan bidai bermotor, lekapan lampu dan susun atur lampu, hud pengekstrak selain kipas elektrik dan pelembap, dengan TV AI sentiasa terpasang Skyworth selaras dengan telefon pintar mereka. Saling tindakan dan pertukaran lancar antara TV Skyworth dan telefon pintar pengguna mencipta pengalaman baharu yang menarik untuk pengguna.

Syarikat turut menunjukkan perkhidmatan diperibadikan dan tersuai yang bertumpu pengguna, termasuk bagaimana untuk menghidupkan, memadamkan dan mengawal semua lampu di dalam rumah, melaraskan suhu udara pada sistem kawalan suhu kepada tahap yang selesa selain menetapkan penentu masa bagi membuka dan menutup secara automatik langsir atau menghidupkan dan memadamkan pelembap mengikut keutamaan pengguna serta merta, sebaik sahaja cap jari mana-mana ahli keluarga dikenal pasti oleh kunci pintu pintar.

Demonstrasi suasana kehidupan Pintar daripada Skyworth
Demonstrasi suasana kehidupan Pintar daripada Skyworth

Skyworth, yang telah lama mempunyai kedudukan yang baik dalam pasaran sebagai pengeluar utama untuk peranti multimedia, TV warna dan kotak atas-set, mengumumkan strategi kediaman pintarnya pada tahun 2015. Pada awal tahun 2018, Skyworth dan Baidu memeterai perkongsian strategik; sistem Coocaa Skyworth disepadukan sepenuhnya dengan sistem DuerOS Baidu, demi pembangunan bersama antara teknologi, kandungan, data dan operasi.

Skyworth terus melaksanakan strateginya untuk berkembang secara global menerusi produk-produk pintar yang sofistikated, di samping turut mengukuhkan kehadiran dalam sektor data raya, AI, sensor baharu dan biometrik. Dengan sokongan daripada Institut Penyelidikan Teknologi Sistem Pintarnya, Skyworth memberi tumpuan untuk merekrut dan membangunkan tenaga kerja berbakat dan menyelaraskan penyelidikan kepada teknologi di sebalik sistem kehidupan pintar, termasuk untuk kediaman pintar dan bandar pintar, selain menumpukan perhatian terhadap teknologi struktur, fungsian dan sistem-pada-cip untuk sistem kenderaan pintar. Syarikat turut menubuhkan Pusat Pengalaman Sistem Pintar Skyworth yang bertujuan untuk menjadi peneraju dalam melangkah ke era baharu yang ditakrifkan oleh kediaman, kereta, komuniti dan bandar yang menggunakan teknologi pintar.

Pada 7 Januari, malam menjelangnya CES 2019, Skyworth mengadakan majlis pelancaran di Caesars Palace Las Vegas. Semasa acara, syarikat mengumumkan strategi peluasan antarabangsanya, menumpu di sekitar pelancaran jenama-jenama berkualiti tinggi ke dalam pasaran global dan pelaksanaan penyelesaian rantaian bekalan global.

TV OLED baharu 65S9A/XA9000 Skyworth
TV OLED baharu 65S9A/XA9000 Skyworth

Menuju masa depan, Skyworth merancang untuk menumpu pada pembangunan teknologi AIoT dan akan membuka sumber-sumber mereka untuk perkongsian sistem pintar. Disokong oleh rantaian bekalan global, Skyworth akan membawa pengalaman yang lebih baik kepada pengguna menerusi perkakas rumah pintar yang lebih baik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190109/2342447-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190109/2342447-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190109/2342447-1-c

Source: Skyworth
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news